Pendakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu diharapkan bakal menjadi pengajaran berguna kepada mana-mana pemimpin atau sesiapa sahaja yang cuba untuk memutar belitkan sejarah tanahair mengikut kefahaman cetek mereka.
Sejarah adalah sesuatu perkara yang telah berlalu. Bagaimana hendak mengetahui dan memahami sejarah ianya banyak bergantung kepada catatan yang dibuat oleh orang terdahulu. Pakar-pakar sejarah pula akan mengesahkan catatan dan bukti tersebut samada hendak menerima ataupun menolak.
Catatan pula bukanlah sesuatu yang menjadi bukti mandotori untuk menyatakan sesuatu sejarah. Bukti-bukti lain seperti kenyataan lisan, bukti-bukti fizikal dan seumpamanya boleh menolak catatan mahupun mengesahkan catatan sejarah yang dibuat sebelum itu.
Oleh itu untuk menolak catatan sejarah tanahair bukan boleh semudah dan sesenang seperti yang dilakukan oleh Mat Sabu. Akibat tindakan mengambil mudah beliau untuk mengubah catatan sejarah, beliau telah dikecam oleh banyak pihak. Kecaman oleh banyak pihak telah menyebabkan beliau didakwa di Mahkamah.
Sekarang ini ramai pihak pembangkang yang mempersoalkan kewajaran pihak kerajaan mendakwa Mat Sabu. Mereka beranggapan bahawa Mat Sabu adalah seorang ahli politik. Sebagai seorang ahli politik mereka berpegang kepada kata-kata DS Najib pada pemgumuman pemansuhan ISA baru-baru ini iaitu ahli politik tidak akan ditahan disebabkan perbezaan ideologi mereka.
Cetek sungguh pemahaman pembangkang dan malas betul mereka membuat tafsiran lebih mendalam. Tindakan Mat Sabu yang menghina anggota polis dalam Peristiwa Bukit Kepong itu bukannya ada kaitan dengan ideologi politik. Ianya adalah satu tindakan kertelanjuran dan biadap. Bukan sahaja biadap tetapi ianya menimbulkan keresahan dan kecelaruan kepada ramai pihak. Perbuatan seperti itu sewajarnya dikenakan tindakan.
Mat Sabu telah diberi peluang untuk memohon maaf kerana kertelanjuran beliau tersebut, tetapi beliau degil . Malah beliau dengan bangga mencanangkan ke sana sini bahawa beliau di pihak yang benar. Beliau dengan berani mempertahankan dakwaan beliau bahawa seorang ketua Komunis adalah hero kemerdekaan manakala Polis pula adalah penjahat atau pengkhianat.
Aku pun hairan dengan pihak pembangkang ini. Adakah mereka beranggapan bahawa ahli politik boleh bercakap apa sahaja, boleh melakukan apa sahaja, boleh menguris hati dan perasaan sesiapa sahaja, boleh menghina sesiapa sahaja tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Adakah ini yang dimaksudkan oleh DS Najib semasa membuat ucapan pemansuhan ISA tempohari? Malang sungguh jika ada pemimpin pembangkang mempunyai pemahaman secetek ini dan semalas ini.
Kesimpulan aku mudah, Mat Sabu didakwa disebabkan keceluparan beliau yang menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan dalam negara. Beliau juga bakal menerima akibat kerana keegoan beliau yang tidak mahu menuntut maaf akibat keterlanjuran tersebut. Mat Sabu juga bakal menerima akibat kerana kecetekan pemahaman dan kemalasan para penyokong beliau untuk memahami intipati ucapan DS Najib semasa pemansuhan ISA tempohari. Akibat cetek kefahaman dan malas berfikir ini menyebabkan mereka memberikan nasihat dan sokongan silap dan salah kepada Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment