SAHABAT BLOG

26 February 2012

Ayat Copy and Paste. " Ini semua satu konspirasi dan fitnah dari BN untuk menjatuhkan saya"

Dunia blog riuh semenjak semalam apabila berita Ustaz Badrul Amin Baharom ditangkap berkhalwat dengan bini orang. Berita TV3 pula melaporkan pihak JAIP ada menangkap seorang ahli politik yang disyaki berkhalwat. 

Hari ini bilaku buka blog pihak pro-pembangkang, maka terjumpalah penafian oleh Ustaz Badrul Amin. Kononnya beliau cuma nak tolong wanita tu kerana sedang hadapi masalah rumah tangga dan wanita tersebut datang berjumpa dengan beliau. 

Sebagai seorang Ustaz yang dikenali seluruh Malaysia, mempunyai kawan yang berpengaruh, kalau betul dia berkhalwat pun, dia akan menafikannya. Bukan payah sangat hendakan menafikannya. Tunding je jari kepada UMNO, katakan ini merupakan satu konspirasi jahat pihak BN untuk menjatuhkan kredebiliti beliau. Satu fitnah jahat untuk menjatuhkan maruah beliau. 

Aku tak mahu hendak mempercayai mana-mana pihak samada pihak Ustaz Badrul ataupun pihak JAIP, kerana masing-masing akan mempertahankan hujah masing-masing. Dunia dah akhir zaman, macam-macam perkara pelik boleh berlaku. Namun dalam kes ini, nampaknya Ustaz badrul yang mempunyai sebab yang kukuh untuk menafikan cerita ini. Bagi pihak JAIP pulak, mereka hanya menjalankan tugas sahaja. 

Aku teringat kisah benar yang diceritakan oleh sahabat baik aku sekitar tahun 1998 beberapa hari selepas Anwar dituduh meliwat Azizan. Cerita kawan aku berkenaan seorang Imam Masjid yang ditangkap sedang "berkongkek" dengan seorang wanita dikebun ubi di sebuah kampung di Kuala Terengganu. Imam itu seorang yang berpengaruh dan selalu sahaja memberikan kuliah agama kepada kariah masjid termasuk membaca khutbah Jumaat. Dengar ceritanya, perempuan yang dia "berkongkek" itu berhutang kepada Imam tersebut. Mungkin juga sebagai satu syarat melunaskan hutang, maka dikehendaki "berkongkek" dengan Imam .

Dunia dah akhir zaman, kalau perkara nafsu ni, tak usah percaya kepada sape-sape walaupun dia tu kopiah tak tinggal, serban tak lekang di kepala, jubah penuh satu almari kerana semakin alim orang itu, semakin hebat godaan yang mereka hadapi. 

Ketikanya mereka berada berdua-dua dengan wanita bukan muhrim, syaitan pun memainkan peranan. Bukan syaitan prebet je, semua kelonel turun padang menghasut. Tak boleh digoda si jantan, digodanya yang betina. Itu pasal pemuda yang berjaya menolak wanita yang mengajak dia berzina telah diberi pahala yang amat besar oleh Allah, kerana Allah tahu,bukan mudah untuk melakukan semua itu itu mengelak ajakan perempuan.


No comments: