SAHABAT BLOG

20 August 2011

PAS ibarat Pokok Durian Ditumpangi Pokok Ara dan Dendalu

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan kawan aku pasal askar pencen yang mengaku telah memangkah kertas undi pos tentera kerana di arahkan oleh pihak atasan. Perkara tu dah berlaku puluhan tahun yang lalu. Kalau dalam kewangan dipanggil hutang lapuk dan telah pun dibuat rosotnilai ataupun hapuskira. Maknanya hanya orang bodoh sahaja yang ungkit kembali dan hanya orang bodoh sahaja yang mempercayai. 

Aku tak tahu apa tujuan mereka. Adakah mereka nak bagi tahu bahawa undi pos tentera tak boleh pakai, atau mereka nak bagi tahu bahawa undi pos tentera tidak patut diadakan, ataupun mereka nak bagi tahu bahawa tentera kena mengundi secara biasa, ataupun mereka nak bagi tahu supaya tentera tak perlu mengundi kerana mereka sebenarnya tak pernah mengundi. Jadi tak tahu apa punca sebenar mereka membongkar cerita lama yang belum tentu betul atau salahnya. Bila difikirkan baik-baik, aku boleh rasakan mereka ni merupakan pengkhianat kepada bekas majikan mereka dan kerajaan. Perbuatan mereka ini samalah taraf dengan tentera yang lari dari medan peperangan.

Nak tuduh SPR salah dan silap dalam undi pos tentera? Apa ke mengongnya,  macamana SPR nak tahu dan ambil tindakan pembetulan kerana perkara itu mereka diamkan dan tak buat laporan polis ka. Lagipun dah berlaku ribuan hari yang lalu.  Kalau takut nak buat secara rasmi, buatlah secara senyap-senyap supaya pihak SPR boleh menyiasat. Apa orang cakap wiselblower.  Ini tidak selepas ribuan hari dan jutaan jam barulah nak bukak mulut. Pulak tu bukak mulut di atas pentas parti PAS. Sape yang salah dalam hal ini? SPR juga ke yang salah? Jawapannya adalah parti PAS yang salah kerana percaya benda-benda mengarut macam ni.  Takkan tahu tahu kot, parti PAS memang lagu tu, benda-denda mengarut tak jadi soal asalkan rakyat percaya. Apabila rakyat percaya bahawa perkara yang di dakwa itu benar-benar berlaku, maka pihak PAS memperolehi kredit untuk menyalahkan SPR dan membenarkan tuntutan BERSIH 2.0 yang dibuat oleh Ambiga.

Inilah hakikat ataupun mentaliti para pemimpin PAS sekarang ini. Mereka akan mempercayai apa sahaja berita yang didedahkan di atas pentas mereka walaupun berita tersebut telah berlaku puluhan tahun yang lalu ataupun ratusan tahun yang lalu.  Aku percaya kalau ada yang dedahkan di atas pentas mereka mengatakan bahawa DS Najib berlembut pada Cina pasal isteri beliau seorang anak cina, aku yakin ramai yang percaya. Bagi mereka  bukti tidak penting, dengan syarat berita yang didedahkan dan sampaikan itu boleh menguntungkan mereka dan bukan merugikan mereka. Berapa banyak berita dan cerita salah laku pemimpin pembangkang yang disertakan dengan bukti-bukti sahih ditolak oleh parti PAS. Tak perlulah aku bagi contoh kerana semua orang dah tahu. 

Aduhsss.... malang sungguh orang Islam kerna mempunyai pembangkang yang bermentaliti sedemikian, Langsung tidak boleh pakai kalau nak dijadikan parti alternatif. Otak letak dekat lutut. Dulu taklah teruk sangat parti PAS ni, tetapi semenjak berkawan dengan parti kapir DAP dan parti jalanan PKR, mentaliti para pemimpin mereka makin teruk. Bukan semua, tetapi kalau dah melibatkan kata pemutus dalam parti, maka yang lain tak boleh buat apa dah. Kalau bangkang, alamatnya kena cari haluan barulah.  PAS ni boleh aku ibaratkan seperti sepohon pokok durian yang telah dinaiki atau ditumpangi oleh pokok ara dan dendalu. Lama kelamaan, pokok durian itu akan mati dan reput dan yang akan membesar dan gagah perkasa adalah pokok ara dan pokok dendalu. Kalau dulu bolehlah sekali sekala makan buah durian ataupun makan pengat@bubur pulut durian, tetapi semenjak ditumpangi oleh pokok ara dan pokok dendalu ni, jangankan buah durian, bau buah durian pun haram nak cium. 

Pokok ara itu umpama DAP dan pokok dendalu itu umpama PKR. Ni nak pesan kepada orang kampung kau, kalau sesape kebetulan berjalan-jalan dan nampak pokok ara ataupun pokok dendalu nak tumpang dipokok durian aku, pokok duku ke, pokok langsat, cepat-cepatlah bunuh pokok ara atau pokok dendalu tu. Aku tak marah, malah aku boleh bagi upah lagi. Kalau dibiarkan, alamatnya makan buah aralah suatu hari nanti kita. Tak ada manafaat. Hanya bermanafaat kepada haiwan dan ungas-ungas. 

No comments: