SAHABAT BLOG

06 June 2011

Kalau Dia Kata Orang Syaitan, Dialah Syaitan Sebenarnya.


"Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.
"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.
"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya.

Di atas adalah kata-kata yang diucapkan oleh bekas Ketua pemuda PAS Perak iaitu Nor Azli Musa. Secara peribadi aku berpendapat beliau telah mengatakan sesuatu yang biadap dan kurang sopan dan kurang ajar. Bukan hak beliau untuk menghukum hamba-hamba Allah sedemikian rupa. Untuk membaca lanjut berkenaan perkara ini boleh di baca di utusan.

Mengulas perkara di atas, aku mempunyai pandangan tersendiri. Kata-kata ini merupakan manifestasi awal pada ahli atau pun aktivis PAS terhadap kemenangan Mat sabu. Sebagaimana kita ketahui bahawa Mat Sabu adalah seorang penceramah PAS yang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Beliau bercakap apa yang ingin beliau cakapkan tanpa memikirkan kesan dan juga akibatnya kepada orang ramai dan diri sendiri. Apa yang penting, belaiu puas hati apabila dapat mengucapkan sesuatu yang boleh mensensasikan pidato beliau. Dari mulut Mat Sabu kita boleh dengar pelbagai gelaran yang diberikan kepada musuh-musuh politik beliau seperti gelaran Al Juburi yang diberikan kepada Anwar Ibrahim kerana suka meliwat. Oleh yang demikian, jangan hairan selepas ini kita akan melihat lebih ramai aktivis muda PAS yang akan diasuh dan dilatih untuk mengambil alih tugas-tugas Mat Sabu. Salah seorang daripadanya ialah Nor Azli Musa. Aku percaya jika Nor Azli yang mempunyai janggut yang begitu panjang mengalahkan janggut Rasulullah ini tidak di'mati'kan imejnya secepat mungk, beliau akan menjadi seorang pemidato PAS yang bakal mengecapi populariti seperti Mat Sabu.

Kelahiran-lelahiran pemidato-pemidato celupar dan biadap seperti Nor Azli ini bakal mendapat sokongan penuh dari Timbalan presiden PAS iaitu Mat Sabu. Aku percaya, pendekatan PAS akan semakin agresif dan akan dijadikan barisan hadapan oleh PR untuk menangkis serangan-serangan dari BN. PAS juga akan menjadi pendemo-pendemo tegar dengan dibantu olek PKR sedangkan DAP hanya berperanan sebagai pembela-pembela dan juga perancang utama. Kalau di dalam peperangan, PAD adalah askar infantri , PKR adalah Kereta kebal, manakala DAP adalah Jeneral yang memerintah.


No comments: