SAHABAT BLOG

27 February 2012

Kalaulah Ustaz Badul Amin itu Anwar.



Gambar diambil dari blog penembak-tepat.blogspot.com

Ustaz Badrul Amin sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada pegawai JAIP dan juga mereka yang telah mengejutkan beliau dari godaan syaitan dan amukan nafsu. Jika tidak entah apa yang bakal berlaku antara beliau dengan isteri orang yang mengancam tu. Malu memanglah malu tetapi sebagai seorang ustaz, beliau sepatutnya lebih malu untuk berhadapan dengan Allah di Padang Masyhar kelak berbanding malu untuk berhadapan dengan manusia di muka bumi ini. 

Dalam kes ini, jika betul ustaz Badrul Amin dianaiya, apa yang boleh aku katakan bahawa beliau telah dihukum sebelum waktunya. Layanan ini jelas berbeza jika dibandingkan layanan yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Walaupun kes Anwar Ibrahim lebih dasyat lagi berbanding kes Ustaz Badrol, dan masih dalam peringkat rayuan,  Anwar tidak menerima apa-apa hukuman daripada pihak PKR ataupun PR samada dipecat mahupun digantung jawatan.  Badrol Amin ni, beliau telahpun menerima hukuman dari PKR apabila beliau digantung jawatan beliau di PKR Selangor. 

Seperti juga Anwar yang menafikan terlibat, Ustaz Badrul juga menafikan beliau terlibat dalam kes khalwat ini. Sebagaimana Anwar yang mendakwa beliau dianaiya oleh satu konspirasi dan fitnah, Ustaz Badrol Amin juga mendakwa beliau juga dianaiya oleh UMNO dan BN, tetapi siapalah beliau untuk dipertahankan oleh PKR dan PR. Nampaknya Ustaz Badrol bakal berjuang sendirian menghadapi tuduhan yang sedang dihadapinya. 

Aku bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, tetapi lihatlah bertapa tidak adilnya PKR melayani individu yang bukan keluarga Anwar. Anwar dan keluarga adalah pemimpin  yang tidak ada melakukan apa-apa kesalahan. Walapun terbukti bersalah sekalipun, beliau tetap tidak dipinggirkan oleh PKR. 

Kepada mana-mana pemimpi PKR, mereka sebenarnya boleh mengambil pengajaran dan ikhtibar dari peristiwa ini. Pemimpin seperti Nik Nazmi, Chegu Bard, Saifuddin, apa nama Ketua AMK tu... Shamsul Iskandar dan ramai lagi. Takkan selamanya you all semua asyik nak membela Anwar sepanjang masa sehingga sanggup melakukan perbuatan yang berlebih-lebihan dan melampau-lampau.  Sampai masanya kamu juga akan menerima nasib sepertimana nasib yang diterima oleh pemimpin-pemimpin PKR yang telah meninggalkan PKR apabila you all semua sudah tidak larat lagi, apabila prinsip kamu telah tidak ada harganya lagi. 

Lihat apa yang berlaku kepada Ustaz Badrol Amin, beliau telah berlebih-lebih membela Anwar sehingga sanggup menghina ulama dan mengimam Mahadikan Anwar, tetapi apa yang berlaku kepada beliau sekarang. Beliau telah diarahkan bercuti dari jawatan di Selangor.   Jika Anwar ingin membantu Ustaz Badrul, beliau boleh menasihatkan kerajaan Selangor supaya bersabor dulu dan dengar dulu penjelasan dari Ustaz Badrul kerana beliau sendiri tidak diarahkan bercuti atau digantung atau dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor. 

PKR tu parti  yang ditubuhkan bertujuan untuk membela Nasib Anwar Ibrahim. Tidak ada sebab lain selain untuk memastikan nasib Anwar  terbela dan untuk memastikan  Anwar menjadi PM. Anwar adalah segala-galanya bagi parti PKR kerana memang itulah matlamat dan objektif penubuhannya. Oleh sebab itu sesiapa yang ingin umurnya panjang di dalam PKR ataupun PR, hendaklah sentiasa membenarkan apa yang Anwar kata dan jika lalai dan cuai untuk tujuan itu, maka tunggulah akibatnya. Contoh Dr. Hassan Ali sendiri. Walaupun beliau dari PAS. Soalnya larat ke dan sampai bila?

5 comments:

Anonymous said...

dlm kes ust badrul ni...kita janganlah jadi rantaian fitnah dan biarlah komen menjurus kepada siasatan. benar atau salah??? komen yang berat sebelah dan seolah-olah macam didapati bersalah oleh saudara amat malang sekali sebagai seorang muslim. Terlalu banyak maklumat yang berbeza dengan kejadian sebenar... kenapa itu tak diberitakan dan ditulis oleh akhbar. jadi kesimpulan yg mudah- menjadi penyebar berita yg seolah-olah betul - adalah lumrah utk politik murahan. apapun sekiranya betul beliau berkhalwat.. beliau wajib dihukum. tp jgn menghukum selagi baca berita dari akhbar tersebut.

Anonymous said...

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” kata wanita yang didakwa - harap-harap jwpn ini betul dan benar dari mulut wanita tersebut. kalau belaiu berbohong - terima lah hakikat sebenarnya.

Anonymous said...

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” kata wanita yang didakwa - harap-harap jwpn ini betul dan benar dari mulut wanita tersebut. kalau belaiu berbohong - terima lah hakikat sebenarnya.

Anonymous said...

bro...diarahkan bercuti bukan dipecat...bukan mcm kes lembu... kena paksa bercuti...ada faham!!!! susah kalau pemikiran politik sempit mcm kes lembu...

putrarahman said...

Terima kasih kepada semua yang memberikan komen samada menyokong ataupun menentang artikel saya.

Anon 11:22 pg, Betul, bercuti itu bukan bermakna dipecat. Saya pun tidak kata beliau dipecat. Saya persoalkan kenapa Anwar tidak pernah diarahkan bercuti daripada menjadi Penasihat Ekonomi Selangor sedangkan beliau juga menghadapi isu peribadi.

Anon 11:19 pg, Saya akui mungkin komen saya kelihatan seolah-olah berat sebelah, namun saya telah katakan bahawa saya tidak mahu mempercayai sesispa dalam hal ini. Samada pihak Ustaz Badrul, isteri orang itu ataupun suami wanita tersebut.