SAHABAT BLOG

20 May 2011

MEMPERTAHANKAN UTUSAN SALAH SATU CABANG JIHAD

Catatan sejarah besar negara sedang berlangsung sekarang ini tanpa kita semua sedari. Sejarah yang bakal tercatat di dalam lipatan sejarah tanahair berkenaan penentangan rakyat terhadap akhbar Utusan Malaysia yang diketuai oleh Parti DAP dan disokong oleh PKR dan PAS. 

Penentangan ini diketuai oleh Lim Kit Siang anak beranak dengan didokong oleh kumpulan  melayu yang diketuai  Angkatan Muda Kaki Kecoh (AMKK). Penentangan ini masih belum sampai kekemuncaknya kerana Utusan Malaysia masih mampu bertahan dan berdiri teguh dengan Takdir Allah S.W.T. Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya yang membantu untuk menegakkan AgamaNya.

Hari ini, dengar ceritanya Pemuda UMNO dan PERKASA telah berhimpun dihadapan pejabat Utusan Malaysia. Mereka berhimpun  untuk mempertahankan Utusan dari 'serangan' AMKK. Lebih kurang 60-80 orang telah berkumpul di hadapan pejabat Utusan. Dengar ceritanya, pihak AMKK membatalkan rancangan mereka untuk 'menyerang' pejabat Utusan kerana mereka telah diarahkan membuat kecoh di hadapan Kedutaan Australia bagi demo membantah pembinaan kilang Lynas. Pembatalan 'serangan' oleh AMKK ini telah dijadikan bahan lawak jenaka oleh para bloger pro BN.  Ramai dikalangan para bloger telah mengatakan bahawa ketua AMKK dayus dan takut. Ketua AMKK dikatakan bimbang peristiwa terkencing di dalam seluar semasa diserbu oleh pemuda UMNO di Melaka suatu masa dahulu berulang kembali. 

Secara peribadi, aku tidak bersetuju (marah betul) kepada pihak-pihak yang mengutuk akhbar Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia adalah akhbar pilihan utama ku, lagi pun,  akhbar ini adalah satu-satunya akhbar berbahasa kebangsaan yang boleh didapati dalam saiz besar. Akhbar-akhbar bersaiz besar yang lain semuanya berbahasa asing. Bila bersaiz besar, maka lebih banyak berita yang boleh dimuatkan di dalam satu muka surat dan lebih nipis berbanding akhbar bersaiz kecil, tebal nak mampus.   

Akhbar Utusan dikatakan menyiarkan cerita-cerita fitnah. Itu kata mereka, hakikatnya mereka tidak boleh terima kebenaran berita yang dikeluarkan oleh Utusan. Kalau nak dikira akhbar yang sering buat fitnah,  Suara Keadilan lebih berciri-ciri sedemikian manakala akhbar Harakah lebih suka mengumpat. Mengumpat pun hukumnya berdosa besar di dalam Islam.

Sebenarnya orang yang berbahasa asing ini sengaja memberikan imej yang buruk kepada Utusan dengan harapan kerajaan akan hentikan penerbitan akhbar Utusan. Apabila akhbar Utusan dihentikan, maka senanglah mereka nak serang kerajaan dari segenap penjuru dalam akhbar-akhbar mereka kerana tidak ada sesiapa yang pantau. Kalau pantau pun, tidak ada media cetak untuk disiarkan. 

Akhbar Utusan adalah akhbar nasional. Akhbar yang banyak menulis berkenaan kegiatan dan juga agenda-agenda pembangunan negara. Akhbar Utusan menulis apa menteri cakap, kemana menteri pergi, ke negara mana menteri melawat, apa kerajaan nak buat, mencatatkan keadaan ekonomi negara dan banyak lagi berkenaan hal ehwal negara. Berita yang dikatakan sebagai fitnah itu bukannya banyak mana pun,  kadang-kadang satu muka surat sahaja dan bukannya diterbitkan hari-hari. Lagipun, kalau ada unsur-unsur fitnah, samanlah Utusan. Utusan sedia untuk disaman dan mereka adalah akhbar yang bertanggungjawab dan rela untuk disaman pada bila-bila masa. Mereka juga sering menulis ruangan ralat jika sekiranya berita yang dilaporkan silap dan salah. Bukan macam Harakah yang kerjanya mengumpat kerajaan dan pemimpin UMNO sepanjang masa. Akhbar berbahasa asing seperti Sit Chew Jit Poh, nanyang Siang Paw atau Tamil Namban pula asyik tulis cerita pasal pemimpin mereka sahaja dan juga kaum mereka sahaja. Mereka tak ambil peduli pasal negara atau pasal hal ehwal kaum-kaum lain.

Hari ini dengar ceritanya, ada ahli perkasa yang sanggup mati untuk mempertahankan Utusan. Aku sebenarnya sokong pendirian yang sedemikian. Kita jadikan ini sebagai jihad. Kenapa aku katakan jihad kerana akhbar Utusan ini sering sahaja menulis artikel-artikel yang menyeru orang Islam melaksanakan tuntutan sebagai seorang Islam. Tidak pernah akhbar Utusan mengutuk Islam dan memusuhi Islam bahkan merekalah yang menjadi jaguh di dalam mempertahankan Islam jika ada yang mengutuk dan menghina Islam. Oleh itu, aku boleh katakan bahawa mempertahankan Utusan ini salah satu daripada cabang Jihad ke jalan Allah kerana jika Utusan ini dihentikan ataupun dihapus, maka tidak ada lagi akhbar yang mempertahankan Islam dan menuntut penganut Islam melaksanakan perintah Allah S.W.T. Akhir sekali, aku pohon kepada Utusan supaya jika masih menyiarkan keputusan nombor ekor 4D, aku pohon supaya ianya dihentikan. Tidak ada keperluan keputusan itu disiarkan kerana pembeli Utusan semuanya orang Islam dan bukankah berjudi 4D itu haram bagi orang Islam. 

No comments: