SAHABAT BLOG

06 March 2011

Jangan Biarkan Amerika Kuasai Libya - "Hidup Ghadafi"


ARKIB : 05/03/2011

Zawiyah dikelilingi tentera yang setia kepada Gaddafi

05/03/2011 10:06am

LONDON 5 Mac - Bandar Zawiyah kini dikelilingi oleh pasukan tentera yang setia dengan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan mereka berjaya mengawal pemberontak, ujar seorang wartawan Britain.
“Bandar ini kini dikepung, ia dikelilingi oleh tentera,” ujar Alex Crawford, wartawan stesen televisyen Sky News.
Sebelum ini, stesen televisyen tersebut melaporkan dari hospital di sana
bahawa sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan sehingga 50 orang yang tercedera iaitu tujuh daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. – AFP

Ulasan Aku:
Pemberontakan di Wilayah Arab yang bermula di Tunisia dan  Mesir kira-kira sebulan yang lalu telah merebak ke Libya. Presiden Libya iaitu Muammar Ghadafi tidak mahu menjadi seperti Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarak yang tunduk kepada rakyat. Sebenarnya ada perbezaan antara  penunjuk perasaan di Libya dengan Mesir. Di Mesir, para penunjuk perasaan tidak mengangkat senjata untuk menundukkan kerajaan. Perkara ini berlainan dengan penununjuk perasaan di Libya. Mereka adalah para pemberontak yang menentang kerajaan dengan senjata. Mereka bergabung dengan para tentera yang berpaling tadah dan mereka juga mendapat sokongan USA.
Jika di Mesir, aku menyokong tindakan rakyat yang menuntut Hosni Mubarak meletak jawatan kerana mereka tidak menggunakan kekerasan dan tidak mengangkat senjata untuk menentang kerajaan. Namun di Libya, aku tidak bersetuju dengan tindakan para pemberontak yang mengangkat senjata untuk menentang kerajaan. Tindakan mereka itu dianggap sebagai penderhaka. Memang patut Ghadafi menggunakan kekerasan menghadapi mereka.  Sekarang ini keadaan semakin buruk. Para penderhaka atau pemberontak di Libya telah mendapat bantuan dan simpati Amerika Syarikat. Memang Amerika sengaja menunggu peluang untuk melancarkan serangan terhadap Libya kerana di sana banyak terdapat sumber kekayaan dunia iaitu minyak.
Sebagai Negara Islam, tindakan rakyat Libya yang membrontak hendaklah dikutuk. Sokongan kepada Muammar Ghadafi untuk menghadapi pemberontak atau penderhaka yang mendapat bantuan Amerika hendaklah diberikan. Jika Amerika boleh membantu pemberontakan, kenapa tidak Negara Islam membantu Ghadafi.  Kita tidak mahu sejarah yang berlaku di Iraq kembali berulang. Walaupun diakui ramai rakyat Libya yang tidak suka kepada Muammar Ghadafi, tetapi mereka tidak sepatutnya mengangkat senjata untuk menentang kerajaan. Tindakan mereka itu hanya memberi kebenaran kepada kerajaan untuk menghapuskan mereka. Bagi mana-mana Negara termasuk Malaysia sekalipun, jika ada rakyat yang memberontak dengan mengangkat senjata pasti akan dihukum. Keadaan di Libya sekarang ini sama seperti keadaan semasa penentangan komunis di Malaya dahulu. Dalam era terkini, keadaan di Memali boleh dijadikan contoh.  Cuma di Memali ianya dalam skala yang lebih kecil.

Kesimpulannya, secara peribadi aku tidak bersetuju dengan pembrontakan di Libya dan berpendapat tindakan mereka mengangkat senjata adalah satu kesalahan besar terhadap Negara mereka. Tindakan mereka itu secara tidak langsung boleh membawa kehancuran kepada Libya apabila Amerika Syarikat mula campur tangan. Muammar Ghadafi berada dipihak yang benar dan patut disokong oleh Negara Islam yang lain. Mendesak Muammar Ghadafi meletak jawatan sama seperti memberikan hukuman kepada rakyat Libya supaya menerima campur  tangan Amerika Syarikat di dalam pentadbiran mereka. Keadaan ini akan lebih buruk kepada Libya dan umat Islam berbanding semasa pemerintahan Ghadafi.  

No comments: