SAHABAT BLOG

22 December 2011

Teruskan Perjuangan Tegakkan Kesengetan

Aku ada ikuti juga perkembangan dalam PAS sekarang ni pasal kemelut kepimpinan di Selangor. Sekali sekala kesian juga kepada PAS ni.  Sekarang ni para pemimpin PAS dan juga penyokong PAS yang tegar dan yang mungkin telah melafazkan baiah talak  telah  bertindak menyerang Dr. Hassan Ali iaitu Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor. Aku nak kesian kepada sape pun tak tahu ni?

Ada pemimpim muslimat yang  mengaitkan UMNO dalam masalah dalaman mereka ini. Apa punya vodoh dan vengong betul pemimpin muslimat berkenaan. Semua perkara hendak dikaitkan dengan UMNO. Sikit-sikit UMNO. Kalau kain dia terselak ditiup angin semasa memberi ceramah pun ada kemungkinan beliau akan salahkan UMNO. Nak tidur pun ingat UMNO. Mimpi pun mungkin dikejar bayangan UMNO. Pemimpin yang macam ni, patut aku kasihani.

Mungkin ramai dikalangan para penyokong PAS tidak sedar bahawa penganaiyaan terhadap Dr. Hassan Ali bukan baru berlaku. Ianya telah lama berlaku.Aku percaya semuanya bermula apabila kelantangan Dr. Hassan Ali cuba untuk memelihara kesucian Islam di Selangor dalam Isu Arak dan Isu Gereja. Daripada situlah sedikit demi sedikit aku percaya ada usaha untuk menyikgkirkan DR. Hassan Ali dari kepimpinan PAS.

Dr. Hassan Ali ingin menjaga kesucian Islam, bukan nak memusnahkan Islam. Itupun salah ke? Beliau masih bernasib baik tidak dilucutkan jawatan EXCO kerana kuasa untuk melantik dan melucutkan jawatan EXCO terletak di tangan Pemimpin PKR. Kalau tidak, sudah lama beliau menjadi ADUN biasa sahaja. 

Maknanya PAS tidak dapat mempengaruhi Khalid Ibrahim untuk melucutkan EXCO Dr. Hassan. Kalau Dr. Hassan menjadi EXCO di Kelantan ataupun Kedah, aku percaya sudah lama beliau dilucutkan jawatan EXCO. Dalam hal ini aku puji MB Selangor.

Apa-apa pun aku sokong Dr.Hassan Ali teruskan perjuangan untuk membetulkan PAS dan kalau mampu membawa keluar PAS dari ikatan  baiah dengan DAP dan PKR. Kepada para penyokong PAS yang masih percaya kepada cita-cita untuk menubuhkan negara Islam sejati di Malaysia ini, tunjukkan sokongan anda kepada Dr.Hassan Ali. Pakat-pakat berarak ke Rusila untuk menyatakan sokongan tuan-puan. 


2 comments:

Anonymous said...

kerosakan melayu krn umno....
kerosakan islam jugak krn umno... fullstop

putrarahman said...

Islam makin hebat apa dlam pemerintahan UMNO. Berapa ramai hafiz dan hafizah yang dilahirkan semasa pemerintahan UMNO. PAS? berpolitik je setiap masa kerana falsafah PAS ialah Politik itu boleh dimana jua dan pada bila-bila masa. Dalam masjid pun dihentam pasal politik sedangkan dalam Islam, ada patang larangnya apabila berada dalam masjid, mana boleh sebarangan.