SAHABAT BLOG

24 January 2011

Tukar Menteri KPDNKK _ Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob?

Setiap kali tiba musim perayaan, akan berkumandanglah suara-suara yang mempertikaikan kenaikan harga barang keperluan harian termasuk harga barang kawalan seperti ayam, daging, ikan, sayur dan sebagainya. Setiap kali harga Petro naik, maka suara-suara yang sama akan kembali kedengaran. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu para pengguna dan juga para peniaga supaya kedua-dua belah pihak mendapat bahagian masing-masing. Pihak pembeli sudah tentu mahukan supaya harga barang tidak naik, manakala pihak penjual pula mahukan supaya harga barang bakal naik. Konflik yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak ini memerlukan kebijaksanaan kerajaan untuk mencari jalan tengah bagi memastikan setiap orang memperolehi bahagian masing-masing.

Cerita banyak pun tak guna juga kerana aku bukan pemberita, jadi terus kepada cadangan. Cadangan-cadangan ini dikemukakan kepada kerajaan ( aku tahu Blog aku tak ada orang kerajaan baca pun) untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan harian. Cadangan itu, antaranya:-

1. Kerajaan jangan kawal harga barang. Biarkanlah harga barang ditentukan oleh pasaran. Apabila tidak ada pengawalan harga daripada kerajaan, maka para peniaga akan bersaing sesama sendiri untuk menentukan harga masing-masing. Namun demikian kebiasaannya para peniaga ini mempunyai persatuan masing-masing dan persatuan ini bertindak untuk menentukan harga barangan keperluan pengguna. Oleh itu sebagai timbal balik kerajaan tidak mengawal harga, kerajan hendaklah mengenakan satu peraturan kepada pihak persatuan supaya tidak menetapkan harga barangan keperluan pengguna, jika tidak tindakan membatalkan lesen persatuan akan diambil. Barulah kelam kabut para peniaga untuk menentukan harga barang kerana bukan senang hendak menentukan harga barang-barang. Banyak perkara perlu diambil kira termasuklah Titik Pulang Modal, Nilai faedah Kos, Kos Overhead dan sebagainya.

2. Kerajaan berniaga sendiri. Wujudkan sebuah entiti perniagaan milik kerajaan yang berbentuk pasaraya ataupun minipasaraya di setiap pekan dan daerah. Apabila kerajaan telah mempunyai kedai sendiri, maka terpulanglah kepada kerajaan nak tentukan harga barang jualan mereka. Secara tidak langsung , harga jualan dipasaraya-pasaraya milik kerajaan akan menjadi benchmark kepada para peniaga dalam menentukan harga barangan masing-masing. Di samping itu juga, sebagai faedah tambahan kerajaan boleh menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan jawatan tetap dan berpencen sebagai pekerja pasaraya milik kerajaan. Objektif kewujudan pasaraya ini adalah untuk mengawal harga barangan secara semulajadi tanpa mengenakan kawalan harga syiling atau harga lantai.

3. Kerajaan mengawal harga barang sepertimana yang diamalkan sekarang. Namun demikian kuasa penguatkuasaan diperluaskan kepada pihak tentera untuk memastikan para peniaga tidak menjual harga barangan melebihi harga yang telah ditetapkan. Kalau tak dapat tentera boleh juga diberikan kepada pihak Rela. Aku lebih suka pihak RELA kerana kalau pihak tentera, nampak seperti tentera berperang pulak dengan peniaga. Pihak RELA tidak mengapa kerana mereka pun terdiri daripada kalangan rakyat biasa juga. Namun jangan pula anggota RELA menjadikan kuasa yang dimiliki itu sebagai peluang untuk menerima rasuah. Hancus jadinya.

4. Kembalikan penggunaan duit 1 sen dan hapuskan dasar Round up dan round down supaya para peniaga boleh menaikkan harga barang mereka dalam julat yang lebih kecil. Contohnya segelas teh tarik mungkin boleh dijual dengan harga RM1.33 sen sahaja iaitu dinaikan sebanyak 3 sen.

5. Kalau cadangan tukar menteri KPDNKK macamana ? Tak payah kerana sesiapa pun yang menjadi menteri, sama sahaja.

6. Boikot? Ah! cerita lama. Para pengguna kita bukannya bersatu hati pun. 5 orang yang boikot, 100 orang lagi selamba sahaja pergi membeli.

7. Mengadakan stok penimbal bagi menstabilkan harga. Semasa musim perayaan stok penimbal dikeluarkan bagi mengatsai kekurangan bekalan di dalam pasaran. Apabila bekalan tidak terjejas, maka tidak ada alasan bagi peniaga untuk menaikkan harga barangan kerana bekalan mencukupi. Berita selanjutnya bileh didapati di.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Cadangan akan di update dari masa ke semasa.

Sebenarnya rencana ini ditulis sebagai respond kepada berita yang dikhabarkan oleh Dato' Ismail Sabru Yaakob iaitu Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau menyarankan supaya Transfomer mengambil alih semua perniagaan runcit di seluruh negara supaya dapat ditranformasi kepada kedai runcit moden supaya dapat bersaing dengan pasaraya dan kedai serbaneka yang lebih maju. Aku fikir Menteri ni bercakap ikut suka je tanpa ada perancangan terlebih dahulu. Mungkin masa dia bercakap tu dia berada disebuah kedai runcit. Kalau betullah sebagaimana dirancangkan, sudah pasti kawan aku yang mengusahakan kedai runcit di kampung aku akan turut berubah menjadi lebih moden. Kalau betullah, tetapi aku fikir perkara ni hanya berlegar dikalangan kedai runcit yang terletak di Felda sahaja. Kebetulan pula PRK Tenang pada kali ini mempunyai ramai para pengundi yang merupakan peneroka Felda.


Kedai runcit di seluruh negara dimodenkan - Ismail Sabri

24/01/2011 8:11pm

LABIS 24 Jan. – Kedai runcit di seluruh negara akan ditranformasikan kepada kedai runcit yang moden dengan pengurusan yang cekap dan profesional, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan kedai runcit yang diurus secara tradisional sekarang dapat bersaing dengan kedai serbaneka dan pasar raya besar yang sedang berkembang di negara ini.

"Perubahan ini bukan dari segi susun atur barangan sahaja tetapi juga dari segi minda peniaga di mana kita akan latih pemilik kedai dari segi pengurusan yang cekap dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Koperasi Peneroka Felda Tenang Berhad dan melancarkan Program Tukar Koperasi di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pada tahun ini, disasarkan sebanyak 100 kedai runcit di kawasan Felda dan 500 kedai runcit lain di seluruh negara akan terlibat dalam program pemodenan tersebut.

"Pihak koperasi memperuntukan geran sebanyak RM10 juta dan dari tabung modal pinjaman sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan program tersebut di mana pemilik kedai runcit yang terlibat diberi pinjaman modal antara RM20,000 dan RM60,000,” katanya. – Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Salam putrarahman - Menteri cakap ikut kepala lutut. Bos transform, dia pun nak transform juga.

Max 60K nak lawan carefour, tesco hahahaha.. usahkan nak lawan, yang bungkus saja berapa ramai. Tengok Maidin di Ganu.

Macam saya tulis, untungnya kalau wakil rakyat mati....

Izin saya linkkan artikel saudara, tengoklah saya akan bodek Ismail diblog saya nanti...

putrarahman said...

Terima Kasih Din krana beri komen.
Niat nak link artikel ini, bak kata orang tua-tua, "kecik tapak tangan , nyiru kami tadahkan". Ramai ke generasi sekarang ini yang masih kenal nyiru?

Menteri-menteri ni kalau bercakap ikut keadaan. Kalau wartawan temuramah di Pasar Ikan, mereka cakap paal Ikan, Kalau temuramah di Kedai Mamak, mereka cakap pasal kedai mamak, kalau temuramah di Tandas, mereka cakap pasal tandas.

Itulah menteri kita. Nampak macam hebat bila beri ucapan perasmian, tetapi teks ceramah semua disediakan oleh penganjur.

hingus said...

ini cakap-cakap menteri time ada pilihanraya...semua sibuk nak buat kenyataan, semua nak tunjuk bagus. semua nak amik hati rakyat. ada pilihanraya..maka adalah muka menteri dan wakil rakyat yg lain-lain.

habis pilihanraya..masing-masing balik masuk bilik.

apapun yg pasti kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barang. rata-rata rakyat mendapat kesan akibat isu ini. klu pendapatan rakyat sama dgn gaji pak menteri ..lainlah. sure tak kisah sgt. bayangkan mereka2 yg berpendapatan rendah sekita rm1500 sebulan... susu anak setin <>rm50.00....tu baru susu..belum yuran sekolah, buku..makanan harian.. segalanya berkait rapat dgn harga barang. maka jgnlah menteri tersebut kata "tidak membebankan rakyat".