SAHABAT BLOG

13 July 2011

RAMAI YANG BAKAL MENJADI SEPERTI PAK KADUK

Dah lama benar rasanya aku tak kemaskini blogku ini. Selama seminggu aku terlalu sibuk melakukan tugasan luar  sehingga tak ada masa nak kemas kini blog. Walaubagaimanapun, segala apa yang hangat berlaku dalam negara seminggu dua ini masih jua aku ikuti. Aku ikuti dengan tekun perkembangan BERSIH 2.0 yang diadakan baru-baru ini. Aku juga boleh memberikan beberapa kesimpulan mudah apa sebenarnya ataupun tujuan sebenar pihak yang menganjurkan BERSIH 2.0 baru-baru ini. 

Kesan BERSIH 2.0 telah aku ceritakan di dalam entry sebelum ini dan kesan itulah yang berlaku. Dunia luar sekarang ini sedang dihidangkan dengan berita berkenaan BERSIH 2.0, berkenaan keganasan pihak polis kononnya, apa sahaja yang buruk tentang perhimpunan berkenaan akan dipaparkan oleh media-media asing dari masa ke semasa. Walaupun belum sampai kepada kemuncak reaksi negatif pihak asing terhadap Malaysia, sudah ada pihak yang mengesa pemimpin luar agar tidak memberikan karpet merah kepada PM kita jika melawat negara-negara tertentu. 

BERSIH 2.0, jika hendak dihuraikan, beribu-ribu perkataan boleh digunakan samada perkataan positif mahupn perkataan negatif. Apa yang pasti, BERSIH 2.0 adalah satu perhimpunan yang sengaja diadakan bagi tujuan  mencabar pihak kerajaan dan paling jelas sekali  ianya  mencabar Yang Dipertuan Agong. Mencabar Yang Dipertuan Agong apabila tidak mematuhi tintah perintahnya adalah dikira menderhaka kepada Sultan. Pada zaman pemeritahan kesultanan Melayu Melaka, sesiapa yang didapati menderhaka kepada Sultan, maka ianya akan dihukum dengan hukuman yang  amat berat. Kalaulah Sultan Melaka memerintah ( pinjam kata-kata Nurul Izah ), sudah ramai penderhaka yang bakal menerima hukuman yang berat dan termasuk hukuman bunuh seperti yang pernah diberikan kepada Hang Tuah.

Menderhaka kepada tintah perintah Yang Dipertuan Agong samalah seperti mencabar kedaulatan Sultan-Sultan Melayu dan Majlis Raja-Raja. Rakyat Melayu wajib tahu bahawa kesultanan melayu merupakan benteng terakhir kuasa politik orang melayu di negara kita ini. Majlis raja-raja adalah satu badan yang bukan dipilih secara demokrasi. Tidak ada suatu kuasa pun yang boleh membatalkan kekuasan Majlis Raja-Raja Melayu di dalam mempertahankan kuasa orang Melayu kecuali kuaca rakyat melalui demontrasi dan revolusi. Majlis Raja-Raja tidak boleh dibatalkan melalui suara demokrasi ataupun pilihanraya yang diadakan setiap 4 -  tahun sekali. Oleh sebab itu, aku melhat sudah ada usaha-usaha untuk mewujudkan revolusi di Malaysia melalui demontrasi jalanan yang bakal diadakan secara berterusan. 

Demontrasi ini dianjur dan disokong oleh mereka yang bencikan kepada kesultanan melayu. Amat mudah untuk mengenali mereka ini kerana sejarah pernah menceritakan siapa mereka ini.  Amat malang  sudah ramai orang melayu yang tidak lagi menyukai kesultanan melayu dan mereka ini sanggup bersengkokol dengan pihak yang sentiasa membenci kesultanan melayu. Kasihan sekali kepada sultan-sultan melayu kerana ramai daripada orang melayu nyang sudah lupa asal usul dan sejarah nenek moyang mereka. Namun demikian, lebih malang lagi apabila ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang dipergunakan untuk meruntuhkan institusi raja-raja mereka. Nasib mereka nanti samalah seperti, nasib malang pak kaduk yang  menang sorak sedangkan kampung tergadai.

BERSIH 2.0 aku lihat diketuai oleh mereka yang berada di dalam keadaan tersepit. Senang bicara, jika BERSIH 2.0 tidak diteruskan sebagaimana yang telah dirancangkan, maka akan ada pihak yang berada di dalam keadaan terancam. Pihak ini terpaksa meneruskan agenda mereka kerana mereka telah menerima dana ataupun penaja yang mengkehendaki mereka untuk meneruskannya. Walaupun mereka akur kepada Tintah perintah Agong, tetapi pihak luar yang menaja mereka tidak akur. Pihak luar inilah yang terus mendesak agar BERSIH 2.0 ini diteruskan sebagaimana dirancangkan. 

Aku percaya dan cukup yakin, akan ada lagi siri-siri penentangan oleh pihak-pihak yang ingin melihat kesultanan melayu runtuh. Mereka ini sedang giat mengatur rancangan dengan teliti. Rancangan mereka cukup teliti sehinggakan kita melihat seolah-olah segala sesuatu yang terjadi itu seperti ianya terjadi secara semula jadi dan mengikut masa, sedangkan hakikatnya ianya sudahpun diskripkan sejak sekian lama. 


No comments: