SAHABAT BLOG

06 March 2012

10 kesalahan UMNO yang PAS terlepas pandang

Sehari dua ni riuh da'mat, bising ba'ngor puak-puak PAS pasal PM mintak maaf kepada rakyat. Salah ke mintak maaf tu? BN pun manusia biasa dan sebagai manusia biasa memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu kita digalakkan memohon maaf dan memaafkan orang sebelum tidur.

Kalau bab cari salah UMNO PAS memang paling cekap sekali. Namun demikian, ada lagi kesalahan UMNO yang mereka terlepas pandang. Aku tak tahu mereka sengaja tak nampak atau buat-buat tak nampak. Jadi aku tolong bantu mereka untuk menyenaraikan 10 lagi kesilapan dan kesalahan UMNO sepanjang lebih 50 tahun menjadi pemerintah. Semoga keslahan dan kesilapan ini boleh membuka mata PAS untuk dijadikan modal kempen mereka.

1. PAS lupa nak bangkitkan kesalahan UMNO kerana telah banyak mendirikan masjid untuk meninggikan digunakan oleh orang Islam beribadat dan meninggikan syiar Islam dan juga untuk mengutuk kerajaan. 

2. PAS lupa nak bangkitkan kesalahan UMNO kerana begitu banyak mendirikan Universiti untuk anak bangsa menuntut Ilmu dan tak payah berebut-rebut kerana disetiap negeri UMNO ada sediakan Universiti. 

3. PAS lupa nak bangkitkan kesalahan dan kesilapan UMNO kerana berjaya menukar Pelita Ayam kepada Lampu Kalimantan. Kalau PAS memerintah mereka rakyat mungkin masih menggunakan pelita Ayam.

4. PAS lupa nak bangkitkan kesalahan dan kesilapan UMNO kerana memberikan kemudahan air bersih kepada setiap isi rumah. Orang kampung tak payah lagi menceduk air perigi dan juga membibit air dari sungai. 

5. PAS lupa nak bangkitkan kesalahan dan kesilapan UMNO kerana mebina begitu banyak sekolah-sekolah untuk anak-anak belajar. Kalau PAS memerintah mungkin sekolah-sekolah dibina cukup sekadar keperluan.

6. PAS lupa nak bangkitlkan kesalahan dana kesilapan UMNO kerana melahirkan begitu ramai anak Melayu yang cerdik pandai yang diiktiraf diseluruh dunia termasuk anak-anak orang PAS sendiri. 

7. PAS lupa nak bangkitkan kesalahan dan kesilapan UMNO kerana menbina begitu banyak rangkaian jalanraya menghubungkan timur dan barat, utara dan  selatan bagi memudahkan orang PAS bergerak ke seluruh negara untuk berkempen.

8. PAS terlupa nak bangkitkan kesalahan dan kesilapan UMNO kerana telah membina pusat-pusat kesihatan dan hospital disetiap daerah yang memberi kemudahan rawatan kepada orang PAS mengubat segala jenis penyakit kecuali penyakit hasad dengki dan dendam kesumat.

9. PAS lupa nak bangkit kesalahan dan kesilapan UMNO kerana telah membina Proton SAGA bagi membolehkan orang PAS yang berpendapatan rendah menukar basikal mereka kepada kereta.

10. PAS terlupa nak bangkitkan kesalahan UMNO kerana menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak PAS sehingga tak habis nak diisi dan terpaksa mengambil pekerja asing.

Inilah sepuluh kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO yang PAS terlepas pandang. Banyak lagi kesalahan dan kesilapan UMNO yang tidak disenaraikan. Biarlah rakyat sendiri yang menilai adakah kesalahan dan kesilapan UMNO ini wajar dihukum ataupun diberikan penghargaan.

11 comments:

Anonymous said...

cetek ilmu..hujjah ni...bro..kaalau parti pelita cap ayam pun akan sediakan semua tu...kenapa lah... jadi mcm ni. kat vietnam, singapore, thailand pun ada masjid, kerajaan depa pun buat masjid. depa bukan kerajaan islam pun...malah pemimpin depa pun bukan islam. adusss.... cara hujah ni elok debat debat dgn jati jer.

