SAHABAT BLOG

17 May 2011

JANGAN NAIKKAN HARGA MINYAK RON 95!!

RON 95 dijangka akan naik ekoran ketidaksanggupan kerajaan untuk menanggung subsidi yang semakin mengila dan dijangkakan akan naik sekali ganda berbanding tahun 2010 iaitu ke parass RM20 billion lebih. Menteri cakap, rakyat hendaklah bersedia untuk menerima kenyataan bahawa harga RON 95 tidak dapat dikekalkan pada paras sekarang ini iaitu RM1.90 ekoran kenaikan jumlah sunsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. 

Pemuda UMNO melalui Ketuanya memohon kepada kerajaan supaya mengekalkan harga RON 95 pada paras sekarang kerana itu telah dijanjikan sebelum ini. Pemuda UMNO juga menyarankan supaya kerajaan memikirkan cara dan kaedah lain untuk mengatasi kenaikan subsidi dan bukannya mengambil langkah mudah dengan merasionalisasi semula sepertimana rasionalisasi pada harga gula. Harga barang semakin naik dari masa ke semasa. Harga ayam tidak menentu di dalam pasaran. Ada kala naik dan ada kala turun. Projek-projek mega hanya mainan bibir sahaja sedangkan perlaksanaan masih lagi belum menjelma. Rakyat dijanjikan akan memperoelhi pendapatan tinggi menjelang 9 tahun dari sekarang. Kononnya gaji kerani sekarang yang berjumlah RM820.00 akan meningkat ke RM2,000.00 dalam tempoh 9 tahun akan datang. Wow....suatu yang menarik tetapi apalah gunanya jika harga barang pun turut sama meningkat seiring dengan jumlah pendapatan rakyat.

Subsidi  adalah tanggungjawab kerajaan. Mana ada kerajaan di dalam dunia ini yang tidak memberi subsidi kepada rakyatnya. Bahkan kerajaan yang miskin seperti Sri Langka memberi subsidi kepada rakyatnya. Konsep subsidi ini telah diterima pakai oleh semua negara sebagai rasa tanggungjawab dan juga sebagai rasa terima kasih kerajaan kepada rakyat kerana memilih mereka menjadi kerajaan. Negara maju seperti Amerika pun memberi subsidi kepada rakyatnya, malah kerajaan mereka memberi elaun kepada penganggur sebagai mengambil tanggungjawab kerana kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Oleh itu bukannya melayu sahaja bangsa di dalam dunia ini yang dibantu dan diberikan subsidi oleh kerajaan. Oleh yang demikian, apabila ada pihak yang menjangkakan bahawa suatu masa kelak, negara akan bebas subsidi, aku cadangkan supaya pihak-pihak berkenaan berpijak dibumi nyata dan jika dia bercakap bagi pihak kerajaan, maka usahlah menjadi kerajaan. Berilah peluang kepada orang lain yang sanggup dan rela hati membantu rakyatnya. 

Rela hati bermaksud dengan senang hati dan rehda dan bukannya terpaksa. Pemberian subsidi bukannya sesuatu yang terpaksa. Konsep ini perlu diubah dari minda para pemimpin kerana subsidi itu adalah sesuatu yang menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Mencari sumber pendapatan dan memikirkan perbelanjaan yang berhemah menggunakan duit rakyat itu menjadi tanggungjawab kerajaan kerana mereka telah diberi mandat oleh rakyat melalui undi-undi yang diberikan.

Semenjak PEMANDU yang diketuai oleh seorang Menteri beragama Kristian diwujudkan, pemberian isu-isu subsidi telah menjadi isu yang menjadi beban kepada kerajaan. Subsidi ini telah diberikan gambaran yang cukup dasyat oleh Pemimpin Kristian tersebut. Pemimpin tersebut mengambarkan bahawa negara boleh muflis jika sekiranya pemberian subsidi ini terus diberikan tanpa dikawal dan dirasionalisasikan. Semenjak dari itu, konsep pemberian subsidi ini telah dari tanggungjawab kerajaan kepada perbelanjaan terpaksa kerajaan.



Di dalam Al Quran dan sejarah-sejarah Islam yang lampau telah memberi gambaran bahawa Kristian itu adalah musuh Islam. Kristian itu tidak pernah sunyi daripada niat untuk melihat Islam ini dihancurkan. Lihat sahaja kepada beberapa tindakan yang dilakukan oleh para paderi Kristian diluar negara dan juga pemimpin-pemimpin negara-negara barat yang membakar Al Quran dan juga memberikan gambaran bahawa Islam itu adalah agama yang ganas. Dalam konteks negara Islam Malaysia, penerima terbesar subsidi kerajaan adalah orang Islam. Selama ini orang Islam dapat kuat dan mampu untuk berjuang menegakkan agama Islam di Malaysia ini hasil,daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Maka yang demikian, kenapa urusan untuk menangani isu subsidi ini diserahkan kepada seorang menteri Kristian. Aku percaya dan yakin secara peribadi , bahawa keputusan perlantikan ini adalah suatu kesilapan besar dan juga punca kepada kemerosotan Islam di Malaysia ini. Oleh itu, sebelum terlambat dan menjadi semakin parah, aku mengharapkan supaya menteri Kristian yang menjadi menteri PEMANDU ini ditukarkan serta-merta.

No comments: