SAHABAT BLOG

22 March 2012

Apa dah Jadi dengan Islam di Selangor.

Sidang DUN Selangor sedang bersidang sekarang ni. Sudah tentu tumpuan menjurus kepada Dr. Hassan Ali kerana inilah kali pertama beliau menjadi ADUN Bebas. Jika sebelum ini beliau selesa dengan kerusi EXCO tetapi disebabkan beliau telah dizalimi oleh musuh-musuh Islam, maka beliau terpaksa meneruskan perjuangannya sebagai ADUN Bebas.

Sebagai ADUN Bebas, sudah tentu Dr. Hassan lebih selesa untuk mengeluarkan idea dan hujah-hujah tanpa perlu takut atau bimbang dikenakan tindakan oleh pucuk pimpinan parti. Sudah tentu isu murtad menjadi topik hangat yang dibangkitkan oleh Dr. Hassan. Aku membaca sebuah artikel menarik dari rakan bloger pantai Timur akan aku sertakankan linknya di bawah nanti. Setelah aku membaca artikel tersebut, kesimpulan yang aku boleh buat ialah, pada endapat Umat Islam di Selangor Wajib Fardhu Kifayah ( boleh kot) untuk menolak Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Ini bukan satu fatwa kerana aku bukan orang yang boleh mengeluarkan fatwa sedangkan fatwa yang ada pun banyak yang aku tak ikuti.

Aku hukumkan wajib fardhu Kifayah ini kerana aku lihat kerajaan Selangor sekarang ini adalah sebuah kerajaan yang bersikap terlalu liberal terhadap Islam. Terbaru sebagaimana dilaporkan oleh sahabat bloger berkenaan, EXCO Agama Islam Selangor telah mengakui terdapat 130 lebih kes murtad di Selangor  dan dari jumlah itu 16 kes sudah berjaya diselesaikan. Apa yang sedihnya, sebagai EXCO Agama Islam, beliau menjelaskan bahawa Kes Murtad ini bukan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan terpulang kepada individu serta keluarga masing-masing untuk menanganinya. Kenyataan beliau ini selari dengan hasrat dan hajat pihak kapir DAP. Nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terlalu berhati-hati bila membincangkan pasal Islam. Bagaimana mereka hendak menegakkan dan meninggikan syiar Islam mahupun menjaga kesucian Islam jika sekiranya mereka takut-takut dan berhati-hati di dalam pelbagai Isu yang ada hubungkait dengan Kesucian Islam seperti dalam kes Murtad ni. Adakah ini merupakan salah satu sebab mengapa kerajaa PR Selangor memecat Dr. Hassan Ali sebagai EXCO Agama Islam dan menggantikannya dengan seorang yang tidak ada kelayakkan peringkat tinggi dalam Islam.

Aku tak mahu ulas lanjut lagi, silalah baca entri bloger terhebat pantai timur di SINI.

1 comment:

Anonymous said...

bebas yang mesra um..