SAHABAT BLOG

02 February 2011

Perubahan tetap berlaku tanpa disengajakan.

Mesir semakin bergolak. Rusuhan berlaku di sana sini. Semua ini gara-gara ketidakpuasan hati rakyat Mesir terhadap Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah melebihi 3 dekad. Beginilah jadinya jika terlalu lama memerintah. Sebelum Mesir, Presiden Tunisia juga digulingkan oleh rakyatnya telah memerintah selama 23 tahun.

Mengikut teori yang aku pelajari, perubahan besar akan berlaku setiap 20 hingga 30 tahun sekali. Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan yang besar dan bukannya perubahan kecil yang berlaku hari-hari. Perubahan ini akan berlaku samada disengajakan ataupun dipaksa. Presiden Marcos ( 1965 - 1986 , Preiden Suharto ( 1966 - 1998 , Tun Dr. Mahathir ( 1981 - 2003 ). Oleh itu, kepada Ketua kerajaan yang telah lama memegang tampuk pemerintahan melebihi 20 tahun, seperti Ketua Menteri Sarawak, Menteri Besar Kelantan, eloklah bersedia untuk melepaskan jawatan semasa rakyat masih suka kepada tuan-tuan. Jangan jadi seperti bekas MB Terengganu, disebabkan rakyat tidak suka kepada beliau, seluruh negeri mendapat kesannya.

Blog ini akan berehat sementara sempena cuti Raya Cina kerana pulang ke kampung. Di kampung tidak ada kemudahan internet. Insyaalah akan disambung semula pada minggu depan. Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga cina di malaysia. Nikmatilah kepelbagaian budaya di negara kita ini dengan perasaan bangga. Cantumlah mana-mana kesamaan dalam budaya pelbagai kaum di negara kita ini supaya menjadi satu budaya Malaysia.

No comments: