SAHABAT BLOG

13 June 2011

ISLAM SUDAH BERANSUR-ANSUR KELUAR DARI PAS

PAS dikatakan telah menolak golongan ulama di dalam pucuk pimpinan tertinggi bilamana ahli mereka telah memilih golongan profesional dan juga aktivis untuk menerajui peringkat tertinggi hinggalah ke bawah. Nasib baik tiada golongan profesional yang mencabar Haji Hadi, kalau tidak besar kemungkinan Haji Hadi juga turut tumbang. 

Tersisihnya golongan ulama ini memberi tanda bahawa PAS itu hanyalah sebuah parti politik yang bergerak dalam sistem budaya politik negara. Tidak ada besarnya Islam pada PAS itu bilamana para ahlinya sanggup untuk menolak golongan ulama  dan memilih mereka yang lebih profresional yang mereka harapkan lebih mampu untuk membawa mereka memenuhi impian dan cita-cita Putrajaya mereka selepas PRU 13. 

Oleh yang demikian, jika masih ada yang mendakwa bahawa PAS itu lebih Islam dari UMNO, dakwaan sedemikian hanyalah omongan politik kosong sahaja. Mana lebih Islamnya jika mereka sendiri telah sanggup mengenepikan golongan ulama sebagai tulang belakang perjuangan mereka setelah mereka melihat golongan ulama ini banyak pantang larangnya dan kelihata semakin lembab untuk jalan pintas ke Putrajaya. Mana Islamnya bila mereka sanggup untuk bersengkokol dengan pemimpin yang terang-terang menolak Islam dan apabila tidak pernah berusaha untuk mencari kebenaran yang ada di dalam Islam. Pemimpin yang tidak menerima hidayah dari Allah S.W.T. untuk menerima Islam walaupun dikatakan dekat dengan Islam ataupu memahami Islam.  Mana lebih Islamnya bila mereka sanggup untuk berkerjasama dengan pemimpin yang mempunyai moral rendah.  Pemimpin yang dua kali dihadapkan ke mahkamah kerana kelakuan luar tabie walaupun belum lagi disabitkan dengan kegiatan serakah beliau tetapi kenapa beliau. Bukan sekali, tetapi dua kali dan mungkin 3 kali.

Buangkan imej Islam itu kerana imej itu sudah tidak sesuai lagi dipakai oleh PAS. Tukarkan perkataan ISLAM yang ada pada nama parti PAS  itu kepada perkataan KEBAJIKAN kerana itu lebih relevan dengan kedudukan PAS sekarang ini. Parti Kebajikan Semalaysia ( PKS)

No comments: