SAHABAT BLOG

17 March 2011

ANWAR BOLEH PILIH, DNA ATAU BERSUMPAH LAKNAT

Sekarang ini di sana sini samada di dalam alam maya ataupun alam realiti orang sibuk mendesak Anwar Ibrahim supaya menyerahkan DNA beliau untuk diambil dan dibandingan dengan DNA AIR MANI  lelaki Y yang dijumpai di dalam rektum (lubang) Dubor Saifol Bukhari Azlan. Pihak pendakwa telah membuat permohonan kepada pihak mahkamah supaya memerintahkan Anwar memberikan DNA beliau. Pihak peguambela akan membalas hujah pihak pendakwaraya pada hari Isnin ini.

Desakan demi desakan yang dibuat oleh pihak awam sedikit sebanyak boleh menyebabkan proses pendakwaan mungkin terjejas dimana hakim boleh sahaja di dakwa sebagai bias apabila membuat keputusan nanti. Jika sekiranya Hakim tidak memberikan  perintah, sudah semestinya hakim akan didakwa memihak kepada pihak Anwar. Jika sekiranya hakim memerintahkan DNA diberikan, hakim akan didakwa menerima tekanan daripada rakyat. Oleh itu, pada pandangan aku keadaan menjadi semakin sukar bagi hakim untuk membuat keputusan.

Namun demikian, aku percaya hakim yang bijaksana mempunyai alasan penghakiman tersendiri apabila memutuskan sesuatu perkara. Soalnya, adakah keputusan itu bakal diterima oleh pihak yang terlibat. Mengikut rekod, pihak yang sentiasa sahaja tidak pernah menerima keputusan hakim adalah pihak yang kalah. 

Isunya mudah sahaja. Sekarang ini pihak peguambela telah menerima dan bersetuju bahawa air mani lelaki Y ada di dalam Dubor Saifol. Tidak ada bantahan daripada pihak peguambela dalam soal ini. Mereka tidak pula menimbulkan  samada air mani itu dimasukkan sendiri oleh Anwar atau oleh pihak lain, kerana amat sukar untuk memnimbulkan keraguan disini.

Sebagai lelaki yang dituduh, adalah wajib bagi DNA Anwar Ibrahim diambil untuk dibandingkan dengan lelaki Y. Takkan pihak pendakwa nak ambil DNA lembu, kambing atau DNA Karpal sendiri untuk dibandingkan. Sudah tentu itu tidak masuk akal kerana yang dituduh adalah Anwar Ibrahim. Soalnya kenapa Karpal sendiri tidak mahu memberikan DNA anak guamnya. Adakah beliau sudah tahu bahawa DNA lelaki Y itu memang DNA anak guamnya dan ini menyebabkan beliau kalah? 

Masalahnya, kenapa masih ramai di luar sana yang masih nak mempertahankan kewajaran Anwar Ibrahim tidak patut menyerahkan DNA beliau. Adakah mereka tidak mahu melihat Anwar Ibrahim ini bebas tuduhan dan hasilnya mereka akan memeprolehi sokongan yang cukup besar dari rakyat. Adakah mereka mahukan sehingga satu Suruhan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes liwat ini? 

Adakah mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim itu sebenarnya sebagaimana dituduh kerana mereka telah disogok dengan pelbagai cerita penafian samada oleh Anwar sendiri dan juga dari Tok-Tok Guru mereka. Adakah mereka tidak boleh berfikir bahawa Tok Guru mereka itu hanya mengenali luar Anwar sahaja sedangkan ramai rakan-rakan karib yang kenal luar dan dalam Anwar telah beberapa kali menguar-uarkan status habit songsang Anwar Ibrahim.

Aku sebenarnya lebih bersetuju jika sekiranya para NGO  mengadakan demonstrasi memohon Anwar Ibrahim bersumpah muhabalah atau sumpah laknat dan disiarkan di TV sebagaimana yang dilakukan oleh Saifol dahulu. Jika mereka menuntut supaya Anwar bersumpah, aku lihat ianya tidaklah menganggu perjalanan mahkamah berbanding mereka menuntut DNA.

Untuk cerita menarik sila klik di Harga Setitik Darah.

6 comments:

Anonymous said...

adakah DNA kes liwat fasa 1 tu tak relevan lagi utk kes ini. Adakah DNA berupah setiap tahun? Adakah jenis darah kita akan berubah jenis group.

Kenapa DNA yang lain tak diminta oleh rakyat (UMNO). Kan ada 3 DNA yang berlainan di dubur sepol. Mana yang 2 DNA lagi... adakah sepol tak tahu 2 DNA lagi tu hak siapa???

putrarahman said...

Pihak pendakwa boleh saja menggunaka DNA Anwar yang diambil pada tahun 1998 sebagai perbandingan dan betul DNA tidak akan berubah. Namun implikasinya mungkin besar kerana sebagaimana diketahui bahawa kes 1998ntelahpun ditutup dan kemungkinan segala bahan bukti bagi kes tersebut telah dimusnahkan termasuk DNA. Jadi bila DNA 1998 digunakan sebagai perbandingan, boleh menimbul keraguan yang munasabah.

