SAHABAT BLOG

08 March 2012

SBPA dibatalkan, Modal BN untuk menang besar PRU13?

Aku tak ikuti mana perkembangan SBPA ni kerana aku bukan kakitangan kerajaan., Cuma apa yang aku yakin dan pasti ialah apabila CEUPACS tak gembira dengan SBPA, maka skim tu ada masalah. 

Oleh itu apabila kerajaan mengumumkan SBPA itu dimansuhkan atau dibatalkan, sudah tentu ianya satu berita gembira kepada kakitangan kerajaan. Walaupun begitu aku percaya ada juga di kalangan kakitangan kerajaan yang rasa kecewa. Kakitangan kerajaan yang kecewa ni adalah mereka yang menerima faedah besar jika SBPA dilaksanakan seperti golongan pegawai-pegawai pangkat tinggi yang dengar ceritanya jika SBPA dilaksanakan mereka bakal memperolehi gaji RM80,000.00 sebulan. Ada satu golongan lagi yang pasti kecewa ialah mereka yang suka bodek boss. Mereka ni mungkin dah pasang angan-angan untuk menikmati pelbagai ganjaran jika SBPA dilaksanakan.

Perlarasan gaji sebanyak 13 % bagi kumpulan 1 - 54 merupakan satu berita rahmat kepada golongan terbesar kakitangan kerajaan dan sudah tentu penerima faedah terbesar adalah para guru. Bukan sikit tu adik kakak para cikgu sekelian. Jadi janganlah pula tidak bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN. Kalau pihak sekolah minta RM50.00 sorang dari tunggakan tu, jangan pula riuh satu Malaya. Dermalah dengan seikhlas hati.

Kenaikan gaji kakitangan awam ni bakal menekan pihak pengurusan GLC supaya melihat kembali gaji kakitangan masing-masing terutama gaji kakitangan 5 GLC yang diasingkan gaji masing-masing oleh kerajaan iaitu PERKESO, KWSP, LHDN, LTH dan BSN. Mereka ni telah mengadaikan hak pencen masing-masing kepada kerajaan. Jadi kerajaan kenalah tinjau-tinjau dan perhatikan kot-kot ada GLC ni yang menerima gaji dan faedah lebih rendah dari yang kerajaan dapat. Perhatikan juga kepada pegawai-pegawai besar GLC ni, kerana bimbang kot-kot tembelok mereka makin besar, perut kenyang, tetapi anak buah terkapai-kapai. 

Apa-apa pun tahniah kepada kerajaan kerana begitu perihatin kepada tuntutan rakyat teramai. Jika beginilah keadaannya, tidak ada sebab bagi rakyat hendak menolak kerajaan BN dalam PRU 13 nanti.  Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada para pembangkang kerana berjaya menegur  banyak tindakan kerajaan. Banyak pembaharuan dan faedah yang rakyat perolehi sekarang ni disebabkan pembangkang berjaya memainkan peranan mereka dengan lebih baik.

No comments: