SAHABAT BLOG

05 August 2011

Kesian DS Najib

Ada berita daripada puak-puak pakatan yang mengatakan bahawa ada pihak-pihak di dalam UMNO yang sedang merancang hendak menjatuhkan DS Najb.  Dalam bulan pose ni takkan mereka nak cakap bohong kot? Ye lah, semuanya ustaz-ustaz, siang berpuasa, malam berterawih dan bertazkirah, takkanlah dia orang nak cakap bohong. Tapi ustaz politik ni bukan boleh sangat pun. Banyak autanya. Katakanlah benar perkara ini, tak patut betul kalau nak jatuhkan DS Najib.

Siang malam tak tidur kawan tu nak pulihkan kembali UMNO dan BN yang rosak teruk selepas PRU12. gara-gara perangai 'budak baik'  yang dilakukan oleh 'budak Tingkat 14'. Takde masa langsung DS Najib untuk bersenang lenang. Keluar ke dalam  beliau bekerja sampai sakit lutut. Pebagai ikhtiar dan usaha dilakukan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN. Nasib baik tak jumpa bomoh siam je. Tak baik, haram dan berdosa.

Alhamdulillah di atas penat lelah beliau itu, kita nampak orang melayu dan India semakin beralih kembali kepada UMNO dan BN. Perkara ini boleh dibuktikan apabila BN berjaya memenangi beberapa PRK kecil termasuk berjaya merampas kembali kawasan yang dimenangi oleh PAS.  

Namun sayang, sokongan orang cina masih lagi belum kembali kepada BN. Walaupun konsep 1Malaysia yang diperkenalkan yang mana konsep ini dilihat telah banyak memberi manafaat kepada orang Cina, tetapi rupa-rupanya orang Cina mempunyai hajat yang lebih besar. Sebesar Gunung Everest. Kalau hajat besar, belanja pun besar. PRN Sarawak diadakan, barulah terserlah ke arah mana sebenarnya sokongan orang Cina. Mereka telahpun mengalihkan sokongan mereka kepada DAP. Pandai main wayang orang Cina ni. Maklumlah biasa main opera cina.

Sekarang ini sokongan orang melayu dan India pun dah tak boleh nak jangka.Tidak ada petunjuk-petunjuk baru untuk djadikan ukuran. Jika hendak diambil kira BERSIH 2.0 baru-baru ni, nampaknya sokongan India dan Melayu kepada PR taklah seramai manapun. Masalahnya, PR semakin hari semakin galak dan rancak menimbulkan pelbagai Isu. Mereka pandai create isu baru. Tak terjawab pihak BN. Harapkan kepada bloger-bloger pro BN je, seperti MIM, PapaGomo, House PK dan ramai lagi. Terkini mereka memainkan isu pengundi hantu. Beberapa senarai nama daftar pemilih yang bertindih dipamerkan kepada orang ramai. Hari-hari ada sahaja nama-nama yang bertindih. Aku pun hairan jugak, bagaimana SPR buat kerja. Bukankah sekarang ni semua sudah pakai sistem yang canggih manggih. Sepatutnya pertindihan identiti tidak berlaku lagi dah. Aku sarankan kepada sesiapa sahaja, buat sahaja laporan polis untuk siasat kenapa seorang rakyat itu boleh ada dua kad pengenalan. Mana boleh seorang pegang dua kad pengenalan. Salah dari segi undang-undang negara. Biar polis siasat, dan kita lihat apa keputusan mereka. Adakah betul seperti dakwaan pihak PR bahawa SPR menipu? Aku tak percaya SPR begitu bodoh kalau nak menipu dan aku lagi tak percaya bahawa mereka menipu. Mesti ada penjelasan disebalik semua ini.

No comments: