SAHABAT BLOG

12 January 2012

Selesaikan segera atau tarik diri liga-M

Kelam kabut.  Nampok sangat  kekalutan pendaftaran pemain import Tranung telah mengundang suasana kelam kabut kepada corak permainan Tranung semasa menentang Perak tempohari. Sebagai peminat setia Penyu (bukan Din Penyu), aku tak melepas peluang duk tengok Tranung kite main lawan Perak.  Aku tunggu punya tunggu tak ada pulak nama pemain import. Yang ada cuma nama Joseph . Ingatkan Joseph mana, rupa-rupanya Joseph Kalang Tie.  Nama dah macam pemain import, tetapi permainan main  kelam kabut  sikitlah. Maklum sajalah lama bercuti, skil pun berkarat sikit. Insyaallah, dua atau tiga perlawanan okeylah tu.
 
Apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum sepak mula, aku ada dengar ada seorang Awang Hitam akan menjadfi pemain import Tranung. Last-last dengar cerita dia balik kampung. Tak tahulah apa sebab. Mungkin juga orang Tranung bagi makan budu dengan ikang singgang kot. Kalau budu dengan ikang singang memang mabuklah mamat tu. Orang cecah budu, dia hirup budu macam coca cola agaknya.
 
Kalau dia balik kampung, aku nak juga tengok pemain import bermain di Tranung. Bukan apa, biasanya mereka lebih baik sikitlah daripada pemain tempatan. Lihat sahaja kepada pemain import N9 dan Perak. Kedua-dua mereka berjaya menjaringkan gol. Aku bukan merendah-rendahkan pemain tempatan bahkan aku kagum dengan kebolehan mereka.
 
Semua pihak harus akui bahawa sepanjang ketiadaan pemain import di dalam Liga-M, tahap bolasepak tempatan semakin meningkat. Namun demikian, sebagai liga profesional, pembabitan pemain import boleh menambahkan perisa kepada kerancakan liga -M. Kehadiran pemain import yang berkualiti boleh mengundang rasa teruja penonton untuk menonton liga-M samada di dalam stadium mahupun kaca televisyen.
 
Isu pemain import ni dah sampai kepada MB Tranung iaitu Datuk Mat Said. Menteri Besar Tranung dah bagi kata dua kepada FAM. Kalau tak selesaikan isu pemain import Tranung, mereka tidak teragak-agak akan menarik diri dari liga -M. Mat Said kalau bercakap memang lagu tu, ikut sedap mulut je. Tapi aku kagum dengan dia kerana dia berani buat apa yang dia cakap. Dia peduli apa kalau salah faham pekeliling atau silap faham peraturan pun. Apa yang penting apa yang dia cakap, dia akan buat. Ingat dulu, semasa membeli kereka mercedes kepada ahli Exco Tranung, ada orang cakap dia silap faham surat pekeliling. Peduli apa dia, akhirnya menjalar mercedes di depan rumah setiap ahli Exco. Nak kata apa?
 
Jadi dalam isu pemain import Tranung ni,aku sokong 100% Mat Said. FAM kena dengar cakap dia kerana dia ada asas untuk bercakap iaitu surat pekeliling yang dia fahamlah. FAM jangan mula merasa berat sebelah atau rasa bersalah kepada negeri lain kerana Tranung ada surat pekeliling yang Mat Said faham. Kalau Mat Said dah faham lagu tu, maka itu yang sepatutnya FAM faham. Lagipun pemain import dengar ceritanya dah daftar 3 orang, sorang kembali kenegara asal, dua orang lagi tak boleh bermain. Daftar buat apa kalau tak boleh bermain. Sape nak bayar gaji buta kepada dia orang. 
 
Aku harap Abang Mat Zan Mat Aris boleh lakukan sesuatu yang lebih baik kepada pemain Tranung semoga tahun ni, Tranung dapat mendakap dua atau 3 biji Piala. Seronok juga pegi Stadium tengok perlawanan akhir. Abang Mat Zan, aku tengok bahagian tengah pun macam tak bermaya dan tak ada idea. Kalau bahagian tengah tak ada idea, macamana nak mencipta peluang kepada penyerang. Macamana manaf mamat boleh diletak di bahagian tengah. Mana pergi Ismail Faruqi. Bahagian pertahanan mantap dengan kehadiran Muslim Ahmad, Marzuki Yusof dan Zubir Azmi. Ketiga-tiga ni nampak mantap. Sarbinee, aku harap tak lepaskan gol bodoh macam perlawanan akhir itu hari. Nasihat aku, jangan ambil mudah sebarang percubaan pihak lawan walaupun selemah mana kerana bukan tak ada sejarah kamu 'bertelur' semasa menentang Kelantan itu hari.
 
Sedut sikit ayat-ayat berbisa MB Mat Said di bawah ni.
 
Ahmad yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, surat tersebut jelas menyatakan Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga-M sebelum 9 Januari, tanpa menyebut walau satu pun perkara berkaitan Piala AFC.
 
Aku dah cakap, Mat memang faham surat pekeliling.FAM nak perbodohkan orang lain boleh, tetapi Mat Said baik jangan.

Kata dia lagi.

“Saya mahu ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Minta maaf sahaja dengan kita tetapi tak tahulah kalau mereka ego dan tidak mahu mengakui kesilapan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco semalam.

Betul juga kata dia, aku tengok Naib Presiden yang sorang tu ego sikitlah.

Siap nak guna peguam lagi.

“Kita telah berbincang dengan peguam mengenai perkara ini. Kita ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang dilakukan oleh FAM terhadap pasukan kita menerusi bukti hitam putih yang telah dihantar.

Jadi kepada FAM, aku harap korang faham betu-betul mesej Mat Said kerana kalau tidak FAM juga yang rugi nanti. Orang kata, taik cicak dah ada, jangan nak seleweng-seleweng lagi.












No comments: