Kepakaran asing? Dana asing? Bantuan asing? His his his teruk betul ni. Apa nak jadi dengan parti ni. Bercita-cita hendak menjadi pemerintah dan menjadi PM tidak salah, tetapi biarlah kena dengan caranya. Mendapat bantuan Yahudi untuk memenangi tampuk pemerintahan dan menjatuhkan pemerintah yang beragama Islam sedia ada satu perbuatan dasyat.
Perkara ini bukannya perkara baru kerana sejarah Islam telah menceritakan segala-galanya berkenaan bersengkokol dengan pihak asing ni termasuk sejarah Melaka sendiri. Oleh itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ianya berulang kembali kerana sejarah itu sesuatu yang berulang-ulang jika kita tidak menjadikan sejarah sebagai panduan di dalam kehidupan.
Apa pasal begitu nekad dan begitu tekad mereka hendak merampas kerajaan pusat dari BN sehingga sanggup menghalalkan cara yang haram untuk mencapai cita-cita mereka. Kalau kita berfikir secara rasional, majoriti rakyat Malaysia selesa dengan kehidupan semasa. Mereka masih boleh melaksanakan kehidupan sehari-harian dengan aman dan tanpa gangguan. Oleh itu, kenapakah ada pihak yang begitu nekad dan bersungguh-sungguh hendak menumbangkan kerajaan yang sedia ada sehingga sanggup melakukan pelbagai cara termasuk cara yang haram di sisi Islam. Adakah disebabkan dendam kesumat yang iri hati yang mendalam. Jika dendam dan iri hati ini menjadi tunjang perjuangan mereka, aku pohon semoga perjuangan mereka digagalkan oleh Allah S.W.T.
Memang benar BN telah memerintah lebih dari 50 tahun lebih. Tetapi perlu diingat bahawa dalam tempoh tersebut, pemimpin BN telah bersilih ganti menerajui pemerintahan. Sehingga kini telah ada 6 orang PM. Ianya bukannya suatu regim kerana setiap PM mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam melaksanakan dasar pemerintahan mereka. Lainlah jika hanya seorang sahaja PM yang memerintah sepanjang tempoh berkenaan. Dasar pemerintahan kerajaan BNsentiasa berubah-rubah dari seorang PM ke PM yang lain. Jadi dimanakah salahnya dan silapnya pemerintahan BN sehinggakan ada pihak yang sanggup untuk menghampuskan BN dengan pelbagai termasuk cara yang haram dan cara yang boleh menghancurkan rakyat dan negara.
Aku percaya amalan rasuah bukanlah suatu yang hanya ada pada pemimpin BN semata-mata. Ianya adalah 'penyakit' di dalam Islam dikutuk oleh Allah dan RasulNya. Bagaimana mungkin amalan rasuah ini boleh dihilangkan dengan mudah dengan menukar parti yang memerintah. Rasuah dan salah guna kuasa ini telah berlaku sejak dahulu, kini dan selamanya. Namun demikian, kehancuran sebuah kerajaan Islam akibat daripada perbuatan rakyatnya yang tamak dan gila kuasa masih boleh dicegah. Di dalam sejarah Islam, tidak banyak cerita yang menceritakan kejayaan mereka yang gila kuasa dan tamak kuasa menumbangkan pemerintahan Islam. Kebanyakkan daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka ini berjaya dipatahkan oleh pemerintah. Namun demikian, jika 'penderhaka-penderhaka' ini meminta bantuan asing, inilah yang menjadi masalah dan banyak negara Islam yang tumbang serta hancur kerana 'penderhaka-penderhaka' memohon bantuan asing. Peristiwa kehancuran Baghdad oleh tentera Hulagu Khan juga disebabkan memohon bantuan asing.
No comments:
Post a Comment