Anonymous said...

nak debat takt..takut berani melalak kat tv jer. mcm2 alasan yang membolehkan tak nak berdebat, tak layak la, tak boleh kontrol la, moral rendah la. klu dah takut tahap penipu...tak payah jadi pemimpin laa.. debat pun bukan dok nak hentam peribadi. ada tajuk nya. itulah...berani hentam musuh ikut tv jer..

Anonymous said...

suka menyamun harta rakyat ...saudara tak list kan sekali ker. tu no 11 ke 12.

putrarahman said...

Ha ha ha...terima kasih Anon 1:51 ptg kerana bagi komen. Komen sedare/sedari dialu-alukan. Bukan apa, aku tolong listkan supaya mudahkan PAS hafal bila nak berceramah.

Kamu ingat bukan semua pemerintah mampu laksanakan tanggungjawab yang diberikan. Tak payah pergi jauhlah, setiap negeri di Malaysia ni pun berbeza tahap pencapaian dan kemajuan masing-masing. Ada negeri yang maju, ada negeri yang masih membangun dan ada negeri yang masih terkapai-kapai. Semuanya ada pemerintah, tetapi kenapa tidak laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

putrarahman said...

Anon 1:54 ptg, komen sedari/sedari dialu-alukan.

Aku fikir PM bukan takut nak debat dengan Anwar, tetapi nak debat buat apa? Tak ada faedahnya. Kalau nak berdebat pun, jangan berdebat dengan orang yang terbukti suka berbohong macam Anwar tu.

Anonymous said...

suadara , tidakkah terasa pengecut jika hanya berani menghentam musuh politik didepan kaca tv shj. kalaupun dsai tu tak layak (kata cai) apalah masalah sekiranya berdebat dgn pas or sesiapa shj yg depa suka hentam kt tv selalu tu. kenapa takut berjuang kalau anda berada pada tempat yg betul. amat malang sekali dpt pemimpin yg takut berhujjah depan kedua-dua pihak. tahniah mca dan dap. kalau dah takut dan pengecut...seribu alasan akan diberikan. maklumlah...masih ada kuasa.

putrarahman said...

Terima kasih Anon 8:44 pg. Terima kasih kerana blog saya menjadi pilihan sedare/sedari dipagi hari.

Nak tanya apa hasilnya debat Anwar vs Sabry dulu untuk rakyat?

Apa hasilnya debat CSL/LGE untuk rakyat?

Di Malaysia tidak perlu debat kerana ianya tidak merobah apa-apa. Penyokong pembangkang tetap menolak hujah BN dan sebaliknya.

Jadi apa guna berdebat, berhujah hingga berbuih air liur tetapi tetap ditolak?

Kalau pengundi bersifat terbuka seperti di USA, debat patut digalakkan. Tetapi di Malaysia, pengundinya tertutup, jumud, tidak mahu menerima hujah orang lain, hanya puak mereka sahaja yang betul. Jadi bagaimana objektif debat boleh tercapai?

Ruang debat di Parlimen sudah memadai. Namun Pembangkang asyik keluar dewan je, macamana nak debat.

Aku akan jadikan komen ini sebagai artikel terbaru aku.

Anonymous said...

betul tu... kalau peringkat negeri pun pembangkang suka keluar dewan. spt negeri tak perlu sebut. peringkat parlimen pun sama. tanda protes terhadap sesuatu isu yg berpihak kpd pemerintah. kalau betul telus, siarkan penuh persidangan tu. isu debat ni bukan baru. dah lama dah. ternyata penakut memang hanya berani berkokok sorang2 dlm tv. bukan main sedap mulut menghentam orang lain dalam tv. beri komen sebelah pihak shj. nasib baik rakyat tak sebodoh yg disangka oleh pemimpin. kalau takut berdebat pun, jgn lari dari kenyataan.

GotYou! said...

Debat? Apa kejadah berdebat dgn musibat!

Anonymous said...

hujah sampah....

Anonymous said...

saya sokong debat!!!