SAHABAT BLOG

02 November 2011

“These people (from PAS) should all go and live in a cave.”

“These people (from PAS) should all go and live in a cave.” - Bukan aku yang cakap, baca seterusnya untuk tahu siapa yang cakap.



Catatan Orang Kampung: Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang semakin hilang identitinya. Kehidupan rakyatnya semakin carca marba, semakin tidak tentu arah, semakin bercelaru moralnya, kebudayaannya, sosialnya, makanannya,dan yang paling malang bahasanya pun sudah menjadi semakin berkecamuk. Beginikah kenyataan yang ingin kita mahukan anak cucu kita tulis dan baca di masa-masa yang akan datang??

Semuannya ini kesan globalisasi, dunia tanpa sempadan, hak asasi dan sebagainya. Lebih parah lagi apabila pihak yang bertanggungjawab untuk menangani kesan-kesan globalisasi ini tidak memainkan peranan mereka dengan cekap dan berkesan.

Sekarang ini, semua pihak tanpa segan silu dan tanpa rasa takut telah mengambil kesempatan di atas kealpaan ini untuk menzahirkan hak masing-masing. Mereka tidak bimbang jika sekiranya pandangan, kehangatan, keinginan dan impian mereka dihalang kerana mereka sedar dan cukup sedar bahawa di Malaysia sentiasa sahaja ada pihak yang menyokong dan membenarkan segala tindakan mereka itu dan sanggup menjadi pembela mereka. Mereka berhujah bahawa ini adalah fenomena biasa di dalam arus kemodenan globalisasi.

Terkini, diberitakan ada lebih kurang 20 NGO yang telah menzahirkan tuntutan mereka untuk menuntut kebebasan seksualiti. Kemerdekaan seksualiti ini bermaksud semua orang samada secara individu mahupun berkumpulan boleh  menganuti dan mengamalkan corak dan gaya seksualiti mereka tanpa perlu dihalang ataupun dipandang serong ataupun dikenakan tindakan undang-undang. Maksudnya, mereka mahu untuk mengamalkan kebebasan dalam kehidupan seksual mereka termasuk homoseksual, lesbian, hetroseskual dan mungkin juga haiwaniseksual. Jika tuntutan mereka ini dipenuhi, apa yang boleh kita perkatakan kepada para pemimpin kerajaan.
Sebelum dari itu, kita dikejutkan dengan tindakan seorang paderi rakyat malaysaia yang ingin melangsungkan perkahwinan sejenis di Malaysia. Ramai pihak yang membantah tetapi ramai juga yang menyokong. Sokongan itu walaupun sedikit telah menjadi perangsang dan kekuatan kepada paderi berkenaan untuk meneruskan cita-cita beliau.

Terbaru, Sir Elton John. Siapa yang tidak kenal beliau. Sir Elton John, seorang penyanyi pondan bertaraf antarabangsa yang begitu dihormati dan diminati diseluruh dunia telah dijemput untuk mengadakan konsert di Kota Keriangan iaitu Genting Highland. Sir Elton John sebagaimana diketahui ramai adalah seorang pengamal homoseksual, malahan beliau telah melangsungkan perkahwinan sejenis semenjak tahun 2005 lagi.
Difahamkan Pemuda PAS membantah keras konsert berkenaan, tetapi bantahan sedemikian rupa tidak kedengaran dipihak kerajaan mahupun daripada NGO yang pro-kerajaan. Malahan seorang tokoh akademik muda bertaraf ulama telah menyelar tindakan pemuda PAS tersebut bahkan telah memberi nasihat kepada Pemuda PAS supaya jangan bertindak seperti Taliban. Tokoh berkenaan berpendapatlam adalah tidak salah jika konsert sedemikian diadakan kerana ianya dikhaskan kepada golongan yang bukan Islam dan juga Islam yang suka kepada maksiat, Islam yang lara atau Islam yang Liberal , golongan Islam yang telah mengamalkan budaya dan identiti barat, sudah tidak mahu berbahasa melayu, sudah tidak tahu bagaimana rasanya keenakan nasi lemak, sudah tidak tahu dimana gerai pisang goreng. Burger, Hot Dog, Spageti menjadi pilihan.

Dalam isu bahasa, beberapa NGO yang diketuai oleh PAGE dan disokong oleh JMM baru-baru ini telah berani mencabar kerajaan malahan sampai ke tahap mengugut kerajaan supaya kehendak dan keinginan mereka untuk memertabatkan Bahasa Inggeris dan meminggirkan Bahasa Melayu di dalam pengajaran Sains dan Matematik ditunaikan. Jika dahulu kerajaan telah tersilap untuk melaksanakan PPSMI dan apabila kerajaan telah sedar dari kesilapan mereka dan telah bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan, kenapa pihak-pihak ini masih bermimpi, masih belum sedar, malahan ingin membawa rakyat untuk sama-sama masuk ke dunia mimpi mereka. Umpama Mimpi dalam mimpi kata Rahmat Ekamatra.  Ibarat berjalan di dalam hutan, jalan telah dirintis, laluan telah dibuka tetapi malangnya semakin lama semakin sukar, semakin lama semakin payah, hutan semakin tebal, jurang semakin dalam, tidak ada jalan terbaik kecuali kembali ke pangkal jalan.

Negara kita sudah hilang identitinya. Sebagai sebuah negara yang sudah hilang identiti, konsert Elton John bukan lagi menjadi satu masalah kepada rakyatnya. Memertabatkan apa jua bahasa, budaya, amalan sudah tidak menjadi masalah lagi kepada rakyat Malaysia. Mereka sudah lama diasuh dan dididik bahkan dipaksa untuk menerima perkara-perkara sedemikian. Apalah sangat dengan seorang individu bernama Elton John. Kalau Elton John tidak datang sekali pun, ramai yang telah mengamalkan homoseksual, lesbian dan sebagainya. Bukan sahaja dikalangan rakyat biasa tetapi pemimpin besar pun mengamalkan homoseksual ini.
Sepatutnya, rakyat Malaysia berusaha  dan terus berusaha agar Malaysia ini kembali mempunyai identitinya sendiri. Kembali dikenali sebagai sebuah negara Melayu beragama Islam. Setiap apa yang ada hubungkaitnya dengan usaha untuk menghilangkan identiti Islam Melayu ini hendaklah ditentang dan dinyahkan. Bukan menolak globalisasi, tetapi menolak kesan-kesan negatif globalisasi tersebut hendak ditolak. Kalau tidak boleh ditolak dengan lembut, ianya hendak ditolak dengan lebih berani dan lebih gagah.

Dalam usaha ini, hendaklah jangan ada sikap berpilih-pilih untuk menzahirkan penentangan mereka. Janganlah hendaknya mereka hanya melihat apa yang di luar yang hendak masuk sedangkan apa yang ada di dalam ini mereka tidak halang dan tidak bantah. Jangan ada  golongan yang kononnya hendak menghalang kemasukan kesan negatif seperti homoseksual,  tetapi pada masa yang sama mereka memberi sokongan padu kepada pengamal tempatan.

Apa kata mereka berkenaan konsert Elton John ni:-

"Pahang PAS Youth chief Shaahril Azman Abdul Halim was reported by Harakah as saying Elton promotes “hedonism” and his gay marriage would have a negative effect on young Malaysians"


"The Kita president said Elton had performed for years and had many avid Malaysian fans who were keen to see his first concert in the country".

"Karyawan president Datuk Freddie Fernandez said: “These people (from PAS) should all go and live in a cave.”



KRU member and Recording Industry Association of Malaysia chairman Norman Halim said the PAS Youth members were “just a few narrow-minded people trying to impose their values on everybody”.



"Sisters In Islam communications member Akmal Zulkifli said there were far more corrupting influences on YouTube than at an Elton John concert".




“He will go on stage to play the piano and perform not to kiss another guy,” she said.




"Voice of Women president Chew Hoong Ling said there was a similar protest against eighth season American Idol runner-up Adam Lambert last year."


"She said the call for a ban on Elton John's concert was “sheer extremism”, adding that PAS is “dangerously pushing Malaysia to become another Iran”.

Sumber: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/27/nation/9771141&sec=nation






No comments: