SAHABAT BLOG

02 March 2012

Hubungan Biase-Biase je, Jangan harap lebih-lebih Pulak.

Kali ni aku nak ulas sikit pasal surat Tun Mahathir kepada Kerajaan Israel.

Surat-surat Tun Mahathir kepada 3 orang PM Israel (seperti di bawah) aku lihat keikhlasan Tun Mahathir mengecam keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Plastein. Tun kecam bukan pasal nak bodek sape-sape pasal tak ada orang tahu pasal surat tu. Tun tak ada niat nak bagi tahu para pengundi dia kecam Israel.  Maknanya Tun tak bohong pasal dia kecam Israel. Depan orang dia kecam, sorang-sorang pun dia kecam.

Tun tak ada kata dia sokong Israel. Bukan macam Anwar, dia ada kata dia sokong keselamatan Israel. Depan orang melayu dia cakap versi lain, depan orang yahudi versi lain. Tun jujur, depan orang Islam dia kecam Israel, kepada PM Israel sendiri pun dia kecam. Orang lain ada berani ke?

Dari surat Tun tersebut, apa yang boleh aku simpulkan ialah kerajaan Malaysia tidak bersetuju malah mengutuk tindakan Israel yang merampas tanah Plastein dan menyeksa rakyat Israel. Tun mengharapkan Israel menghormati hak rakyat Plastein dan mengembalikan hak tersebut kepada rakyat Plastein. Tun juga mengharapkan agar pendamaian boleh dicapai di antara Israel dan Plastein.

Walaupun dalam surat tu Tun ada kata dia ada hasrat nak jalinkan perhubungan dengan Israel tetapi dengan syarat Israel hentikan kekejaman terhadap rakyat Plastein dan berhenti rampas tanah rakyat Plastein. Hubungan pun sekadar hubungan biasa-biasa je. Bukan hubungan rapat dan erat pun. Tun nak jalinkan hubungan biasa pun pasal orang Plastein ( PLO) sendiri sudah boleh terima negara Israel, cuma mereka tak setuju Israel meluaskan wilayah dengan merampas tanah Plastein. Pasal tu Plastein marah sangat tu, setiap hari mereka rampas tanah Plastein untuk bina penempatan yahudi. Cukup-cukuplah Tanah yang dihadiahkan kepada Israel.

Tahun 1997, Tun kata bahawa Malaysia bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi tetapi belum boleh lagi pasal Isreal masih bertindak ganas terhadap Plastein. Tun ada sebut  dalam surat ke dua kepada PM Natang Yahu.

Entah macamana tiba-tiba ada pula kerjasama ekonomi dengan Israel. . Dengar ceritanya ada seorang Menteri kabinet yang memulakan jalinan hubungan dagang dengan Israel. Mungkin semasa Tun bercuti selama sebulan dalam tahun 1997 tu kot.

Hari ni selepas sembahyang Jumaat di hadapan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, aku difahamkan ada segelintir pemimpin PKR menyampaikan pidato mengutuk UMNO kerana menjalinkan hubungan perdagangan dengan Israel. PKR kerajaan BN iktiraf Israel apabila mengadakan hubungan dagang dengan Israel. Setelah selesai memberikan pidato mengutuk UMNO dari mula hingga akhir, mereka berarak menuju ke kedutaan Plastein untuk menyerahkan memorandum meminta supaya Plastein kecam Malaysia pulak kerana berdagang dengan Israel. Aku tengok ada le 4 atau 5 orang yang ikut berarak ke kedutaan Plastein.

Pada aku, tidak timbul isu iktiraf atau tidak iktiraf kerana jelas bahawa Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Yang paling penting Malaysia tidak pernah menyokong Israel dan Israel pun tidak pernah memohon pengiktirafan dari Malaysia. Tak perlu pun bagi mereka meminta pengiktirafan dari Malaysia kerana banyak negara lain yang memberikan pengiktirafan kepada mereka.

Pendapat dan pegangan PAS pula lain, mereka tidak memperakui kewujudan negara Israel walaupun jelas di dalam peta dunia bahawa negara Israel itu wujud. Bagaimana nak nafikan kewujudan negara Israel kerana negara itu memang wujud dan mendapat pengiktirafan banyak negara di dunia ini. Adakah PAS ingin lari dari kenyataan?