Yang dituduh di dalam kes ini ialah Anwar Ibrahim. DNA lelaki Y yang dijumpai di dalam Dubor Saifol adalah dari sumber air mani, manakala DNA lelaki lain yang dijumpai tidak dijelaskan dari sumber apa. Boleh jadi, peluh atau air liur ataupun boleh jadi DNA itu hadir semasa pemeriksaan oleh doktor. Ingin ditekankan sekali lagi, DNA lelaki Y adalah dari sumber air mani yang dijumpai di dalam lubang Dubor Saifol.

Adakah jika tuan yang tidak ada kaitan dengan tuduhan ini akan memberikan DNA untuk dibandingkan. Sudah tentu tuan akan cakap:

"giler ke apa pendakwaraya ni, nakkan DNA aku yang tak ada kaitan langsung dengan kes ini".

Jadi oleh kerana orang UMNO dan pendakwa tidak gilerlah maka DNA Anwar sahaja yang diminta kerana dia yang dituduh. Macam ni masih ada yang tak faham ke.

Anonymous said...

Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.

Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu.

Anonymous said...

kuasa menangguh kes tu adalah kuasa hakim... bukan kuasa peguam dsai.... kenapa umno nampak kes tangguh ni di tangan kapal sing.

ada kewajaran juga kes ini ditangguhkan dan dibicarakan sekian lama... sekiranya dibicarakan cepat dan berpihak kpd dsai... maka seluruh jentera umno akan lumpuh...tiada harapan berkuasa lagi pada pru13 ini. sebab itu sengaja dilengahkan agar dalam tempoh perbicaraan ini akan berlaku pru13.... mainan politik umno pun rakyat paham...

apakah hakim tak sebijak yg disangka... hakim pun manusia juga. macam-macam boleh jadi.


tapi yg herannya puak umno buat demo- sorang polis pun tak berani bersuara...padahal demo kat penang baru tiada permit.... mana undang-undang yg depa praktik semasa pakatan buat demo dulu????

putrarahman said...

Hakim tidak mahu dilihat berat sebelah. Permohonan tangguh datangnya daripada Karpal. Menjunjung prinsip mencari keadilan, apabila ada permohonan tangguh, maka hakim akan benarkan jika hujah yang dikemukakan munasabah dan mengikut lunas undang-undang.

Jadi siapa yang suka menangguhkan kes? Sudah tentu pasukan peguambela Anwar. 52 lebih penangguhan semuanya dipohon oleh Karpal.

UMNO membaca dari sudut bahawa penangguhan ini bertujuan supaya kes ini dapat dilengahkan oleh PR sehingga PRU 13. Objektifnya, supaya Anwar dapat bertanding dan harapan PR, jika mereka menang PRU 13, Anwar bakal menjadi PM. Apabila dah jadi PM, senanglah beliau kawal semua perkara termasuk mengugurkan kesnya dan ISA sesiapa sahaja yang beliau suka. Bukankah PR selalu beranggapan bahawa PM boleh melakukan apa sahaja.

Anonymous said...

Maafkan saya,bukan niat saya untuk menghina atau memperbodohkan bangsa sendiri namun tujuan tajuk di atas adalah demi menyedarkan sejumlah Melayu yang masih gagal mengubah cara pemikiran mereka yang terus dirosakkan oleh sekelompok melayu yang berkepentingan dalam usaha mempertahankan kuasa.

Alangkah malangnya sejumlah melayu yang terlibat dalam demo menuntut supaya DS Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau dalam kes liwat 2 yang dilihat semakin celaru dan memualkan.

Sedangkan Melayu seharusnya berdemo dalam hal yang melibatkan kepentingan mereka sendiri.Contohnya isu kemiskinan dan kenaikan harga barang yang sebenarnya menjadi beban besar terhadap majoriti Melayu bawahan.Kita lihat demo yang diketuai oleh UMNO dan Perkasa sememangnya tidak disertai oleh orang bukan Melayu,sebabnya kita maklum orang bukan Melayu sendiri tahu ia sememangnya tidak berfaedah dan membuang masa sahaja.Lebih elok mereka berniaga atau membuat perkara2 yang berfaedah daripada berdemo pada perkara yang sama sekali tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Sepatutnya orang Melayu berasa malu dalam isu demo ini.Kerana sememangnya tidak menguntungkan mereka sendiri dan jelas bukan Melayu memandang rendah akan sikap sejumlah Melayu yang melalak meminta DS Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau.Sedangkan tindakan tersebut jelas menghina makamah.

Kepada Melayu yang berdemo dalam menuntut DNA sudah2lah lebih elok mereka menuntut kerajaan menurunkan harga barang keperluan yang jelas menghimpit dan menyusahkan sejumlah Melayu bawahan.Kepada UMNO dan Perkasa adakah ini matlamat sebenar perjungan kamu?Adakah dengan berdemo dalam isu DNA ini nasib Melayu akan berubah?sudah tentu tidak,,mengapa membodohkan diri lagi?tidak cukup sedarkah bahawa kita telah dijajah oleh pihak asing selama ratusan tahun?