SAHABAT BLOG

21 February 2012

Semua Allah Punya



Semua Allah Punya
Lihatlah pohon yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burubg yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepadaNya

Lihatlah pohon yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepadaNya X2

Lirik lagu di atas adalah nyanyian Iwan Syahman ataupun lebih dikenali sebagai Iwan si pelantun 'Memori Daun Pisang' ataupun 'Yang sedang-sedang saja'.

Pelik juga ye, kenapa entry aku kali ni ada lirik lagu segala. Apa yang aku nak tulis sebenarnya berkaitan dengan Forum Perdana. Lagilah pelik ye, apa kaitannya lirik lagu Iwan ni dengan Forum Perdana.

Baiklah takpayah kita berteka-teki. Pada malam isnin yang lalu, masjid di kawasan aku telah menganjurkan Forum Perdana yang tajuknya......aku lupalah. Forum perdana itu di Hoskan oleh Ustaz Zakaria dan ahli panelnya ialah Ustaz Aslin dari Kuala Selangor yang lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood. Panel kedua ialah Ustaz Fauzi Mustafa yang dikenali juga sebagai Ustaz Jus Tok Guru. Panel ketiga ni yang menarik iaitu
Wan Syahman Wan Yunus ataupun nama pentasnya suatu ketika dahulu ialah Iwan.

Apa yang aku nak kongsi di sini ialah berkenaan konsep Forum Perdana tersebut yang aku rasa mungkin tidak pernah di adakan sebelum ini. Konsep yang aku maksudkan ialah mengabungkan beberapa cabang dakwah iaitu cabang kesenian, humor dan serius.

Cabang kesenian diwakili oleh Penyanyi Iwan Syahman, cabang hubor disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharim atau Ustaz Bollywood dan Ustaz Fauzi Mustafa lebih serius. Ketiga-tiga ahli panel ini telah berjaya menyampaikan dakwah mereka dalam bentuk yang berlainan sesuai dengan kepakaran dan kemahiran masing-masing.

Pada malam itu, aku lihat para pengunjung yang aku kira lebih kurang 1,000 orang  termasuk kanak-kanak tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing dari jam 9.00 malam sehingga 11.30 malam. masing-masing asyik dan seronok dengan persembahan dakwah para ahli panel.

Iwan telah menyampaikan 6 buah lagu termasuk lagu Semua Allah Punya yang liriknya ada di atas . Kemerduan suara Iwan memakukan para penonton. Kadang-kadang terasa seperti menonton konsert pulak.

Ustaz Haslin menyampaikan dakwahnya dengan diselang seli lengok lagu-lagu Hidustan termasuk bacaan Hadis dan Al Al Quran dengan lengok Hindustan ( Tajwid dan makraj masih terpelihara) membuatkan para penonton tidak kering gusi.

Ustaz Fauzi Mustafa pula dengan lebih serius menekankan perkara-perkara yang berkaitan Iman dan Amal termasuk bagaimana hendak menambahkan iman, memelihara iman.

Konsep yang cuba diketengahkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muqarabin ini boleh diamalkan bagi menarik minat lebih ramai golongan anak muda mendekati majlis-majlis Ilmu. Dalam persembahan ataupun penyampaian melalui cabang seni seperti yang aku katakan itu, boleh juga dipanggil penyanyi-penyanyi Nasyid yang hebat-hebat untuk meyampaikan dakwah mereka melalui lagu-lagu mereka yang berteraskan Islam. Malam itu, jika Iwan boleh menyanyi salah satu lagunya tanpa iringan muzik, aku fikir mungkin lebih tercapai maksud dakwahnya. Bila ada muzik tu, al maklum sahajalah, ianya sedikit mengasyikkan.


No comments: