SAHABAT BLOG

25 February 2012

Pesanan Untuk Putrarahman, Banyakkan Bersyukur dan Ikhlas bila Menderma


Guru mengadu dipaksa derma RM50 setahun

24/02/2012 8:39pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini mendakwa sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor telah memaksa guru-guru Gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan mendakwa, sehubungan itu wakil guru terbabit telah membuat laporan kepada NUTP baru-baru ini.

“Berdasarkan aduan, pentadbir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guru berkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.

"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu.

“Persoalannya, adakah arahan yang dikeluarkan pentadbir sekolah berkenaan mengikut prosedur kementerian atau ia sekadar arahan persendirian? Ini perlu dijawab pihak sekolah,” katanya pada sidang akhbar di Wisma NUTP, di sini hari ini.

Sementara itu, Hashim menambah, NUTP turut menerima aduan mengenai tindakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Kulai Jaya yang membuat peraturan sendiri dengan memaksa guru datang sebelum pukul 7 pagi. - UTUSAN.

COKAM: Aku sebenarnya sengaja copy and paste berita ni kerana aku akan jangkakan berita ini tidak akan habis setakat ni saja. Selepas ni akan ada pemimpin ataupun pihak-pihak yang berkepentingan akan memberikan ulasan mereka. 

Sebenarnya derma ni  satu tuntutan di dalam Islam.  Namun demikian ianya hendaklah ikhlas dan bukannya boleh paksa-paksa. Bagi golongan yang bersyukur dengan kurniaan Allah, bukan setakat RM50.00 bahkan lebih dari itu mereka ihklas nak hulurkan derma. Namun demikian, bagi mereka yang kurang bersyukur, jangankan RM50.00 tetapi lebih kecil dari itu payah hendak dihulurkan. Kalau diminta untuk hulurkan derma, ianya akan menjadi satu paksaan pula bagi mereka.

Kenaikan pangkat ni bukan mudah untuk diperolehi di dalamJjabatan lain. Bukan semua orang berpeluang untuk naik pangkat. Tak tahulah di kementerian pelajaran, mungkin ianya terlalu mudah sehinggakan terlupa untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kenaikan pangkat ini sebenarnya kurniaan dari Allah S.W.T. Oleh itu wajar bagi merka yang naik pangkat itu melahirkan rasa syukur dengan meraikan mereka kepada rakan-rakan rapat mereka ataupun orang     sekeliling mereka yang sedikit sebanyak menolong mereka untuk naik pangkat. 

Apa-apa pun, masing-masing punya gaji, maka masing-masing punya cara bagaimana hendak dibelanjakan gaji tersebut.  Tepuk poket tanya duit nak pergi ke mana.

Kalu ada cikgu baca ni, jangan marah. Aku percaya, bab paksa memaksa ni bukan pada cikgu sahaja. Aku pun acap kali kena derma paksa apabila terima bonus tahunan. Namun aku redha je kerana kalau setakat RM50.00 atau RM100.00 tu tak jadi hal.  Kalau ikhlas, Allah akan tambah lagi. Mana tahu kalau kita kedekut untuk bagi derma, tiba-tiba kereta pancit atau anak sakit , duit hilang atau sebagainya sebagai balasan dari Allah.  Dipaksa derma RM50.00 je setahun, tetapi duit hilang lebih besar lagi sebagai kifarah kerana sifat kedekut kita tu. Pesanan ni sebenarnya untuk diri aku juga.




No comments: