SAHABAT BLOG

23 February 2011

Malaysia Ialah Negara Islam - Rektor Universiti Antarabangsa Madinah

Malaysia telah diperakui oleh bijak pandai dan profesional luar merupakan  sebuah negara Islam. Negara Islam yang disifatkan oleh mereka bersifat sederhana dan bukan bersifat autokratik. Kerajaan melaysia yang diterajui oleh BN telah memerintah secara adil dan saksama walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum. Kejayaan pemimpin BN yang diketuai oleh Presiden UMNO telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum walaupun telah memerintah dalam tempoh yang cukup lama. Segala permasalahan kaum telah berjaya ditangani dengan bijaksana berdasarkan prinsip permuafakatan sesama pemimpin kaum.

Terbaru, Rektor Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu), Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi berkata, kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan keharmonian itu patut dijadikan contoh oleh negara Islam lain.

Jika hal yang demikian, dakwaan oleh pihak DAP bahawa negara Malaysia ini adalah sebuah negara sekular adalah bersifat menafikan kebenaran. Walaupun perlembagaan yang digunakan oleh malaysia adalah perlembagaan yang membenarkan undang-undang dunia diamalkan tetapi di dalam masa yang sama, undang-undang syariah banyak membantu pentadbiran kerajaan walaupun hudud tidak dilaksanakan. Oleh sebab itu, saya boleh simpulkan bahawa dakwaan pihak pembangkang terutama DAP dan PAS yang mendakwa  malaysia ini lebih bersifat dan berciri negara Sekular adalah pandangan  bersifat pembohongan untuk mencari kelebihan politik.Tidak perlu persoalMalaysia negara Islam

Baca berita di bawah yang dipetik daripada Utusan Online bertarikh 22 Februari 2011 untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan pendapat oleh Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi

SHAH ALAM 22 Feb. - Status Malaysia sebagai negara Islam seharusnya tidak dipersoalkan kerana kerajaan sedia ada berjaya memerintah dengan adil walaupun negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Rektor Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu), Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi berkata, kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan keharmonian itu patut dijadikan contoh oleh negara Islam lain.

''Pemimpin negara ini mengamalkan kepimpinan wasatiah (kesederhanaan) dan bukan bersikap autokratik.

''Itu sudah cukup untuk membuktikan yang negara ini adalah sebuah negara Islam yang wajar dicontohi oleh negara Islam lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau kagum dengan kemampuan negara ini mewujudkan rakyat yang lebih bertamadun dalam tempoh masa sangat singkat.

''Ini semua terdorong kerana kepimpinan negara yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat serta sentiasa mempunyai keinginan melihat negara terus maju ke hadapan.

"Ia sekali gus membuka mata negara Islam lain bahawa cara kepimpinan berteraskan Islam juga mampu menjadikan sesebuah negara itu berkembang maju," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau meramalkan ketamadunan Barat akan pupus dan muncul pula ketamadunan Timur yang dilihat sedang pesat berkembang.

Ini kerana, katanya, lebih 50 peratus daripada jumlah umat Islam adalah remaja di bawah usia 18 tahun manakala 70 peratus daripada populasi ketamadunan Barat pula berusia 60 tahun dan ke atas.

''Untuk itu, Malaysia berperanan menjadi hab pendidikan umat Islam di seluruh dunia memandangkan kemampuannya dari segi kestabilan ekonomi, politik dan kemodenan teknologi," katanya.



5 comments:

Anonymous said...

kalau setakat ada masjid, negera vietnam pun ada masjid.

malaysia negara islam? tapi berpaksikan undang-undang barat yg jahiliah dan membelakangkan undang-undang al-quran. inilah contoh negara islam yang terbaik.

eloklah kerajaan malaysia menjemput prof tersebut ke segenap tempat di malaysia. kalau semua tempat yg di lawati hanyalah di masjid...dan tempat yang difikirkan "tempat yg elok2 shj" , maka gambarannya terhadap malaysia adalah tidak menyeluruh.

Adakahnyg dimaksudkan dgn kesederhanaan itu spt islam yg di amalkan oleh pemimpin utama negara kita.

dari segi keamanan - ya. tapi kalau dari segi lain contohnya ISA. adakah dalam islam ada kebenaran utk menghukum org tanpa bicara..aduh malang sekali.

Anonymous said...

utusan ???? gimik politik umno dan utusan adalah pusat melagakan org2 melayu.

Anonymous said...

utusan ???? gimik politik umno dan utusan adalah pusat melagakan org2 melayu.

Anonymous said...

khalifah najib adalah khalifah islam yg sebenar????

Anonymous said...

khalifah najib adalah khalifah islam yg sebenar????