SAHABAT BLOG

22 July 2011

Jangan Biarkan Keluarga Anda Mati Katak

Hari ni di pejabat aku, sama macam hari-hari yang sebelum, isu BERSIH 2.0 pasti menjadi salah satu topik perbualan hangat di meja minum. Ada sorang kawan aku tu persoalkan pasal tulang rusuk Allahyarham Baharuddin yang patah semasa proses CPR. Aku percaya beliau perolehi cerita ni daripada portal kegemaran beliau iaitu Malaysiakini. Aku cakap kat dia, adalah lebih baik patah tulang daripada hilang nyawa. Apa tak patahnya,  jika yang buat CPR tu mereka yang tak tahu huat CPR. Mungkin yang buat CPR tu dikalangan sahabat si mati jugak. Orang nak buat CPR, dia pun nak buat CPR. Kalau yang membuat CPR tu, orang yang tahu dan berpengetahuan, ada kemungkinan si mati boleh diselamatkan.

Allahyarham Baharuddin dan meninggal. Aku takn percaya penganjur BERSIH ada megambil insuran nyawa kepada peserta pendemo. Maknanya para pendemo tu bergadai nyawa dan bakal mati katak. Itu pasal orang-orang Cina tak pergi. Kalau mati pun, insuran tak cover kerana terlibat dengan aktiviti haram.

Dalam kes Allahyarham Baharuddin , Ambiga sebagai penganjur perlu diperanggngjawabkan sepenuhnya kerana telah mengajak Baharuddin untuk datang dari Kelantan untuk berdemo. Pihak polis dah nafikan mereka terlibat. Pihak penganjur BERSIH sengaja menuduh pihak Polis kerana mereka tidak mahu bertanggungjawab. Jahat betul mereka ni. Mat Sabu pun putar ligat mengatakan dia dirempuh polis pasal dia nak tuntut sesuatu dari pihak Polis, sekurang-kurangnya bil hospital dia takperlu bayar.

Sehubungan itu, aku harapkan keluarga si mati bleh menuntut pampasan daripada Ambiga kerana telah mengajak Baharuddin pergi berdemo. Kalau Ambiga ingin melarikan diri, aku percaya keluarga boleh mengemukakan saman terhadap Ambiga kerana beliau telah cuai untuk menjaga keselamatan para pendemo yang hadir kerana beliau yang ajak. 

Pihak kerajaan ataupun polis tidak boleh disalahkan, kerana mereka telah membuat penafian bahawa mereka terlibat dalam peristiwa kematian Baharuddintetapi, yang jelas Ambiga adalah pihak yang bertanggunjawab secara langsung kerana beliau adalah penganjur BERSIH 2.0. 

Kesimpulannya,jangan terlibat dengan aktiviti haram terutama kepadayang ada ambil insuran  kerana kalau terjadi apa-apa seperti kemalangan atau kecederaan atau hilang nyawa, berkemungkinan syarikat insuran tidak cover. Jangan biarkan diri anda mati katak.

No comments: