SAHABAT BLOG

15 April 2011

Isu Alkitab- Aku Sokong PEMBELA


Isu Al Kitab sebenarnya sudah selesai bilamana kabinet telah meutuskan 10 perkara yang didakwa telah mendapat persetujuan bersama diantara pihak Kristian dan kerajaan. Namun demikian, difahamkan Persatuan Gereja Malaysia masih belum berpuashati dengan 10 penyelesaian yang dicapai oleh kerajaan. Mereka mendakwa bahawa penyelesaian yang dicapai itu hanya bersifat ad-hoc sahaja dan ianya masih belum menyelesaikan banyak isu-isu tertangguh seperti penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian. Kristian mahu penyelesaian kekal isu Al Kitab , kalimah Allah.

Disamping itu, pihak NGO Islam tidak duduk diam. Mereka juga akan menzahirkan bantahan mereka terhadap isu Al Kitab ini dimana pihak NGO Islam melalui PEMBELA bakal mengadakan perhimpunan untuk membantah kemasukan Alkitab berbahasa Melayu ke Semenanjung malaysia. mereka akan mengadakan bantahan tersebut selepasa sembahyang Jumaat pada esok hari. Baca di pembela anjur protes bantah alkitab di kl esok.

Aku mengikuti dengan tekun isu alkitab ini melaui rakan bloger Din Turtle /www.dinturtle.blogspot.com. Saudara Dinturtle begitu rajin menulis pelbagai artikel berkenaan isu Al Kitab ini.  Aku rasa tidak ada bloger lain yang serajin beliau mengulas berkenaan isu ini.

Secara peribadi aku berpendapat bahawa pihak Kristian sepatutnya menerima hakikat bahawa perbincangan mengenai agama kecuali agama Islam hendaklah dibuat secara tertutup dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka di dalam akhbar mahupun maya. Sebagaimana diketahui oleh seluruh dunia bahawa malaysia ini adalah sebuah negara orang Islam yang telah memberi banyak ruang dan peluang kepada pelbagai agama untuk diamalkan tanpa ada gangguan. Telah berpuluh tahun para penganut agama lain menganut dan mengamalkan pelbagai kepercayaan masing-masing tanpa ada gangguan daripada pemerintah ataupun rakyat. mereka bebas untuk mengamalkan agama pilihan mereka tanpa ada sekatan. Jika kita lihat, di kelantan sendiri terdirinya patung budha  berbaring yang terbesar di Asean.

Sejak zaman berzaman, orang Kristian boleh hidup dan mengamalkan ajaran agama mereka sehingga ada paderi-paderi hebat mereka yang telah mati, tetapi tidak pernah aku dengar mereka buat kecoh macam sekarang ini, minta macam-macam dengan orang Islam. Mereka inginkan supaya agama mereka dilayan samarata oleh pemimpin Islam. Ini sebenarnya telah menguris hati dan perasaan majoriti orang Islam di negara ini. Di Semenanjung ini, aku jamin bahawa semua penganut kristian boleh membaca bible di dalam bahasa Inggeris. Jadi kenapa heboh nak bawa masuk Bible melayu. Bawa masuk secara senyap-senyaplah. Tak pernah aku dengar kerajaan rampas atau halang Bible melayu walaupun aku percaya ramai yang bawa masuk secara peribadi dari Indonesia. Lagi satu aku hairan pasal kitab orang Kristian ni, boleh pulak ditulis di dalam pelbagai bahasa. Oleh kerana para penganut boleh tulis ikut bahasa yang mereka suka, maka pelbagai gaya bahasa dan nama diberikan termasuklah nama Allah. Bible bahasa Inggeris guna God, Bahasa Cina dan India pasti guna nama ikut sebutan mereka, bahasa melayu pula mereka tulis Allah.Tak seragam panggilan nama tuhan mereka. Ikut suka mereka sahaja nak panggil apa kepada Tuhan mereka. Maaf cakap, orang Melayu kata caca merba. Takkan sebuah Kitab agama menjadi caca merba. Tak logik langsung.  Tak tahulah apa yang telah berlaku kepada Kristian ni.

Sekali lagi, aku sokong penuh orang Islam menzahirkan bantahan mereka terhadap apa jua tuntutan orang agama lain yang dilihat cuba untuk menuntut layanan dan hak yang sama rata dengan Islam. Bukan menafikan hak mereka, tetapi mereka hendaklah sedar diri bahawa malaysia ini adalah negara orang Islam atau dalam bahasa mudahnya sebuah negara Islam. Bukan sekarang tetapi telah beratus tahun yang lalu semenjak kesultanan melayu melaka lagi. Pihak British yang pernah mentadbir pun tidak pernah menganggu gugat pasal agama Islam dengan cuba mengkristiankan orang melayu. Itu pasal kita tengok, semasa British dulu, jarang kita dengar orang Islam yang murtad. Aleh-aleh, sekarang ni, mereka nak lebih-lebih pulak. 

Sebenarnya Allah nak tunjuk kepada orang Islam terutama kepada orang Islam yang menyokong DAP. Aku bukan kata DAP sebagai dalang atau mastermind dalam isu Al Kitab ini, tetapi aku percaya dan yakin jika sekiranya mereka memperolehi kuasa Politik, banyak lagi tindakan-tindakan mereka yang bakal menguris hati orang Islam dan tidak mustahil ada tindakan mereka itu yang bukan sahaja menguris orang islam tetapi agama Islam itu sendiri. Senang cerita, lihat sahaja semasa Sabah diperintah oleh orang kristian siatu masa dahulu. begitu bsanyak gereja-gereja didirikan sehinggakan gereja tercanggih yang dipanggil 'rumah doa' pun mereka dirikan di Tawau, sabah.


1 comment:

dinturtle said...

salam putrarahman - Terimakasih. Orang Najib dah panas, tak tahan dah dengan tulisan saya, dah mula keluar hentam. Takpe kalau berbincang, yang tak tahan tu jenis yang mengutuk ala Pas.

Makin panazzzzz hehehehe, jemput2lah join sama.