SAHABAT BLOG

23 March 2012

Cabaran Facebook kepada Ibubapa masa kini

Umur 14 - 15 tahun dah pandai lari dari rumah ikut kekasih. Kekasih pulak tu di kalangan mereka yang sudah dewasa. Isunya bagaimana mereka boleh berkasih sedangkan sorang contohnya duduk di Melaka dan sorang lagi duduk di Kuantan. Jauh tu. Jawapannya ialah facebook  Aku percaya semua ini gara-gara facebook. Sekarang ni boleh dikatakan semua pelajar ada facebook. Cuba buat kajian secara ilmiah, berapa peratus pelajar yang tiada facebook. Bukan yang ada facebook, tetapi yang tiada facebook. Aku percaya jumlah yang tiada facebook mungkin tak sampai 5 %. Maknanya 95% lagi ada memiliki akaun facebook.
Semua nak dicerita facebook, sampaikan warna seluar dalam pun dicerita di dalam facebook. Kucing tak kasi makan pun dicerita di dalam facebook. Anak berak sembelit pun diceritakan di dalam facebook. Pendekkata semua rahsia diri hendak dikongsi dengan public seluiruh dunia.

Begitu hebat, begitu berat, begitu sarat  cabaran yang dihadapi oleh ibubapa zaman teknologi maklumat ni berbanding ibu bapa pada zaman dahulu kala, ibu bapa pada zaman aku remaja dulu. Pada zaman dahulu kala musuh utama anak-anak remaja yang paling ditakuti oleh ibu bapa ialah dadah, budaya kuning, panggung wayang dan ada satu dua lagi gelala negatif.   Namun sekarang ni, begitu banyak perkara yang menjadi musuh ibu bapa untuk mendidik, membela, untuk memelihara anak amsing-masing. Facebook, Handphone, Play Station, Gay, Lesbian, Syabu, dan banyak lagi. Belum lagi ditambah dengan pelbagai penyakit yang macam-macam.

Banyak ibu bapa yang masih belum sedar dan ketahui cabaran-cabaran besar yang mereka dahapi sekarang ini. Masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa terhadap cabaran-cabaran berkenaan. Bukan sahaja tidak sedar dan tidak bimbang, kadang-kadang mereka sendiri pun dengan godaan dan ajakan teknologi masa kini. Berapa ramai dikalangan ibu bapa yang leka berfacebook sehingga terlupa di mana anak mereka berada. Berapa ramai ibu bapa yang leka bermain facebook sehingga hangit lauk pauk didapur. Berapa ramai ibubapa yang terleka bermain facebook sehingga terlupa di mana suami mereka berada. Jika inilah sikap dan tingkahlaku ibu bapa zaman sekarang ini, maka tidak hairanlah jika setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita yang tidak enak didengar berlaku kepada anak remaja kita. 

Ketidakpekaan para ibubapa masa kini terhadap cabaran dan rintangan yang mereka sedang hadapi untuk membela dan memelihara anak-anak menyebabkan mereka kurang bijak, kurang berpendidikan dengan ilmu-ilmu mendidik anak-anak. Mungkin  kebanyakkan dari mereka mendidik anak-anak masing-masing dengan mengambil pendekatan pendidikan yang mereka pernah terima suatu ketika dahulu. Akibatnya bukan penyelesaian tetapi  penyesalan yang mereka perolehi apabila ingin mendisiplinkan anak-anak. Inilah yang berlaku terhadap ibu bapa yang mempunyai anak yang lari dari rumah dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar motivasi, dari 10 orang anak remaja masa kini, 5 orang berkecederungan untuk lari dari rumah. Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Berbalik kepada penggunaan facebook, secara peribadi, aku kurang setuju dengan berleluasanya penggunaan facebook di kalangan anak remaja masa kini. Pengunaannya seolah-olah tiada kawalan langsung. Setiap orang tanpa mengira had umur boleh memiliki akaun facebook. Memiliki akaun facebook ini tidak salah, tetapi banyak yang tidak mengetahui fungsi dan objektif sebenar facebook ini. Banyak remaja yang menggunakan facebook ini sekadar untuk membuang masa dan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa masa kini yang memiliki anak remaja, bakal remaja, adalah mempersiapkan diri dengan pendidikan dan ilmu keibubapaan masa kini. Para motivator pula perlu memikirkan pendekakatan baru di dalam kemahiran masing-masing untuk menjadi kaunselor atau motivator supaya semua cabaran dan halangan yang sedang dihadapi oleh para ibubapa masa kini dapati diberikan panduan dan cadangan untuk menghadapinya. Kepada kerajaan pula, jika ada keupayaan dan keperluan, hendaklah menghadkan umur kepada pengguna facebook supaya mereka yang boleh memiliki akaun facebook hendaklah terdiri mereka yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas.

No comments: