SAHABAT BLOG

12 January 2012

Maruah Siapa Di celah Tahi lembu

Catatan Orang Kampung: Pagi ni aku cadang nak tulis cerita pasal bolasepak. Cadang nak buat komen sikit kepada Mat Zan dan Che Mat Jusoh, tetapi relak sekejap, aku rasa ada yang lebih menarik aku nak tulis. Apa lagi kalau bukan isu Anwar dan Saiful.

Sebagaimana diketahui ramai, kes Anwar Ibrahim meliwat pembacuh kopi beliau telah mencipta satu peristiwa yang akan kekal dalam lipatan sejarah tanahair malahan sejarah dunia. Pertamanya, kes ini mengambil masa yang  panjang untuk dibicarakan. Kes ini juga mempunyai rekod rayuan yang paling tertinggi sepan jang tempoh perbicaraan dengan pelbagai alasan penangguhan dari yang munasabah dan kepada yang tidak munasabah. Paling mengejutkan kes ini juga mencatat sejarah apabila hakim hanya mengambil masa  2 minit sahaja untuk membaca hujah penghakiman dan terus membuat keputusan.  

Kes ini secara sedar atau tidak sedar telah melibat maruah banyak pihak. Anwar, Saiful dan keluarga , UMNO, Kerajaan, Institusi kehakiman, negara Malaysia itu sendiri. Sebelum penghakiman diputuskan, ramai pihak samada di dalam mahupun di luar negara telah merendah-rendahkan maruah Saiful dan keluarga, UMNO, Najib dan kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama  ramai juga pihak yang memandang jijik dan hina kepada maruah Anwar Inrahim sendiri.

Sekarang ini, maruah Anwar Ibrahim, UMNO, Kerajaan Malaysia dan Isntitusi kehakiman sepatutnya telah pulih dan telah dibersihkan kembali apabila Mahkamah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah. Pembebasan dan pelepasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan ini secara tidak langsung menafikan segala tuduhan yang dibuat terhadap beliau, menafikan segala tuduhan konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan kerjaya politik beliau, menghilangkan segala syak wasangka terhadap institusi kehakiman negara daripada dipengaruhi oleh UMNO dan yang paling utama sepatutnya penghakiman ini secara bermaruahnya telah menidakkan segala tuduhan pihak pembangkang terhadap kelakuan dan perangai UMNO yang mereka anggap begitu jijik dan kotor.

Setelah semua maruah telah dibersihkan, sekarang ini hanya tinggal maruah pengadu iaitu Saiful dan keluarganya  sahaja  yang tidak dibersihkan. Maruahnya masih lagi berada dalam lubang jamban. Maruahnya masih lagi berada dalam kantung kerbau (peribahasa apa ni?) dan maruahnya masih lagi berada dicelah-celah tahi lembu (peribahas baru). Begitu hina dan begitu jijik sekali.

Maruah Saiful begitu hina sekarang ini kerana apabila mah kamah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah, maka secara emprikalnya Saiful telah membuat aduan palsu. Satu aduan dan rekaaan cerita yang begitu mantap sehingga hakim pun tertipu memutuskan Saiful seorang saksi yang kredebiliti ataupun cerita palsu Saiful boleh dipercayai. Bagaimana seorang Hakim yang begitu terpelajar dan bijaksana sini boleh terpedaya dengan cerita Saiful. Bagaimana pasukan pendakwaraya yang begitu hebat boleh tertipu dengan cerita Saiful. Bagaimana seorang Perdana Menteri boleh tertipu dengan cerpen Saiful.

Jadi sekarang ini bukan sehaja Hakim, Pendakwaraya, Perdana Menteri tetapi Saiful juga telah menipu Allah S.W.T. iaitu Tuhan yang disembahnya setiap 5 kali sehari ( kalau dia sembahyang penuh). Adakah Tuhan yang begitu Maha Berkuasa Yang Maha Agung rela ditipu bulat-bulat oleh seorang hambaNya iaitu Saiful. Aku tidak fikir begitu kecuali ada hukumanNya dan balassanNya.

Oleh itu sebagai langkah untuk memastikan bahawa Hakim tidak ditipu, Pendakwaraya tidak ditipu, Perdana Menteri bukan bodoh dan mudah ditipu ( ini bahaya)  dan yang paling penting untuk memastikan Allah S.W.T. iaitu yang disembah oleh berjuta-juta manusia tidak dipermainkan, maka adalah wajar dan WAJIB bagi pasukan pendakwaraya mengemukakan rayuan kepada dalam kes Saiful  ke peringkat yang paling tinggi, supaya semuanya dapati dijelas dan diterangkan. Maruah Saiful sekarang ini amat teruk dan hina sekali dimata umat Islam seluruh Negara dan seluruh Dunia kerana beliau boleh didakwa telah menipu Allah S.W.T. apabila membuat sumpah laknat mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Sekarang ini maruah Perdana Menteri, Hakim, Pendakwaraya kembali jatuh kerana apabila Anwar Ibrahim tidak bersalah, maka secara tidak langsung Saiful boleh dianggap telah mereka-reka cerita, mereka-reka tuduhan. Maka adakahkita mahu seorangb  Perdana Menteri, seorang Hakim, atau pasukan  Pendakwaraya yang mudah ditipu? Fikir-fikirkanlah.

Aku menyokong kes ini dipanjang ke Mah Kamah Rayuan dengan kewajaran 9/10 supaya kita tahu siapa yang menipu sebenarnya. Lagipun keputusan 3 orang itu lebih baik daripada keputusan 1 orang. 



Kenyataan Media Azlan Bapa keppada Siaful yang merayu supaya maruah ananya dikembalikan.

1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

4) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

5) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan denga begitu sahaja?

6) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

7) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.

AZLAN MOHD LAZIM 11 Januari 2012



No comments: