SAHABAT BLOG

21 September 2011

Orang tak sudi, kenapa nak paksa-paksa.

Hari ni, PM Najib memfailkan notis untuk mengenepikan Sapina pasukan peguambela Anwar untuk hadir ke mahkamah menjadi saksi pembelaan. pada pendapat aku, tindakan DS Najib  adalah tepat. Beliau sudah baca cara permainan pihak pembela Anwar.

Buat apa nak susahkan diri untuk menempuh sesuatu yang boleh merosakkan reputasi dan kredebiliti. Lagipun aku percaya DS Najib dah tahu bahawa Anwar memang terlibat, jadi buat apa dia hendak bersubahat untuk menjadi pembela kepada Anwar.

Kalau Anwar boleh menggunakan seberapa banyak kuasa mahkamah untuk melepaskan diri, kenapa apabila giliran DS Najib untuk menggunakan kuasa mahkamah, beliau berasa hairan dan pelik.  Apa nak hairan dan kenapa nak kecoh-kecoh. Orang dah tak sudi nak tolong bela, kenapa nak paksa-paksa pulak.

Itu hari kalau tak silap aku, DS Najib telah hadir ke mahkamah. Ini bermakna beliau telah mengotakan janji beliau untuk hadir. Lagipun secara tersuratnya keterlibatan DS Najib dalam kes ini sangat sedikit berbanding beberapa orang lain yang terlibat secara langsung seperti saudara Rahimi, Senator Ezam, Nalakurapan dan lain-lain lagi. Semua mereka ini boleh dipanggil oleh pasukan peguam bela Anwar untuk membantu Anwar kerana mereka mungkin tahu banyak perkara yang boleh digunakan untuk membantu Anwar.


No comments: