SAHABAT BLOG

22 November 2011

Puas hati aku......Ibu segala pingat Sukan SEA berjaya digengam

GooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL.
Ha ha ha ha ha.........he he he he he habis kooooo Indonesia....

Aku menjerit dan menyorak dengan sekuat hati dalam rumah sendiri. Isteri aku yang tidur-tidur ayam terus terbangun. Geram betul dia kat aku kerana telah mengejutkan dia dari tidur. Kesian dia kerana pada siangnya dia berpuasa. Biarkan je, seronok betul aku. Lihatlah apa yang boleh aku katakan di bawah ini.

Harimau Muda 'mengaum, membaham, melapah, meratah Garudad tempang. Patah sayap , Bertongkatkan paruh, patah paruh terus longlai. Laskar Muda Garuda tersungkur di bumi sendiri. Harimau Muda Malaya membaham Garuda tanpa belas di hadapan penyokong sendiri. Ibu segala pingat emas Sukan SEA berjaya digengam oleh Malaysia. Tanpa emas Bolasepak, juara keseluruhan sukan SEA Indonesia tidak bermakna.  Di sebalik provokasi, penghinaan yang diterima dan juga kawalan ketat yang diberikan kepada skuad harimau Muda, ianya tidak mematahkan semangat para pemain Harimau untuk terus mengaum dan menunjukkan kuku serta taring untuk membaham garuda sehingga tersungkur sebanyak 2 kali dibumi sarang sendiri. Walaupun tersungkur, aku tabik kepada pemain Indonesia kerana mempunyai semangat sukan yang tinggi. Tidak ada provokasi antara pemain, semuanya berada dalam keadaan semangat sukan yang membanggakan.


Di mana-mana, di restoran mamak, di restoran bukan mamak para penyokong harimau Muda memenuhi kerusi-kerusi restoran untuk melihat harimau Muda Malaya menentang Laskar Muda Garuda Indonesia. kegembiraan diberikan kepada mereka apabila Harimau Muda berjaya menundukkan Garuda dengan agreat 5-4 melalui tendangan penalti. Minat yang ditunjukkan oleh peminat bolasepak tempatan ini hendaklah dipupuk dan dibajai dengan bijak semoga ianya bakal mengembalikan kegemilangan bolasepak tempatan seperti di tahun-tahun 70 an dan 80 an dahulu.

Aku tidak mahu menulis dengan panjang lebar lagi kerana aku percaya  cerita tentang kejayaan harimau Muda ini boleh didapati dari banyak sumber.

No comments: