SAHABAT BLOG

21 August 2011

Malu nak sebut - Seks dengan kanak-kanak



Sami ditahan atas tuduhan melakukan seks dengan kanak-kanak

21/08/2011 2:25am

COLOMBO 20 Ogos - Seorang sami penganut Buddha terkemuka ditahan hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 12 tahun.

Perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak di negara itu.
Menurut polis, sami yang berusia 60 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut lebih dari setahun terhadap mangsa di sebuah kuil di pusat wilayah utara Anuradhapura.

Sebelum ini, beberapa sami telah disabitkan atas kesalahan yang sama tetapi kes ini merupakan antara kes berprofil tinggi dalam negara itu. - AFP

Ulasan Putra: Sami besar dan terkemuka  tuh.... Kalau soal nafsu ni tak kira sesiapa  sebenarnya. Bahkan ramai dah orang besar, alim ulama, ustaz-ustaz yang terperangkap dengan nafsu. Jadi yang aku pelik, kenapa masih ada lagi orang kat Malaysia ini yang begitu yakin bahawa bila ada je pemimpin PAS atau PKR terlbat dengan seks, mereka begitu yakin bahawa perkara tersebut adalah fitnah semata-mata.  Ini adalah satu misteri besar dan keajaiban dunia yang ke lapan. Apa dia orang ingat pemimpin PAS atau Pemimpin PKR tu malaikat atau maksum ke? Padan patutlah kalau PAS tu makin lama makin tidak berseri kerana ramai pengikutnya yang meletakkan akal mereka dibawah daripada nafsu.

No comments: