SAHABAT BLOG

03 August 2011

Cabaran Ramadhan

Oh Ramadhan, kau datang kembali untuk kesekian kalinya. Ramadhan ini merupakan ramadhan kali ke 42 bagi aku. Sudah 11 tahun aku menyambut ramadhan jauh dari kampung halaman aku. Bercerita pasal sambutan ramadhan, sekarang ini jauh berbeza sama sekali berbanding sambutan ramadhan waktu aku keci al-kecil dahulu. pada zamanaku kecil-kecl dulu, sambutan ramadhannya cukup sederhana tetapi meriah kerana pada masa itu, keadaan negara pun masih belum maju seperti sekaang ini. Aku masih ingat, dikampung aku, setiap petang ma aku akan minta aku tempah air batu potong dari kedai. Air batu potong adalah ais yang dipotong menggunakan gergaji. Asalnya bongkah air itu besar dan dipotong menjadi bongkah-bonhkah kecil mengikut saiz. Saiznya pula dibezakan mengikut harga yang ditempah. Bongkah ais itu pula akan dibalut di dalam guni dan di tanam di dalam tanah bagi mengelak ianya cepat cair. Pada masa itu orang kampung aku masih belum ada peti sejuk.

Selama 42 tahun sambutan ramadhan yang aku alami di bumi bertuah ini, satu perkara yang tidak berubah sejak dahulu hngga kini ialah kemeriahan sambutannya walau dalam keadaan mana sekali pun, samada negara mundur atau maju kerana keadaan negara yang aman dan sejahtera. Sambutan di dalam suasana Islam yang masih kuat dan masih berkuasa. Para pemimpin besar Islam negara masih berkuasa untuk menentukan bagaimana hendak dicanai sambutan ramadhan. Aku tidak dapat bayangkan jika sekiranya Islam sudah hilang kuasanya. Adakah kemeriahan sambutan ramadhan sebagaimana aku rasai sekarang ini bakal dinikmati bersama oleh anak cucu cicit aku dimasa yang akan datang. Jika pemimpin Islam asyik bergaduh sesama sendiri, tidak mustahil sambutan ramadhan dimasa-masa yang akan datang amat jauh berbeza daripada sekarang ini.

Sudah 3 hari umat Islam menyambut ramadhan. Di tempat aku, ramadhan kali ini cukup mencabar sekali. Mencabar pasal sudah 3 hari apartment tempat aku tinggal keputusan air. Sudah 3 hari kami tidak dapat menikmati kemewahan penggunaan air. Silapnya disebabkan kerosakan pada motor yang mengepam air. Bayangkan,  bagaimana susahnya kami penduduk seramai lebih kurang 100 keluarga mencari sumber air. Pelbagai kaedah digunakan untuk angkut air dari pili bomba menggunakan baldi dan bocong air untuk digunakan. Rumah aku, alhamdulilah ada 2 tong besar yang aku beli semasa di Sabah dulu masih mampu untuk menampung stok air untuk kami sekeluarga. Kalau tidak, aku pun mungkin akan turut sama mengangkut air dari pili bomba. Mengangkut air menggunakan baidi dan bocong ini mengingatkan kembali aku kepada suasana di kampung aku semasa aku kecil-kecil dahulu. Pada masa itu kemudahan air dalam bosi masih belum ada. Maka setiap hari mak dan kawan-kawannya akan mengangkut air dari sungai Terengganu sejauh 700 meter ke rumah aku. Kaedah mengangkut air yang biasa digunakan ialah dengan menanggung baldi penuh berisi air di atas kepala. Ayah aku pula akan mengandar dua biji baldi menggunakan kayu. Bagi mengelakkan air itu dari tumpah, maka daun-daun kayu seperti daun sunkai digunakan sebagai penutup sementara. Pada masa itu aku masih bersekolah rendah. Jadi kadang-kadang ka pun turut sama angkut air dari sungai. Penat tak usah ceritalah.Kalau dari sungai, penuh sebaldi, sampai kerumah hanya tingal separuh sahaja. Bukan dibuangkan, tetapi tunpah dalam pejalanan. 

Semalam disebabkan air tiada, isteri aku minta aku beli nasi bungkus di Bazar ramadhan. Aku sebenarnya kurang gemar membeli lauk pauk dari bazar ramadhan. Dahlah mahal,  aku tidak tahu bagaimana cara mereka memasak. Mungkin juga lauk pauk yang dijual adalah lauk pauk semalam yang tidak habis dipanaskan semula. perkara ini tidak mustahil. Ayam goreng dijadikan ayam masak merah. Ikan goreng dijadikan ikan masak kicap. Ayam panggang di panggang semula. Akibatnya jika tersilap makan, maka perut akan meragam. Itulah yan terjadi kepada aku semalam. Tak baik aku menuduh sedemikian. Bukan semuanya tak betika seperti itu.  

Entah dimana silapnya, perut aku meragam dan cirit birit. Mungkin penangan makan nasi kerabu bazar ramadhan. Dahlah air tak ada, aku pula asyik nak ke tandas sahaja. Isteri aku bising kerana dia tahu, aku akan menggunakan air yang banyak. Dia cadangkan aku buang air di Masjid sahaja. Aku cakap, mana boleh berak di masjid, berdosa besar. Semasa aku menulis ini pun, perut aku masih meragam. 

Aku harapkan pihak pengurusan JMB di kawasan aku boleh ambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah air. Kalau mereka masih belum ambil tidakan drastik dengan menukar peralatan yang rosak,  alamatnya sebulan bulan ramadhan pada tahun ini menjadi ramadhan yang penuh cabaran dan dugaan bagi aku dan rakan-rakan yang lain. Apa-apa pun, sekali lagi aku bersyukur kerana negara masih aman dan meriah untuk menyambut ramadhan serta sambutan keagamaan yang lain. Semoga suasana ini dapat dikekalkan. Oleh itu berilah undi dan kepercayaan kepada kerajaan yang sedia ada kerana telah berjaya menwujudkan suasana ini, bukan setahun, bukan dua tahun tetapi sudah lebih 50 tahun. 

No comments: