Mungin aku tak perasan ataupun memang hari ini merupakan satu kebetulan dan tak mungkin disengajakan. Buat pertama kali aku mendapati Utusan Malaysia tidak memuatkan berita berkenaan PM. Kebiasaannya 3 mukasurat pertama mesti ada berita berkenaan PM, tetapi Utusan Malaysia pada hari ini lebih fokus kepada berita TPM di Mukasurat 3. Kalau ikut andaian aku beriat PM mesti mendahului berita TPM. Itu aku punyai andaian sahaja. Apa-apa pun ini bukanlah cerita yang hendak aku tulis pada hari ini dan aku pun sebenarnya tak kisah kenapa berita PM tiada di dalam Utusan tetapi sedikit kehairanan dan kepelikan sedikit di mana PM kita. Keadaan ini seolah-olah PM tiada nilai berita pada Utusan Malaysia . he he he.
Apa yang aku nak tulis ialah berkenaan pemerhatian aku kepada Pakatan Rakyat Minoriti (PRM). Kenapa aku cakap Pakatan Rakyat Minoriti kerana majoriti rakyat tidak menyertai pakatan tersebut. Jadi PR tidak boleh mendakwa bahawa mereka adalah pakatan rakyat kerana majoriti rakyat tidak menyertai mereka.
Pakatan Rakyat Minoriti sekarang ini aku lihat semakin terdesak. Mereka seolah-olah semakin kehabisan isu dan modal untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka. Pasukan strategi mereka sedang menilai dan mengkaji kembali isu-isu yang pernah mereka bangkitkan sebelum ini. Mana-mana isu yang pernah mendapat tempat di hati rakyat akan dikitar semula dengan harapan isu tersebut boleh membantu menarik kembali sokongan rakyat kepada PRM.
Isu-isu seperti pengundi hantu, daftar pemilih, rasuah, keborosan pemimpin kerajaan akan dinilai kembali oleh mereka untuk dikitar semula bagi menghadapi PRU 13, kerana mereka (PRM) sedar bahawa sokongan majoriti rakyat telah kembali bertaut kepada Barisan Nasional. Banyak rakyat yang telah sedar kesilapan yang telah mereka lakukan dalam PRU 12 tahun 2008 yang lalu.
Oleh itu aku tidak hairan apabila PRM ingin mengadakan kembali himpunan BERSIH. Pada pandangan PRM, himpunan bersih ini adalah satu cara dan jalan penyelesaian terbaik mereka untuk menunjang kembali sokongan rakyat kepada mereka. Pada kali ini mereka tidak mengadakan perarakan tetapi telah menukar konsep kepada duduk dan bantah. Konsep duduk dan bantah ini diperkenalkan oleh rakyat Mesir di Dataran Tahrir. PRM mengharapkan konsep duduk dan bantah ini bakal memberikan impak sepertimana impak yang dijana di Dataran Tahrir. Nonsense.
Apa yang mereka tidak sedar ataupun mereka pura-pura tidak menyedarinya ialah segala isu-isu yang mereka bangkit telahpun berjaya ditangani dengan berkesan oleh kerajaan. Contoh isu daftar pemilih dan mengemaskini semula beberapa peraturan SPR telahpun ditangani oleh kerajaan. Oleh itu sebenarnya isu SPR dan deftar pemilih ini hampir selesai sepenuhnya sebelum PRU 13 nanti. Pihak SPR telah berusaha keras untuk membersihkan daftar pemilih sedia ada. Adakah PRM mahukan agar semua daftar pemilh sedia ada dihapuskan dan satu pendaftaran baru digerakkan. Adakah sampai ketahap ini baru mereka katakan BERSIH? Nonsense.
Pihak PRM juga menimbulkan bahawa terdapat pihak-pihak yang mengeluarkan Kad Pengenalan kepada pendatang bagi tujuan digunakan semasa PRU 13 nanti. Aku mengharapkan mereka dapat membuktikan tuduhan tersebut kerana perbuatan sedemikian, tidak boleh dimaafkan. Perbuatan terkutuk ini mengkhianati negara dan mereka yang melakukan perbuatan sedemikian patut dikenakan hukuman yang amat berat.
Sekarang ini aku dapati Pakatan Rakyat Minoriti sedang hadapi isu perpecahan di kalangan para penyokong mereka. PAS sedang dipecahkan sokongan oleh Dr. Hassan Ali. PKR pula sedang dipecahkan sokongan oleh isu moral Anwar dan Azmin. DAP sahaja yang kelihatan stabil kecuali isu-isu di Penang yang melibatkan Ketua Menteri LGE. Jika mengambilkira perkara-perkara ini, aku meramalkan BN akan memenangi PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU 13. Aku juga perpecahan PRM bakal berlaku menjelang PRU 13 nanti akibat perebutan kerusi. Sehingga sekarang isu pembahagian kerusi masih belum selesai terutama pembahagian kerusi PKR dan PAS.
PKR dan PAS bergantung harap kepada kerusi-kerusi Setiap parti mempunyai keyakinan mereka mempunyai sokongan para pengundi. Hakikat yang mereka tidak miliki ialah perasaan pemilikan bersama Pakatan Rakyat Minoriti tersebut. Masing-masing masih mempunyai semangat kepartian yang masih tinggi. Sepatutnya, jika dinamakan Pakatan Rakyat Minoriti, pemilihan calon sepatutnya dipilih oleh satu jawatankuasa pemilihan calon yang dianggotai oleh setiap parti di dalam Pakatan Rakyat Minoriti. Para penyokong pula sepatutnya menerima siapa sahaja yang dicalonkan tanpa mengambilkira keahlian parti mereka.
Mengambil kata-kata Ibrahim Ali, negara akan hancur jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya suatu masa kelak. Merujuk kepada kata-kata Dr. Hassan Ali, Pakatan Rakyat bakal merepublikkan negara ini jika sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
Kesimpulanya, hasil ataupun kedudukan yang kita nikmati sekarang ini samada selesa, harmoni, baik dan sebagainya adalah hasil keputusan-keputusan yang dibuat oleh datuk nenek, mak bapak dan kita sendiri terdahulu. Samada kita hendak mengucapkan terima kasih ataupun membenci keputusan yang mereka buat, fikirlah sejenak, renunglah sejenak dan bandingkan sejenak.
Apa yang berlaku 20 tahun, 30 tahun, 50 tahun akan datang adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang kita buat sekarang ini. Adakah anak cucu, cicit, cuit,miut kita akan datang akan datang akan berterima kasih ataupun membenci kita 20 tahun, 30 tahun ataupun 50 tahun yang akan datang semuanya disebabkan keputusan-keputusan yang kita ambil. Oleh itu, membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar kerana kita tidak tahu apakah hasil keputusan yang kita buat itu untuk tempoh yang akan datang. Kesukaran untuk membuat keputusan boleh dibantu oleh sejarah.
Masa depan tidak kita ketahui tetapi sejarah kita ketahui. Jika 50 tahun yang lalu, datuk nenek, mak bapak kita membuat keputusan yang tidak betul, maka sudah tentu kita tidak berada di dalam keadaan sekarang ini. Oleh itun kenapa kita tidak mengikut jejak langkah mereka membuat keputusan untuk memastikan 50 tahun yang akan datang anak cucu cicit kita memperolehi keadaan yang sama ataupun lebih baik daripada sekarang ini.
Tanya anak, tanya cucu keputusan yang bagaimana mereka kehendaki untuk kita buat bagi menjamin keselesaan mereka suatu masa kelak.
No comments:
Post a Comment