SAHABAT BLOG

07 May 2012

Golongan Muda Dah Bosan dengan BN?

astronauts07 Angkasawan Tengah Bosan


Krisis kekeluarga seperti anak derhaka terhadap ibu bapa bukannya satu kisah baru. Kita semua telah  lama dihidang dan didendangkan dengan kisah Si Tanggang yang ditukar menjadi batu oleh Yang Maha Kuasa kerana kesan daripada sumpah yang dilakukan oleh ibunya.

Walaupun kisah Si Tanggang bukannya satu kisah sejarah tetapi ianya boleh juga dijadikan sebagai satu panduan dan pengajaran kepada para ibu bapa dan anak-anak supaya menghindari kejadian seumpama. Si ibu bapa hendak menghindari daripada bersumpah untuk kemusnahan anaknya manakala si anak pula jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa mereka. Namun kalau si ibu masih berdegil hendak bersumpah, maka fikirkanlah sumpah-sumpah yang berfaedah untuk diri sendiri seperti sumpah anak menjadi emas, intan berlian dan sebagainya.

Tinggalkan kish si Tanggang dan ibunya, sekarang ni aku nak sentuh pula pasai apa ada segelintir rakyat yang nak sangat BN tumbang. Pasai apa ramai sangat golongan muda yang bencikan BN sedangkan mereka ni semua dapat hidup senang lenang pada zaman BN menjadi pemerintah. Susah juga kalau kita fikir-fikirkan. Adakah golongan ni tidak berterima kasih kepad BN. Adakah golongan ni kurang bersyukur dengan keadaaan sekarang ni.

Sebenarnya apa yang kau boleh kata, golongan muda ni inginkan perubahan. Mereka tak peduli samada perubahan itu akan membawa kebaikan ataupun keburukan, asalkan berubah. Mereka dah bosan dengan BN pasal mereka lama sangat memerintah. 50 tahun bukan masa yang singkat. Golongan ni adalah golongan yang kerap bertukar-tukar selera dan keinginan. Mereka ni sering bertukar-tukar dalam serba serbi samada fesyen berpakaian, rambut, hand phone, pasangan hidup dan sebagainya. Tak boleh nak jangka selera dan kehendak mereka. Malah ada juga yang berani bertukar-tukar akidah mereka terhadap budaya, agama dan ada resam malahan kehidupan seksual pun mereka sanggup bertukar-tukar. Siang berkasih dengan perempuan, malam berpelukan dengan jantan pulak.  Golongan ini tidak boleh memiliki sesuatu dalam tempoh yang agak lama. Mereka cepat bosan dan inginkan sesuatu yang baru.

Mereka tidak peduli kepada kesan perubahan selera yang mereka ingin itu. Pada mereka sesuatu yang baru itu boleh memberikan kepuasan kepada mereka. Mereka tak suka klasik-klasik atau pun retro-retro. Mereka mahukan yang baru. Dalam politik, mana pemimpin atau parti yang mereka anggap boleh menolong mereka untuk tumbangkan BN, itu yang mereka sokong. Parti itu yang mereka harapkan boleh mengatasi kebosanan mereka terhadap pemerintahan negara. Mereka sedar, pemimpin parti pembangkang ni bukan hebat pun bahkan ramai yang tak boleh pakai pun, tetapi disebabkan pemimpin ini boleh dijadikan harapan untuk menghilangkan kebosanan mereka dan memberikan harapan baru kepada mereka, maka pemimpin kelabun asap ni mereka sokong juga. Dah tak ada pilihan lain dah.

Manakala pemimpin parti politik yang telah berdekad inginkan kuasa seperti pemimpin PAS, DAP melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk menumbangkan kerajaan BN. Bukan disebabkan BN ni tidak bagus memerintah atau pemimpin BN ni korup ( walau ada juga sebahagiannya) tetapi disebabkan inginkan kuasa, kerana dengan kuasa politik tersebut boleh dilakukan apa sahaja samada nak kumpul harta ataupun nak kumpul kuasa.

BN bukan tak sedar masalah ni. BN sedar bahawa generasi muda dah bosan dengan BN. BN sedar bahawa mereka telah terlalu lama memerintah. BN sedar mereka bukannya boleh kekal selama-lamanya. Namun demikian, itu bukan alasan bagi BN untuk tidak berusaha supaya kebosanan tersebut dapat diatasi. Pelbagai program dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi kebosanan golongan muda ni. Tengok bola, program hari belia, macam-macam lagilah. Nampaknya strategi ini boleh dikatakan berjaya diperingkat nasional.
Isunya, adakah program dan strategi ini diikuti oleh pemimpin peringkat bawahan seperti peringkat negeri, peringkat daerah, peringkat kawasan, peringkat kampung atau mereka semua masih dengan perangai lama mereka. Masih lagi malas hendak turun padang mendekati golongan muda, masih lagi malas hendak merancang program bersama anak-anak generasi Y, masih lagi berkawan dalam kelompok mereka sahaja.

No comments: