SAHABAT BLOG

16 February 2012

PKR tidak Berkongsi Hasrat dengan PAS berhubung Israel

"Walaupun begitu PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan."- Anwar Ibrahim

"Walaupun begitu PKR tidak berkongsi hasrat dengan PAS untuk memastikan keselamatan Israel terus dijamin dimana PKR inginkan agar keselamatan Israel terus dipelihara manakala PAS pula mengharamkan kewujudan Israel" - COKAM

Perkara pokok yang dibincangkan dalam isu Israel ialah hasrat yang berlainan berhubung negara Israel antara PAS dan PKR dan pada masa yang sama PKR mendakwa mempunyai hasrat yang sama dengan PAS berkenaan Plastein seperti yang dicatatkan di atas.

Ini merupakan perkara dasar yang akan mencorakkan hubungan luar negara. Kalau perkara yang tidak melibat perkara dasar, aku tidak ada masalah jika mereka nak berbeza pendapat. UMNO dengan MCA dan MIC pun banyak perbezaan pendapat, tetapi ianya tidak melibatkan perkara dasar.

Rakyat Malaysia selama ini telah diketahui umum terlalu taksud Pro-Plastein dan perkara ini diakui sendiri oleh Anwar Ibrahim, oleh itu kenapa beliau secara sengaja telah menguris hati dan perasaan rakyat negara ini terutama sahabat dan rakat karib bertaraf sekutunya iaitu PAS apabila beliau secara jelas menyatakan sokongan beliau terhadap Israel.

Walaupun beliau anggap bahawa itu merupakan ketetapan PBB dimana beliau mendakwa beberapa pemimpin dunia Arab juga mengiktiraf kewujudan Israel tetapi sebagai rakyat Malaysia aku fikir tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Sudah semestinya beliau mempunyai sebab dan motif untuk berkata sedemikian.

Oleh yang demikian, apabila beliau dikritik hebat oleh rakyat Malaysia termasuk oleh PAS, sepatutnya beliau memohon maaf kepada rakyuat Malaysia kerana telah menguris hati dan perasaan mereka dan pada masa yang sama menjelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa dan sebab apa beliau berkata sedemikian. Bukannya mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. 

Nik Aziz telah menyatakan pendirian beliau bahawa Anwar Ibrahim hendaklah menyatakan secara terbuka penjelasan kenapa beliau berkata sedemikian. Pada aku disamping kenyataan terbuka, beliau hendaklah memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menguriskan kebanyakkan rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Plastein.  

Sumber: Malaysiakini


3 comments:

Anonymous said...

apa salahnya surat khabar dan media gomen bagi komen penuh... jgn dok potong sana,..edit sana sini...beri maklumat tergantung kt rakyat. itu mengundang salah tafsir kpd rakyat. jgn jadi ejen penyebar perpecahan melayu. dan juga sebaliknya..kalau dah buat kenyataan tu... jika salah perlu tarik balik. tapi perlu rujuk balik kpd kenyataan asal...BUKAN kenyataan separuh jalan spt media2 yg suka pecah belahkan melayu.

putrarahman said...

Setiap berita ada strategi dan objektif disamping setiap perkataan ada kos. Walaupun aku tak belajar Media, tetapi aku tahu.

Anonymous said...

ada strategi tu bagus...tapi jangan sampai merosakkan sesuatu maklumat yang asal. Mungkin saudara berpendapat tidak memberi kesan, tapi hakikatnya seluruh rakyat akan tertanya2 dan mungkin mempercayai nya...tkasih.