Aku tidak mahu cakap lebih-lebih kerana urusan akidah ni urusan yang halus garis sempadannya dengan perbuatan murtad. Namun jika mengambil kira ulasan beberapa ahli Agama seperti Datuk Harunsani, Dr. Asri, Dr. Juanda, aku kira perbuatan calon Perdana Menteri Malaysia ini perlu menjelaskan kepada umum adakah beliau telah bertaubat dari perbuatan beliau di atas.
Aku doakan semoga beliau diberikan taufik dan hidayah untuk bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.
Sangat sukar untuk membezakan mana satu ajaran agama dan mana satu amalan yang ditokok tambah dalam sesuatu agama. Oleh itu, sebagai calon Perdana Menteri sebuah negara Islam, Anwar Ibrahim perlu mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Nik Aziz ataupun Haji Hadi sebelum melakukan perkara seperti di dalam gambar di atas.
2 comments:
agak lucu gambar saudara ini. kurang pandai cut n paste...
apa pun tahniah kerana saudara jadi ejen penyebar xxxx fikiran rakyat.
Terima kasih atas komen dan teguran pasal cut and paste. Bab menjadi penyebar tu sebenarnya dengan niat untuk kebaikan umat Muhammad S.A.W. tak ada niat selain itu.
Post a Comment