SAHABAT BLOG

16 February 2012

Mat Said mengamuk pasal lampu

Firasat aku mengatakan ada yang tak kena dalam Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu. Aku fikir hubungan PBSNT dengan kerajaan negeri tidak berapa ngam. Sejak kejadian Irfan Bakti 'diusir' dari Terengganu dan diganti dengan Mat Zan bermulanya krisis antara kerajaan negeri dengan PBSNT. Dalam isu Irfan Bakti ni, Mat Said masih mengharapkan Irfan Bakti terus membimbing skuad Tranung, tetapi PBSNT pula mahukan Mat Zan.

Baru-baru ni, pasal lampu limpah yang tak cukup power. Aku hairanlah, apa yang PBSNT buat atau mereka tak reti buat kerja. Kalau lampu limpah tak cukup power, buatlah kertas kerja kepada kerajaan negeri supaya digantikan lampu limpah baru. Kalau nak lebih power lagi, sambung terus dari kenyir dam.

Pada malam kelmarin, lampu limpah pulak bergelap selama 30 minit. Memanglah keadaan elektrik terpadam tu bukan di bawah kuasa PBSNT, tetapi sekurang-kurangnya maklumlah kepada Mat Said. Hah! sekarang Mat Said dah mengamuk sakan.

Aku rasalah, antara Mat Said dengan PBSNT terutama Che Mat Jusoh macam tak bercakap mun aku. Cukup-cukuplah tu Che Mat Jusoh, bagilah kepada orang lain yang boleh mesra dengan Mat Said pulak pegang jawatan. Kami nak tengok pasukan Bolasepak Tranung hebat dan menang Piala Malaysia lagi.

Apa-apa pun tahniah kepada T-Team yang terus cemerlang. Tahniah pada YB Rozi. Sekarang ni T-Team kena cari pemain import yang hebatlah sikit. Elakkan cari pemain import seperti De Silva dalam pasukan Tranung tu.



Oleh RADHUAN HUSSAIN

utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - "Kejadian ini (lampu stadium padam) sangat memalukan, saya amat tak puas hati dengan kejadian ini."

Demikian luahan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai insiden lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang terpadam lebih setengah jam sehingga perlawanan bola sepak Liga Super Terengganu melawan Kedah malam tadi tergendala.

Ahmad turut kesal dengan sikap sambil lewa pihak-pihak berkenaan yang tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri lebih awal mengenai apa masalah sebenar yang berlaku membabitkan lampu limpah stadium itu.

"Ini yang buat saya marah dan masalah ini sesuatu yang memalukan. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) atau PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) maklumkan pada kita apa masalah sebenar.

"Sampai sekarang pun tak ada pihak yang datang jumpa saya untuk beri penjelasan sama ada PBSNT atau pun MBKT atau pihak lain untuk menceritakan hal dan keperluan sebenar ataupun beri penjelasan kepada Exco.

"Kita tak perlu panggil mereka yang terlibat kerana itu tugas mereka untuk beri penjelasan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas suasana di stadium berkenaan yang 'bergelap' selama lebih setengah jam apabila berlaku kerosakan teknikal pada lampu limpah sehingga mendorong pengadil menghentikan sementara perlawanan.

Pada perlawanan antara Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin, lampu limpah stadium berkenaan terpadam sejurus bermula separuh masa kedua sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan lebih setengah jam.

Ahmad selanjutnya berkata, beliau pelik bagaimana masalah itu masih berulang sedangkan sebelum ini lampu limpah itu telah dibaik pulih dengan meningkatkan tahap pencahayaannya.

"Saya dah beritahu dulu, kalau kita nak tahu kita perlu dapatkan maklumat teknikal, kalau kita nak pasang lampu 800 lux kita perlu pasang lebih, kerana pencahayaan ini akan menurun dan sebaliknya.

"Tapi kita tak dapat maklumat yang sebenar, dari segi teknikal mereka perlu beritahu kita. Kalau stadium nak pakai lampu 800 lux maka kita kena pasang 900 lux," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan perlawanan-perlawanan akan datang yang dilangsungkan di stadium berkenaan terpaksa diadakan pada sebelah siang sekiranya masalah itu masih berlarutan.



2 comments:

Anonymous said...

suruh jer mb tu lapor kat mufti ganu..pas tu parti ajaran sesat. sbg pemimpin wajib dia lapor perkara ini. mungkin bagi nya umxx tu parti islam tak sesat. lapor lah...jgn dok menyalak jerr

putrarahman said...

Terima kasih kerana memberi komen. Komen sedare lari dari topik.

Aku tak sentuh pasal Parti Ajaran Sesat. Ada masa aku sentuh, jika ada idea.