Kerajaan BN memperakui kewujudan negara Israel tetapi tidak pernah memberikan pengiktirafan kerana kewujudannya adalah secara haram apabila merampas Bumi Plastein untuk dijadikan negara mereka. Kerajaan BN juga  tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Maknanya Kerajaan BN tidak pernah bersetuju adanya negara Israel tetapi terpaksa memperakui kewujudannya.


Surat Pertama
Surat Tun Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin

Salinan Asal Surat Tun Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin
PRIME MINISTER MALAYSIA
21 December 1993
His Excellency
Mr Yitzhak Rabin
Prime Minister of Israel
JERUSALEM
I would like to thank you for your letter of 17 October informing me about the Agreement of Principles and Mutual Recognition between Israel and the PLO.
My government supports this positive development and views it as a first step towards the realization of a comprehensive solution to the Middle East problem.
As a demonstration of Malaysia’s support to this development my country was represented at the Donor’s Conference to support The Middle East Peace held in Washington and subsequently pledged a modest financial contribution to the Palestinians to assist in their new tasks. My government has also offered the Palestinians technical assistance under the Malaysian Technical Cooperation Programme.
Malaysia as a matter of general principle is prepared to develop relations with Israel at the appropriate time. In the meantime, we would like to see tangible progress in the implementation of the peace agreement.
The Middle East problem particularly the Palestinian issue has been a cause of instability to the region and I hope the recent agreement between Israel and PLO would contribute to lasting peace to the area.
I look forward to normal relations with Israel. (this last sentence is hand written)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Terjemahan Surat Tun Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin
PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR MOHAMAD

Surat Kedua
Surat Tun Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

Salinan Asal Surat Tun Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu
PRIME MINISTER MALAYSIA
14 March 1997
His Excellency
Mr Benjamin Netanyahu
Prime Minister of Israel JERUSALEM
Your Excellency,
Your letter dated January 23rd only reached me yesterday. I appreciate very much your taking the trouble to inform me on the situation in Palestine and the region.
Unfortunately much of what you have written has been overtaken by events.
Malaysia believes in peace and in settlement of problems between neighbours through negotiations. As a last resort, we turn to third parties.
In disputes over territories between Malaysia and Singapore and Malaysia and Indonesia we have agreed to get the World Court to decide.
Dispute between Malaysia and Thailand over territorial waters was resolved by agreeing to share the non-marine resources equally.
Within the country, disparities in wealth distribution between the indigeneous people and those of immigrant origins were resolved through affirmative action in which the have nots would have a bigger share of a growing economic cake but there would be no expropriation and redistribution of what already belonged to the descendants of immigrants.
Everyone has very nearly a fair share now and everyone is fairly satisfied. Relations between the different races in Malaysia are good and not disruptive.
The important point I would like to stress is not to take what already belongs to others even though historically they may be yours. Lately, Israel has been pulling down Arab dwellings in order to erect houses for Israelis.
The whole world, including your ally, the United States condemns this. But Israel has gone ahead.
You condemn Syria for making threats. But their threats are the response to your own action. If you forcibly take over land and property belonging to the Palestinians, the only response if they are not to violently act against you, is to threaten to act against you.
If they cannot retaliate and they cannot voice their intended retaliation, than they would have to submit to all your action no matter how wrong. What you are doing now is against the spirit and the letter of the peace process agreed to by your predecessor.
How can we trust Israel if a change in the government negates solemnly given undertakings by a Government of Israel. Please reconsider your decision to build new Jewish settlements on Arab land.
The Israeli youths are here. Our intention is to show them that Muslims are normal rational people who want to live in peace and freedom. We hope that they will have a new impression of Muslims and Islam.
There will be aberrations among Muslims but there are also aberrations among Jews and Christians and people of every religion. No religion should be judged by these aberrations.
We hope that the youths will understand Muslims better and will want to be at peace with them. To have peace you have to make sacrifices. The Palestinians no longer demand the elimination of Israel. They are even prepared to share Jerusalem with you. They have made sacrifices.
We should remember that when Jews were persecuted in Europe, they had always found sanctuary among Muslims in Muslim countries. We don’t regard Israelis as eternal enemies. But we cannot help but sympathise with the Palestinians because their land is being taken away from them now.
It may have belonged to Jews three thousand years ago. A lot of traditional Malay land have been made part of Thailand. But we are not claiming Southern Thailand as part of Malaysia. If we go too far into the past we cannot live with our neighbours.
We are ready to have economic and technological cooperation with Israel but we cannot do so yet because you have not honoured commitments made by a legitimate Government of Israel.
We would like to think that once we have established relations with you, it would be permanent.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Terjemahan Surat Tun Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu
PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak  bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi  sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR MOHAMAD

Surat Ketiga
Surat Tun Dr Mahathir Kepada Ehud Barak

Salinan Asal Surat Tun Dr Mahathir Kepada Ehud Barak
PRIME MINISTER MALAYSIA
8 June 1999
His Excellency
Mr Ehud Barak
Prime Minister Elect of Israel
TEL AVIV
Your Excellency,
May I extend my congratulations on your victory in the recent elections. With this impressive mandate, I hope that you and your coalition partners will be able to guide the destiny of the people of Israel at the threshold of a new Century.
I would like to take this opportunity to reiterate that Malaysia has always sought peace and the settlement of problems between neighbours through negotiations. It is therefore our hope to see the mutual implementation of the agreements signed between the PLO and Israel.
We also believe that if the peace process is to be salvaged, sincere and effective steps must be taken to honour commitments.
As an important partner in the peace process it is crucial for Israel to be more accommodating. The Palestinians have made major sacrifices. They no longer demand the elimination of Israel.
They are even prepared to share Jerusalem with you. It is therefore timely that Israel respond positively so as to sustain the hopes of the people in both Palestine and Israel.
Solemn commitments made by a previous Goverment must be honoured. The alternative I am afraid, would be a permanent state of conflict and regional instability extending into the next Century. This is certainly a prospect that must be avoided.
The crux of the problem is that no party should revert to the old ways of taking what belongs to others, on the one hand and instigating hatred and violence, on the other.
Malaysia cannot countenance aggression by anyone, whether friend or foe. Any country that forcibly takes over land and properties of others, or demolishes dwellings belonging to others in order to set up its own settlements cannot be said to be sincere in wanting peace.
Malaysia is of the firm conviction that the security of all countries in West Asia can only be assured with the establishment of a just, lasting, and comprehensive peace in the region. This must be based on the principle of “exchange of land for peace” and the establishment of an independent Palestinian state with East Jerusalem as its capital.
The world looks forward to Israel under your leadership, to push forward the peace process with true determination. It is my sincere hope that the attainment of a comprehensive settlement in the region would allow Malaysia to realistically envisage a positive move towards the establishment of normal relations with Israel.
Yours sincerely,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Terjemahan Surat Tun Dr Mahathir Kepada Ehud Barak
PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas
Dr Mahathir mohamad

6 comments:

Ahmad Shukri Mokhtar said...

yg tersurat dan tersirat persamaannya Tun Mahathir sentiasa berani menyatakan kebenaran dan banyak menyindir Israel dan cuba mengajar Israel tentang perkara yg betul. Ini adalah pegangan seorang PM Melayu Islam yg dikenali di seluruh dunia yg berani berkempen BUY BRITISH LAST sehingga Mat Saleh pun hormat kpd kita. Small Country but have a brave n bright Prime Minister.. Kebiasaan mat saleh panggil kita dgn nama keluarga tapi dgn Tun , beliau disebut nama penuh Mahathir Mohammed. Mgkn org tak sedar tetapi ada nama Rasulullah disebalik nama TUN iaitu nama bapanya. Ini lah yg menggerunkan Kafirun Zionis dan sekutunya.. Apalagi namanya hampir sama dgn Imam Mahadi.

putrarahman said...

Terima kasih saudara Shukri kerana jenguk blog aku.

Aku setuju dengan komen saudara tapi apa ada pada nama jika tidak sama dengan sikap dan kelakuan pemiliknya.

Anonymous said...

bagus lah kalau tak da hubugan gitu...tp kenapa skrg masih lagi berhubung spt ada perhubungan perdagangan. secara tak langsung ianya ada transaksi keluar masuk duit negara ke israel. jgn ada hubungan langsung tak kira hubungan dagang ke..hubungan diplomatik (memang tak da)... itu baru betul.

putrarahman said...

Anon 3:56, sekarang ni dunia tanpa sempadan. Untuk tidak ada hubungan langsung dengan Israel tu mustahil kerana ramai juga dikalangan rakyat Malaysia yang rajin melawat Israel termasuklah orang PAS sendiri.

Anonymous said...

berat tuduhan ni. bermakna..ada visa utk lawatan ke israel.

putrarahman said...

Anon 1:58 ptg, kpmen sedari/sedara dialu-alukan.

Aku dah cakap Dunia tanpa sempadan. Orang PAS melawat Israel bermaksud melawat website Israel dan mungkin ramai kawan facebook warganegara Israel.