Dr. Asri bekas Mufti Perlis sebagaimana dilaporkan oleh Malaysia kini, menyatakan bahawa menghadiri Perayaan Thaipusam tidak salah dengan syarat tidak melakukan ritual dan amalan agama tersebut. Beliau mengulas Isu kehadiran DS Najib ke Perayaan Thaipusam baru-baru ini.
Aku pun tak berapa reti pasal agama Hindu ni pasal tak belajar perbezaan antara agama. Adakah kalungan bunga dan juga memakai baju kurtal tu salah satu dari amalan dan ritual ajaran agama Hindu . Kalau ye, kenapa ada juga pengikut Hindu yang tak pakai, sepatutnya semua pengikut kena pakai baju macam tu dan kena kalungkan bunga macam tu. Mungkin juga ianya adalah satu budaya ataupun tokok tambah oleh pengikut Hindu bagi memeriahkan lagi sambutan Thaipusam.
Apa-apa pun, aku tak boleh sentuh panjang lebar pasal aku tak mengaji pasal perbezaan agama ni. Mana yang mengaji tu kalau boleh minta tolong jawab sikit isu ni.
2 comments:
jaga akidah ...jaga aurat. takat pakai bunga no hal... tp jgn sampai nampak merestui agama tersebut. nak bersama mereka boleh...tapi kena jaga peradaban islam...kena tutup aurat...kena jaga hukum hakam islam...ada faham..
Terima kasih atas komen. Apa yang penting akidah kerana jika akidah rosak, maka segala amalan tak bermakna. Bab tak tutup aurat tu tidak sampai kepada rosak akidah.
Merestui tu tak boleh, tetapi memperakui kewujudan agama selain Islam tu tak salah.
Post a Comment