SAHABAT BLOG

15 June 2011

Adakah himpunan Bersih 2.0 seumpama Gempa Bumi yang menghasilkan Tsunami?

Aku nak sentuh sikit pasal himpunan kumpulan yang mengelar diri mereka "bersih". Entahlah, apa yang bersih dan apa yang tidak bersih aku tak tahu.  Aku difahamkan mereka akan berhimpun dalam satu himpunan bersih 2.0 pada 09 Julai nanti untuk menghantar memorendum kepada Agong untuk menuntut satu Pilihanraya yang 'bersih'. Entahlah dimana kotornya pilihanraya di negara kita ini. Jika dibandingkan dengan pilihanraya di kebanyakkan negara membangun yang lain, pilihanraya di negara kita ini aku lihat lebih terkehadapan, lebih tersusun dan teratur. Tak payah pergi jauhlah, lihat sahaja kepada pilihanraya di Philipina mahupun Indonesia dan Thailand, aku fikir pilihanraya kita masih lebih baik berbanding negara yang disebutkan ini. 

 Sebagai rakyat, aku tidak ada masalah jika ada yang hendak hantar sebanyak mana memorendum kepada Agong kerana aku sedar bahawa Agong adalah hak milik semua rakyat negara ini dan baginda tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Namun demikian, kalau berhimpun ramai-ramai sehingga menganggu kehidupan ramai orang,  aku percaya Agong akan murka dan tidak merestui perbuatan sedemikian. Jadi memorendum yang dihantar boleh jadi kurang nilainya di sisi baginda. 

Oleh yang demikian, kalau kumpulan bersih ini memang berniat untuk menghantar memorendum menuntut pilihanraya yang dikatakan bersih oleh mereka, dan mahukan supaya memorendum tersebut lebuh berharga dan bernilai, eloklah jangan melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Agong. Janganlah berhimpun dijalanan sehingga menggangu kehidupan orangramai. Bukan berkat yang dicari, tetapi sumpah seranah yang dapat. Kalau sumpah seranah itu masih belum cukup, tunggulah semburan air lada dari pasukan keselamatan.

Kalau dirasakan cara paling berkesan untuk menghantar memorendum dengan mengadakan perhimpunan beramai-ramai, maka berhimpunlah dimana-mana stadium dan panggillah seluruh syarikat penyiaran untuk membuat liputan siaran langsung. Aku percaya pasti ramai syarikat-syarikat besar yang teruja untuk menaja perhimpunan berkenaan dengan membeli masa iklan-iklan siaran TV. Syarikat budu cap ketereh dan keropok lekor Kak Yah Losong tidak ketinggalan untuk membeli masa iklan di TV.

Budak-budak sekolah pun tahu apa niat sebenarnya mereka hendak berhimpun beramai-ramai pada 09 Julai 2011 nanti. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membentuk satu momentum baru sokongan rakyat setelah mereka sedar bahawa sokongan rakyat terutama golongan atas pagar semakin pudar sejak akhir-akhir ini kecuali sokongan kaum Cina. Mereka mengharapkan satu momentum baru dibentuk dengan harapan momentum yang terbentuk  itu dapat dikekalkan sehingga PRU 13 nanti yang mereka jangkakan akan diadakan dalam masa terdekat ini. Mereka mengharapkan himpunan bersih pada 09 Julai nanti seumpama gempa bumi yang menghasilkan ombak Tsunami yang akan menyapu bersih kerusi-kerusi Barisan Nasional di dalam PRU13 nanti.

Oleh yang demikian, aku fikir kerajaan Barisan Nasional hendaklah sedaya upaya menghalang supaya himpunan bersih 2.0 itu dapat dielakkan jika tidak mahu ianya bakal memusnahkan benteng-benteng pertahanan BN. 

No comments: