Dulu tak haram, sekarang ni dah haram. Dulu tak jumpa hadis atau ayat Al Quran yang melarangkannya ke? Ataupun bila DAP memerintah baru terjumpa hadis atau ayat Al Quran yang mengatakan tak boleh baca Al Quran kuat-kuat menggunakan pembesar suara. Kalau baca Al Quran kuat pun dah dikira haram, maknanya banyak perkara lagi yang akan difatwakan haram.
Kalau di Pulau Pinang haram, kenapa di Kelantan yang ramai tokoh Islam dan dipimpin Ulamak Besar tidak mengharamkannya.
Beginilah nasib yang bakal dihadapi oleh umat Islam. Sebagaimana kita ketahui, banyak juga tindakan dan amalan baik yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia ini bukannya berpandukan kepada Hadis dan Ayat Al Quran. Walaupun perkara-perkara baik itu tidak ada hadis dan ayat Al Quran yang membenar atau melarangnya tetapi kita kena seimbangkan juga dengan keperluan dan juga faedah yang diperolehi daripada tindakan tesebut. Bukankah negara Malaysia ini adalah sebuah negara Islam, maka amat sesuai supaya suasana keislaman itu dizahirkan. Kalau nak harapkan kepada penampilan dan juga perbuatan, aku nampak penampilan penduduk bandar dan anak-anak muda kita sudah tidak memperlihatlkan ciri-ciri Islam. Terdedah sana, terdedah sini, terbuka sana, terbka sini berpeluk sana, berpeluk sini, terkinja sana sini, melakak siang malam. Pokoknya, langsung tidak ada ciri-ciri sebuah negara Islam.
Apa yang aku cakapkan ini adalah berkenaan larangan Bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang. Dr. Asri ada mengulas berkenana perkara ini yang boleh dibaca di bloger Apa Yang Tersirat.
Persoalannya, jika membaca Al quran itu menjadi satu larangan mandatori di dalam Islam sepertimana larangan meminum arak, kenapa kerajaan masih lagi membiarkan pembacaan Al Quran menggunakan pembesar suara dilakukan.
Perlis di katakan telah lama menghaamkan pembacaan Al Quran menggunakan pembesar suara. Apa yang boleh aku katakan, Perlis ini tak boleh dijadikan contoh kerana kerajaan Perlis ini pelik sikit ajaran Islam mereka. Ada yang mengatakan mereka lebih cenderung kepada mengamalkan ajaran Wahabi. Dalam sembahyang subuh pun mereka tidak baca doa Qunut. Jadi biarlah Perlis itu dengan cara mereka dan tidak boleh dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. Orang Islam di negeri Perlis itu sudah menerima apa yang difatwakan oleh mufti mereka. Masalahnya di Pulau Pinang ini, ramai orang Islam yang tidak menerima dan tidak merasa selesa dengan fatwa baru tersebut.
Apa yang boleh aku simpulkan, Islam di negeri yang dikuasai oleh DAP semakin diperhalusi, semakin diperincikan. Aku percaya amalan-amalan baik yang dilakukan oleh orang Islam selama ini bakal berakhir jika sekiranya ianya dilihat menyukar dan menganggu kehidupan bermasyarakat. Contohnya, laungan Azan menggunakan pembesar suara. Aku percaya suatu hari nanti ianya akan menerima nasib yang sama seperti bacaan Al Quran dengan alasan ianya tidak dilakukan oleh Bilal pada zaman Rasulullah dahulu. Apa nak hairan kerana perkara tersebut telahpun dilaksanakan di negara jiran selatan yang menjadi negara mentor kepada DAP. Begitu juga amalan Islam yang lain seperti amalan menjadikan lembu sebagai binatang kurban. Walaupun itu adalah syariat Islam, tetapi tidak mustahil ianya bakal diharamkan oleh DAP kerana ianya dikatakan menganggu sensitiviti penganut agama Hindu. kalau nak berkorban pun kena cari Unta ataupun kambing atau kibas. Bila mengorbankan lembu pun diharamkan dan hanya boleh menyembelih Unta atau Kambing sahaja, maka Ustaz-ustaz PAS pun akan menyokong dengan pelbagai alasaan dan mungkin mengatakan di zaman Rasulullah dahulu yang dikorbankan adalah Unta dan Kibas atau kambing.
Inilah ancaman yang bakal dihadapi ole umat Islam di Malaysia ini jika sekiranya PR berkuasa dan DAP menjadi tunggak utama pemerintahan kelak.
No comments:
Post a Comment