DS Najib bakal mempertimbangkan permohonan Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud. Itupun dengan syarat Nik Aziz membuat permohonan secara rasmi kepada kerajaan pusat. Perkara ini aku agak je.
Hukum hudud ni ditimbulkan semula oleh beberapa pihak ekoran pemansuhan ISA oleh DS Najib. Pihak-pihak ini mahukan supaya kerajaan pusat menimbangkan perlaksanaan hukum hudud sebagai mengganti ISA.
Oleh kerana isu hukum hudud ni timbul semula, maka iaitu Tok Guru Nik Aziz pun bangkitkanlah berkenaan enakman hukum hudud di Kelantan yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelanta pada awal 90an dahulu. Beliau memberitahu bahawa Kelantan sudah meluluskan perlaksanaan hukum Hudud tetapi dihalang oleh kerajaan pusat yang diketuai oleh Tun Mahathir. Jadi modal Tok Guru, Tun Mahathir adalah penghalang untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Tun Mahathir yang diketahui umum cukup bijak untuk menghadapi apa juga isu yang ditimbulkan dengan segera menjawab. Beliau memberitahu bahawa sekarang ini Kelantan boleh melaksanakan hukum hudud kerana Tun sudah tidak menjadi PM lagi. Oleh itu, Nik Aziz boleh buat permohoan baru kepada PM yang baru iaitu DS Najib. Itu jawapan Tun apabila ditanya berkenaan perkara ini.
Dijawab pula oleh Nik Aziz, bahawa beliau tidak perlu membuat permohonan baru, tetapi DS Najib yang perlu tarik balik surat bantahan kerajan terdahulu kerana kata beliau surat yang dijawab oleh Tun Mahathir dahulu masih valid dan masih sah sehingga ditarik balik.
Nampakkan, bertapa hebatnya kedua-dua otai politik ni berhujah. Apa yang Tun Mahathir cakap tu pada pandangan aku tepat dan betul. Memang betullah, kalau dia dianggap sebagai penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, apabila beliau sudah tidak lagi berkuasa, maka halangan tersebut sudah hilanglah. Apa nak ungkit-ungkit lagi.
Lagi pun banyak hikmahnya Tun Mahathir menghalang perlaksanaannya pada masa itu. Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri berkata selagi keadaan tidak tidak kondusif, maka hukum hudud tidak boleh dilaksanakan. Haji Haji awang pula berkata, keperluan untuk melaksanakan hudud di dalam syariah ialah 0.001% sahaja. Maknanya tak berapa perlu.
Baru 3 2-3 tahun PAS ambil alih Kelantan, terus nak laksanakan hudud. Sudah tentulah keadaan masih belum kondusif atau bersedia untuk dilaksanakan hukum hudud. Rakyat tentu terpinga-pinga dan kelam kabut. Jika ianya dilaksanakan pada mas iaitu, keadaaan akan menjadi bertambah sulit. Aku percaya ramai rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Hukum hudud bukan dilaksanakan untuk menyulitkan dan menzalimi rakyat, tetapi memberi keadilan kepada rakyat. Kalau rakyat masih belum bersedia, bagaimana hendak dilaksanakan hukum hudud. Tun melihat semuanya ini dalam perspektif yang lebih luas berbanding PAS. Mereka terlalu gopoh pada masa itu kerana hendak memenuhi janji politik mereka sahaja.
Sekarang ini, Nik Aziz berkata, Kelantan sudah kondusif. Rakyat Kelantan telah diberikan pendedahan dan pengetahuan agama yang secukupnya. Mereka sudah bersedia untuk dilaksankan hukum hudud. Tun pun sudah tidak berkuasa lagi. Maka bertepatan sekali saranan Tun supaya Kelantan memohon semula untuk melaksanakan hukum hudud sekarang ni.
Berhubung surat yang dikeluarkan oleh Tun dahulu, aku berpendapat surat tersebut tidak perlu ditarik semula. Surat tersebut boleh dibatalkan bila-bila masa oleh DS Najib. Apa yang penting sekarang ini ialah Kerajaan Kelantan hendaklah membuat permohonan kepada DS Najib untuk melaksanakan hukum hudud. DS Najib boleh untuk membatalkan ataupun meneruskan pemakaian surat tersebut. Kalau DS Najib membatalkan surat terdahulu dan menggantikan dengan surat kelulusan yang baru, maka bolehlah Kelantan laksanakan hukum hudud. Kalau DS Najib meneruskan pemakaian surat yang dikeluarkan oleh Tun, maka perlaksanaan hukum hudud di Kelantan tidak dapat dilaksanakan. Ianya tidak lagi dihalang oleh Tun, tetapi dihalang oleh DS Najib. Masalahnya, kenapa Kelantan tidak membuat permohonan baru kepada kerajaan pusat?
Nik Aziz ni bijak. Beliau tidak mahu membuat permohonan semula kerana jika beliau membuat sedemikian, maka beliau bakal menguriskan hati dan perasaan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Beliau cuma hendak memberitahu rakyat bahawa perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud tidak pernah mati, tetapi tidak boleh melaksanakannya kerana mendapat halangan daripada Tun Mahathir 18 tahun dahulu.
Hakikatnya jika Nik Aziz betul-betul berjuang untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, beliau boleh membuat permohonan semula apabila pucuk pimpinan kerajaan pusat bertukar tangan. Sepatutnya pada zaman Pak Lah adalah masa yang sesuai untuk Nik Aziz membuat permohonan kepada kerajaan pusat supaya mengkaji semula keputusan menghalang perlaksanaan hukum hudud dahulu. Sekarang ini masih belum terlewat untuk beliau membuat permohonan semula kerana beliau masih lagi mampu untuk tandatangan surat. Lagipun keadaan jenayah di Kelantan sekarang ni amat memerlukan hukum hudud. Pelacuran, HIV, AIDS, pembunuhan, kecurian dan pelbagai jenayah berleluasa di Kelantan. Undang-undang sivil nampaknya sudah tidak mampu membendung keghairahan rakyat Kelantan melakukan jenayah dan maksiat.
Dalam hal ini, aku nampak bahawa Nik Aziz sengaja menjadikan Tun Mahathir sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan beliau memenuhi janji kepada para penyokong beliau. Adakah sampai bila-bila beliau akan menyalahkan Tun walaupun Tun dah meninggal dunia. Mungkinkah hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan jika sekiranya Tun Mahathir dan Nik Aziz meninggal dunia, ataupun hudud akan terus berkubur bersama-sama Nik Aziz dan Tun Mahathir.
No comments:
Post a Comment