SAHABAT BLOG

19 March 2012

Sebab Tan Sri Kadir Keluar UMNO

kadirxxPengunduran Tan Seri Kadir Sheikh Fadir dari UMNO sebenarnya memberikan peluang terbuka kepada beliau untuk kembali aktif di dalam politik. Jika beliau masih berada di dalam UMNO, aku percaya peluang beliau untuk dicalonkan kembali di dalam PRU 13 nanti tiada walaupun beliau mungkin calon boleh menang. 

Oleh sebab itu beliau membuat percaturan untuk keluar dari UMNO dengan harapan beliau akan dipujuk untuk menyertai PKR dan seterusnya menjadi calon di Kulim Bandar Baru. Pada tahun 2008, beliau tidak dicalonkan setelah UMNO memberi peluang kepada adik beliau Aziz untuk bertanding atas tiket UMNO. Namun Aziz ditolak oleh pengundi. 

Sekarang ini Kulim Bandar Baharu tidak mempunyai wakil rakyat yang mewakili mana-mana parti. YB Dato' Zulkifli Nordin telah menjadi wakil rakyat bebas. Adalah dijangkakan YB Dato' Zulkifli sukar untuk mendapat kembali kepercayaan para pengundi di Kulim Bandar Baharu, maka Tan Sri Kadir berpeluang cerah untuk menang jika beliau bertanding atas tiket PKR. Jika beliau bertanding, berkemungkinan besar beliau akan menentang adik beliau sendiri dan YB Zul. Jika benar andaian ini, maka besar kemungkinan Tan Sri Kadir akan menang. 

Sehubungan itu, aku berpendapat tindakan Tan Sri Kadir keluar dari UMNO berkemungkinan  di dorong oleh peluang besar yang dilihat oleh beliau untuk kembali menjadi wakil rakyat di Kulim Bandar Baharu. Aku berandaian selepas ini Tan Sri Kadir akan menyertai Parti PKR dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapat kepercayaan Anwar Ibrahim supaya meletakkan beliau menjadi calon di Kulim Bandar Baharu.  Oleh itu adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika sekiranya terdapat beberapa 'serangan' dari Tan Sri Kadir terhadap UMNO dengan harapan 'serangan' tersebut akan memberikan kredit kepada beliau untuk dihargai oleh parti PKR.

9 comments:

Anonymous said...

Kadir ni nok aper sebenarnya? Tanah dia di Janda Baik tu banyak maner? Rumoh bapok besar. Ni jenis mabok,tamak haloba.apa yg bagus sangat dia buat masa jadi menteri dulu. baik jual kari jer mamak ni.

aku org kuala berang

Anonymous said...

...istana dia kat kg tawar baling tu besarq macam istana raja kling di negara india.
tanah dia depan ASEANA janda baik nala punya luas..siap ada bela kuda masa aku dok rajin pi sana dulu.
mana dia sakau duit banyak lagu tu..
pasai pa org umno dok diam ni..korek la cepat,selongkarq lekaih kot celah mana dia jolok dan cucuk bagi duit gugorq kat dia.

anak kg tawar,baling.(jalan sekolah cina)..300meter dari istana mamak kadiarq...

Anonymous said...

....baguslah...anda semua telah menampakkan lagi kekayaan akibat kerana memerah duit xxxxx. hasilnya puak umxx memang ...masyukkkkk...

putrarahman said...

Ada juga orang Kuala Berang baca blog aku. Terima kasih ba'nyak weh.

Tan Sri Kadir ni kaya raya pasal jadi ahli UMNO, bila dah tua dan dah tak laku dia hentam dan gigit UMNO pulak.

Ada juga jenis orang lagu ni.

Anonymous said...

kesimpulannya, kalau nk kaya cepat, masuk umno...kalau nk perjuang hak rakyat, sokong pakatan....pilih la

Anonymous said...

itulah kenyataan. mau kaya kalu..join lah umxx. rakyat yang merana. harga barang makin mahal. para pemimpin boros sakan. shopping tak ingat dunia.

putrarahman said...

Hakikatnya banyak juga orang UMNO papa kedana dan tak pernah kenal erti shoping dan banyak juga orang PAS kaya Raya dan boros sakan.

Anonymous said...

terima lah kenyataan di atas. dah kaya gigit um.. rakyat bukan mudah diperbodohkan lagi. tak payah nak berselindung.

Anonymous said...

Klo nk kaye cari pitis la weh , jgn duk bilang pitis ngan tanoh org je ..base melayu bodo gini
La ..duk deki ke org ..xkisoh la pas ke umno ke pkr ke ..same je kebykkan org melayu mmg xleh tgk org melayu kaye .