SAHABAT BLOG

22 November 2011

Yahoo...kita tak jadi Demo

Tiada demo bantah 'raja gay' malam ini


Jimadie Shah Othman

12:16PM Nov 22, 2011

Konsert Elton John malam ini di Genting Highland, Pahang, bakal berlangsung tenang apabila Pemuda PAS negeri yang sebelum ini mengkritik keras penganjurannya tidak bercadang mengadakan sebarang demonstrasi.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim berkata, keputusan tidak berdemonstrasi - menentang apa yang digelarnya sebagai "raja gay" - diambil ekoran kesibukan mereka membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Bagaimanapun kita tetap berpegang dengan pendirian menolaknya. Tetapi oleh kerana keterbatasan dari perlbagai sudut, kita berpegang kepada hadis nabi supaya mencegah kemungkaran dengan kuasa dan jika tidak ada (kuasa), dengan suara," katanya.

Pada 14 Oktober lalu, seorang artis gay Amerika Syarikat Adam Lambert sudah menjadi mangsa cemuhan apabila anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam berkumpul menyatakan bantahan terhadap konsertnya.

Kumpulan kira-kira 200 itu antaranya mengoyak (gambar bawah) dan memijak poster artis rancangan realiti televisyen American Idol itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shahril Azman berkata, walaupun mufti sudah menasihatkan supaya umat Islam tidak terlibat dengan persembahan penyanyi rock itu, tiada jaminan golongan itu tidak dibenarkan hadir.

"Kita juga mendapat maklumat, ada sekumpulan gay dari Thailand akan turut hadir.

"Elton John ini sudah macam 'raja gay' sedunia," kata Shahril Azman.

Menurut Shahril lagi, kecenderungan berlakunya makin banyak program berkaitan masyarakat gay di negeri itu juga membimbangkan apabila ia didakwa sering berulang.

Dakwanya, pada penghujung tahun lalu, sebuah majlis melibatkan "mak nyah" diadakan secara tertutup, malah dihadiri "orang kenamaan" yang tidak dinamakan.

Catatan Orang Kampung:  Selagi PAS bergabung dengan PKR dadn DAP di dalam Pakatan Rakyat, kita akan lihat, kita akan dengar dan kita akan dipersembahkan dengan perkara-perkara macam nilah. Pada peringkat awal, bukan main lagi nak berdemo, membantah dan sebagainya, namun apabila sudah menerima 'nasihat' dari pemimpin tertinggi PR, maka tak jadilah nak berdemo.

Pelbagai alasan diberikan. Inilah yang membuatkan aku makin risau dengan PAS ni. Kesian kepada kawan-kawan dan saudara mara aku yang menjadi penyokong tegar PAS. Mereka tak sedar bahawa pemimpin besar mereka sedang dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk menyokong  untuk membawa Islam secara perlahan-lahan supaya menjadi lebih liberal. Pemimpin Kapir dibenarkan masuk masjid, bukan huntuk mendengar ceramah berkenaan Islam, tetapi hendak berceramah pula. Pemimpin bukan Islam dibenarkan untuk agih daging korban. Puak-puak yang memperjuangkan Kebebasan seks dipertahankan.

 Moga kawan-kawan serta saudara mara aku diberikan hidayah untuk melihat cara 'permainan para' pemimpin PAS ini.

1 comment:

Anonymous said...

KALAU BUAT DEMO PUN...UMNO YG MENYALAK LEBIH SALAHKAN PAS.... PUAK UMNO NI SUKA PEGI TMPT TU...