SAHABAT BLOG

06 May 2012

Dendam Diluahkan..

BEERSIHT 3.0 telah melabuhkan tirainya hampir seminggu yang lalu. Namun demikian masih ramai yang bercakap dan membuat rumusan berkenaan BEERSIHT  3.0 . Apa yang aku perhatikan ialah pertembungan fakta dan hujah antara penganjur bersih dan pihak Polis. Pihak penganjur Bersih menuduh pihak polis telah melakukan kekejaman dan keganasan terhadap Polis tetapi pihak polis tidak pernah pula menuduh pihak peserta melakukan keganasan terhadap polis. 

Untuk mengadili situasi ini kita boleh merujuk kepada banyak fakta dan banyak bukti. Tidak dinafikan berlakunya kekasaran diantara ke dua-dua belah pihak tetapi sudah tentu kekasaran mereka bersebab dan berpunca. 

Sebagai rakyat yang matang, cerdik  dan boleh berfikir, siapa sebenarnya yang patut kita sokong dan siapa pula yang sepatutnya kita tentang dan siapa sebenarnya yang berada dipihak yang benar.

Pada pendapat aku, pihak peserta rusuhan melakukan kekasaran terhadap polis kerana sejak sekian lama mereka telah menanamkan sikap benci dan dendam mereka terhadap pihak polis. Pihak polis digelar anjing kerajaan oleh mereka kerana sentiasa sahaja mereka anggap sebagai penghalang utama kepada usaha-usaha mereka untuk melakukan demonstrasi.  Oleh itu tidak hairanlah mereka meluahkan dendam kemarahan mereka terhadap pihak polis bila mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Aku juga berpendapat pihak polis pula tidak pernah anggap rakyat ini sebagai musuh mereka. Mereka melaksanakann tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Kekasaran yang dilakukan oleh mereka disebabkan terpaksa kerana pesalah undang-undang membuat provokasi seperti meronta-ronta ataupun melawan balik apabila ditangkap. 

Untuk membuktikan hujah dendam kesumat pihak pendemo terhadap polis sila tonton video di bawah yang diambil dari blog sahabat http://lydiausm72.blogspot.com/



Video di bawah pula yang diambil dari blog http://www.papagomo.com/ memperlihatkan bertapa bencinya peserta demonstrasi terhadap polis. Jadi tidak hairan jika kemarahan dan rasa benci mereka itu diluahkan apabila terdapat peluang untuk berbuat demikian. 





4 comments:

Anonymous said...

cuba saudara amik pulak gambar perserta kena belasah. amik gambar dari awal...sapa yg mulakan provok...jgn hanya dok tengok sebelah pihak jer... ada juga perserta yg tengah makan pun kena belasah... makan dan pakai baju kuning pun kena...apa kes.

putrarahman said...

Kalau sedare ada gambar tu, boleh emailkan kepada saya atau cadangkan blog mana, saya nak tengok.

Anonymous said...

tengoklah blog lain selain blog mesra umxx. takkan saudara buat-buat tak tahu kot... buka minda ya...

putrarahman said...

Aku nampak ade le sorang dua yang polis belasah, tetapi aku anggap orang yang kena belasah tu pencuri yang ambil kesempatan pasal kalau polis nak belasah peserta , tak cukup kaki tangan pasal ramai sangat yang patut kena belasah.