SAHABAT BLOG

20 February 2012

Calon PM dari DAP , siapa dia?

"Saya berkeyakinan bahawa orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu mempunyai hasrat untuk dipilih menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum 13, bukan kerana percaya kepada dasar parti tersebut. Almaklum sahajalah ultra kiasu sedang mencari calon-calon Melayu yang boleh diperalatkan dan ditonjolkan, bagi membuktikan bahawa mereka bukan lagi parti perkauman tetapi parti berbilang kaum. Perjuangan mereka bukan ‘Chinese first’, tetapi ‘Malaysian first’. Untuk memenuhi nafsu serakah mereka itu, maka muka-muka Melayupun dicari, terutama Melayu yang kontroversi dan mempunyai sedikit pengaruh. Malangnya, Melayu-Melayu ultra ini masih tidak sedar diri. Mementing kuasa daripada masa depan agama, bangsa dan negara. Cuba tanya parti ultra kiasu ini, apakah mereka sudah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia ataupun Chinese first?" - prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Aku sokong kenyataan Dr. Ridhuan seperti di atas kerana ada logiknya.  Parti Ultra Kiasu (UK) seperti yang dinyatakan oleh Dr. Ridhuan telah belajar dari kesilapan yang berlaku di Perak selepas PRU 12 baru-baru ini. Maknanya parti ini jelas dan nyata tidak mempercayai konsep Pakatan Rakyat yang mereka junjung brsama-sama PAS dan PKR.

 Jika mereka menghayati dan menghargai konsep gabungan 3 parti tersebut, sudah tentu tidak timbu isu calon Melayu dari DAP kerana calon melayu dari PAS dan PKR boleh dilantik menjadi MB atau KM. Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi MB samada dari PKR, PAS ataupun DAP, beliau ialah MB bagi Pakatan Rakyat, jadi buat apa DAP susah payah mencari calon melayu dari parti DAP untuk dipertaruhkan, kecuali mereka tidak yakin kepada PAS dan PKR.

DAP merasakan bahawa bahawa   Hak Keistimewaan Rakyat tidak dapat diperkenalkan bagi menggantikan Hak Keistimewaan Melayu selagi mereka tidak boleh menjadi  Perdana Menteri. DAP beranggapan bahawa konsep sama rata sama rasa kepada rakyat malaysia ataupun Malaysian Malaysia tidak akan tercapai selagi mereka tidak berjaya menjadi PM. Oleh itu tidak jalan lain selain memperkenalkan calon Melayu yang berwibawa untuk bertanding di kawasan melayu yang selamat seperti di Kelantan ataupun Selangor dengan harapan calon melayu itu boleh menang dan calon melayu itu boleh dicalonkan menjadi PM Malaysia. Siapa kata DAP tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika hal demikian, kenyataan DR. Ridhuan itu ada kebenarannya dan inilah yang perlu diambil perhatian serius oleh para pengundi Melayu.





1 comment:

Anonymous said...

ianya selari dengan konsep 1M.... salah siapa .....