SAHABAT BLOG

15 April 2011

PARTI PALING CHAUVINIS DI MALAYSIA


DAP dikatakan oleh Timbalan Perdana menteri sebagai parti yang paling bersifat perkauman. Aku bimbang suatu masa nanti DAP bukan sahaja bersifat perkauman, tetapi juga akan bersifat keagamaan seperti parti PAS. Parti PAS sebagaimana kita ketahui memperjuangkan Islam sebagai dasar utama mereka, dan aku setuju, DAP pula tidak  mustahil akan mengikuti jejak langkah PAS, tetapi bukan memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan Kristian.

Tanda-tanda ke arah itu sudah boleh dilihat di dalam isu Alkitab dimana para pemimpin DAP  telah berselindung disebalik persatuan-persatuan Kristian untuk menekan PM dan sepupunya supaya menyelesaikan isu Alkitab mengikut apa yang mereka mahu dan bukannya mengikut apa yang kerajaan mahu dan jauh sekali mengikut apa yang Islam mahu.

 Bagi mereka Islam itu hanya pada nama sahaja dan tidak perlu dibimbangkan kerana pemimpin Islam dan soldadu-soldadu yang sanggup mati telah mereka tawan dan kepung di dalam pakatan mereka. yang tinggal hanyalah puak-puak Islam yang berpendirian " kejarlah dunia tetapi Akhirat jangan dilupakan" bukannya puak-puak yang berpendirian " kejarlah akhirat tetapi dunia jangan dilupakan".

Menurut TPM, DAP adalah sebuah parti yang tidak mempedulikan kaum lain selain kaum mereka sahaja. Kita lihat hireaki ataupun struktur DAP itu sendiri. Walaupun DAP ini adalah sebuah parti pelbagai kaum, tetapi cuba kita kaji dan peratikan, semua pemimpin-pemimpin mereka dan ahli-ahli teramai mereka adalah kaum Cina. Tidak ada perkataan yang paling tepat untuk mengambarkan senario ini kecuali membenarkan apa yang diperkatakan oleh TPM itu. menegaskan lagi dakwaan beliau TPM mengatakan , DAP ini kononnya memperjuangkan konsep sama rata dan sama rasa ataupun kesamarataan hak, tetapi mereka tidak pernah mempedulikan kaum lain, khususnya di kawasan luar bandar. Sebagaimana kita tahu bahawa kebanyakkan daripada para penyokong DAP tinggal di kawasan bandar, jadi kaum-kaum lain yang tinggal diluar bandar tidak akan dipedulikan oleh mereka. 

Aku  bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Timbalan Muhyidin berkenaan DAP dan secara peribadi aku anggap bahawa DAP adalah punca kepada perpecahan yang sedang dan mungkin bakal berlaku ( minta dijauhkan) kepada umat Islam di Malaysia ini. Kita hampir melihat titik perpaduan dicapai diantara UMNO da PAS selepasan PRU 12 apabila kerajaan Perpaduan dicadangkan, tetapi malangnya ada pemimpin PAS yang tidak bersetuju malah mengungkit pelbagai lagenda dan mitos sejarah lama. Aku percaya dan berkeyakikan bahawa DAP telah memainkan peranan mereka untuk mengagalkan usaha tersebut. 

Rujukan:

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 April muka 4.

No comments: