Pemuda UMNO masih berkeras untuk turun berhimpun pada 09 Julai 2011 nanti di Ibu Kota sebagai tindak balas ataupun refleks kepada kedegilan para pemimpin pembangkang yang masih hendak meneruskan himpunan BERSIH 2.0 walaupun telah diberi amaran oleh pihak kerajaan dan juga pihak polis. Blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/ telah memohon untuk bertindak sebagai blog rasmi Pemuda UMNO yang bakal menceritakan lebih lanjut perihal perhimpunan Pemuda UMNO pada hari berkenaan.
Himpunan bersih ini telah banyak diperkatakan oleh banyak pihak . Sehingga artikel ini ditulis, bloger theunspinners melaporkan bahawa 706 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak merujuk kepada himpunan BERSIH 2.0 pada 09 Juli nanti. Blog papagomo turut melaporkan PERKASA telah siap siaga untuk 'bertempur' pada 09 Julai nanti bagi menghadapi BERSIH 2.0. Papagomo melaporkan pada hari ini seramai 3000 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di bawah anjuran PERKASA untuk menyuarakan bantahan kepada himpunan BERSIH 2.0 nanti.
Mat Sabu pula memohon supaya pihak polis Malaysia mencontohi polis Indonesia yang membiarkan apa jua demonstrasi yang dilakukan oleh rakyatnya. Beliau juga akan meneruskan himpunan BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menghadapi ancaman tahanan ISA oleh Hishamuddin. Baca sini p111kotaraja.
Jika inilah keadaan dan gambaran yang kita perolehi, aku percaya pada 09 Julai nanti, kita bakal melihat sejarah hitam tanahair akan tercatat. Pada hari itu, sejarah tanahair akan merekodkan bahawa pertembungan besar orang melayu yang berlainan falsafah politik akan berlaku. Semuanya ini dilakukan gara-gara hendak menunjukkan kepada rakyat Malaysia, siapa yang paling mendapat sokongan rakyat.
Aku cuma nak bertanya kepada Pemuda UMNO, kenapa menggunakan pemuda UMNO dan tidak gerakkan sahaja pemuda BN. Jika digerakkan pemuda BN untuk sama-sama berhimpun membantah BERSIH 2.0, aku percaya penyertaan akan lebih berkesan dan lebih 1Malaysia. Kenapa tidak kedengaran Pemuda MCA, Pemuda MIC, Persatuan-persatuan Cina dan India membantah himpunan BERSIH 2.0. Adakah mereka bergabung dan melahirkan bantahan dengan cara mereka sendiri, ataupun mereka tidak mahu campur. Seperti kata satu dialog di dalam filem KONGSI, sanseng cina berkata kepada samseng melayu dan samseng India, " Melayu sama India bergaduh, kami orang Cina tidak mahu masuk campur". Jika sekiranya yang bergaduh itu adalah melayu sama melayu, aku percaya orang Cina dan India tidak akan masuk campur. BERSIH 2.0 ini, adalah pergaduhan antara melayu sama melayu, itu pasal Cina dan India tidak masuk campur.
No comments:
Post a Comment