SAHABAT BLOG

05 May 2011

PR - Baru Kabinet bayangan dah mula bergaduh


Kabinet bayangan: Pakatan S'wak mula berbalah
Ang Ngan Toh
Mei 5, 11
5:09pm
Kongsi 48
Ibarat retak menanti belah, itulah keadaan yang boleh digambarkan kepada keadaan Pakatan Rakyat di Sarawak.
NONEKesan-kesan retak mula terserlah apabila PKR Sarawak hari ini menolak kabinet bayangan yang diumumkan oleh pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng pada Ahad lalu.

Menurut ketua PKR Sarawak Baru Bian (kiri) tindakan berkenaan diambil kerana tidak ada rundingan diadakan di kalangan anggota Pakatan Rakyat apabila senarai itu dibuat.

“Kami memutuskan untuk tidak menerimanya,” kata Baru.

Menurut Baru, Majlis Pakatan perlu membincangkan senarai kabinet bayangan itu agar ia mencerminkan perwakilan yang seimbang di kalangan golongan Islam dan kumpulan bumiputera bukan Islam.

“Justeru, adalah bijaksana bagi menangani ketidak-seimbangan itu dan mengkajinya semula pada mesyuarat Majlis Pakatan yang akan datang,” katanya.

azlanDua hari lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata senarai kabinet bayangan itu belum dimuktamadkan dan ia hanya pada peringkat cadangan.

Tetapi Wong yang merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sarawak mempertahankan kabinet bayangannya itu dan berkata ia adalah senarai muktamad.

Ulasan aku:

 Aku cukup yakin bahawa DAP, PKR dan PAS menubuhkan pakatan rakyat bukan kerana hendak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Mereka mengadakan pakatan demi untuk menumbangkan BN di dalam Pilihanraya Umum. Itu sahaja tujuan dan matlamat mereka. Apabila BN sudah dapat ditumbangkan, sudah pasti keadaan negara akan kucar kacir dan haru biru jadinya. Masing-masing berebut hendak menjadi PM. Pada hari pertama Memerintah, aku percaya dan cukup yakin bahawa isu pertama yang dikemukakan di dalam dewan adalah pembubaran Perlembagaan persekutuan.

Di Sarawak, baru setakat hendak menubuhkan kabinet bayangan sudah bergaduh dan berebut sesama sendiri. Cuba bayangkan jika mereka dapat Sarawak itu, aku ingat bukan setakat bergaduh, bahkan berparang kerana masing-masing nak merebut jawatan Ketua Menteri. 

No comments: