SAHABAT BLOG

20 March 2012

PR takut Hilang Modal, PSC Lynas tidak disertai.

Stop Lynas! Save KuantanNONE
Kegagalan pihak pembangkang untuk menganggotai PSC Lynas disebabkan mereka tidak sanggup untuk menghadapi kebenaran yang bakal didedahkan oleh panel yang menganggotai Jawatankuasa Khas tersebut. Mereka menuduh kerajaan kerajaan hendak menutup kelemahan dan keburukan kilang Nadi Bumi tersebut sedangkan hakikatnya penubuhan PSC Lynas adalah untuk mencari kebenaran kepada dakwaan kedua-dua belah pihak. 

Pihak kerajaan mendakwa bahawa Kilang itu tidak membahayakan manakala pihak pembangkang pula mendakwa kilang tersebut membahayakan rakyat. Oleh itu bagi mencari jalan penyelesaian, perlulah sebuah jawatankuasa parlimen dibentuk untuk menyiasat dan membuktikan dakwaan pihak mana yang betul.

Jawatankuasa yang dibentuk itu akan memanggil pakar-pakar dan mereka yang ahli dalam bidang masing-masing untuk menyiasat dan bukannya mereka yang setakat lulus SPM, ataupun mereka yang berkelulusan ekonomi ataupun sastera. Pandangan mereka yang tidak berkelayakan ini tidak laku dan tidak boleh  diterima oleh rakyat yang cerdik kecuali diterima oleh rakyat yang masih belum cerdik.

Namun demikian, pihak pembangkang tidak mahu penyiasatan dilakukan kerana mereka tidak sanggup untuk menghadapi kebenaran dan kenyataan kelak jika sekiranya keputusan siasatan tersebut tidak memihak kepada mereka. Apabila keputusan tersebut tidak memihak kepada mereka, maka habislah modal mereka untuk berkempan PRU 13 nanti. Tak usah banyak helah, rakyat dah tahu permainan  pihak pembangkang. Tak usah memberikan pelbagai alasan untuk tidak mentertai PSC Lynas ni kerana jawapan kepada tindakan tersebut ialah ketakutan hilang modal untuk berkempen PRU 13.


3 comments:

Anonymous said...

MUDAH SANGAT LOGIK AKALNYA DAN LOGIK SAINTIFIK NYA- KALAU TAK BAHAYA , KENAPA KERAJAAN AUSTRALIA TAK BUAT JE KAT SANA. KENAPA NAK MUSNAHKAN BUMI MALAYSIA YG KECIL NI. AUSTRALIA KAN BESAR. BYK KWSAN GURUN. AUSTRALIA PUN TAK NAK RAKYATNYA KENA RACUN KIMIA NI. MALAYSIA SENANG2 TERIMA, SEMUA PASAL DUIT.

putrarahman said...

Lojik akal dan lojik saintfiknya, dalam dunia ni hanya ada sebuah tu je ke kilang Nadi Bumi?

Kalau banyak, pasal apa negara lain tak kecoh pun dan tak ada pulak dorang minta nak bangunkan kilang di Malaysia ni.

Anonymous said...

apa maslahnya kalau tak buat. dan kenapa kerajaan autralia tak nak buat dinegaranya. demi rm... rakyat yg akan merana.